HUKUM BERPURDAH

Hukum berpurdah mengikut Mazhab Syafie

Kata Imam Nawawi dalam matan ‘Minhajnya’: Dan haram lelaki yg baligh melihat aurat perempuan yg merdeka yg ajnabi, demikian juga (haram melihat) muka dan kedua tapak tangannya ketika takut ‘Fitnah’(merangsangkan nafsu ) dan begitu juga hukumnya ketika aman drp fitnah (ternafi/ketiadaan fitnah) atas pendapat yg sahih.”

Berdasarkan teks Imam Nawawi tersebut, terdapat dua pendapat dlm Mazhab Syafie tentang aurat perempuan di hadapan lelaki ajnabi:

1)Aurat perempuan dihadapan lelaki ajnabi adalah keseluruhan badan termasuk muka dan kedua2 tapak tangan. Ini adalah pendapat Syeikh Muhammad Ramli dan kebanyakkan ulama muktaakhirin Mazhab Syafie.

Mereka berdasarkan kenyataan Imam Haramain yg mnegaskan bhw telah disepakati (ijma’) muslimin (para ulama) atas kewajipan para pemerintahan melarang perempuan keluar rumah dgn membuka muka. Kata Ibrahim Baijuri bhw pendapat ini adalah muktamad (dlm Mazhab Syafie) manakala pendapat yg kedua(no 2 dibawah) adalah daif (lemah).

Ulama yg berpegang dgn pendapat ini menguatkannya dgn hujjah bhw ‘ Terlebih layak dgn keelokkan syariat adalah mngunakan kaedah tutup pintu fitnah (yg terjadi antara kaum lelaki dan perempuan,jika diringgankan hukum aurat iaitu dibolehkan buka muka maka membawa kpd berlakunya fitnah antara kedua2 jenis ini) tanpa memandang kepada huraian-huraian yg melihat kpd keadaan(spt jika pada situasi aman fitnah atau ketiadaan syahwat iaitu bersedap2 dgn melihat tanpa bangkit nafsu).’

2)Muka dan kedua tapak tangan adalah tidak aurat: Pendapat Ibn Hajar Al-Haitami dan lain-lain.

Mereka membangkang hujah pendapat pertama yg menukilkan drp Imam Haramain di atas bhw kewajiban pemerintah melarang kaum perempuan keluar rumah dgn membuka muka adalah bukannya bererti muka dan tapak tangan itu aurat tetapi kerana demi kemaslahatan umum dan kerana meninggalkan mnutupi muka adalah dikira mnjatuhkan maruah shj bukannya kerana muka dan tapak tangan itu aurat. Sungguh pun dikatakan pendapat ini Daif,diharuskan beramal dgnnya.

Daifnya pendapat kedua ini, di antaranya adalah kerana:

a) Khatib Syarbini yg memberi komen terhadap pendapat kedua ini yg membangkang pendapat yg pertama di atas bhw nukilan drp Imam Haramain tersebut bercanggah dgn nukilan Qadhi Eiyad yg mnukilkan drp para ulama bhw tidak diwajibkan kaum perempuan menutup muka dan tapak tangannya, dgn katanya:

“ Jelas drp perkataan Sheikhaini (Imam Rafie dan Imam Nawawi) bhw tutup muka adalah hukumnya aurat dengan zatiyy- sendirinya (bukannya diwajibkan kerana sebab2 luaran spt kemaslahatan atau lainnya) maka tidak boleh disatukan makna antara nukilan Imam Haramain dgn nukilan Qadhi Eiyad (iaitu dgn diandaikan bhw pemerintah diwajibkan melarang kaum wanita keluar rumah drp buka muka hanya kerana kemaslahatan umum dan kerana buka muka adalah mncarikkan maruah , krn hendak menselaraskan dgn nukilan Qadhi Eiyad tersebut yg nampak bercanggah.) Pendapat (Nukilan) Qadhi Eiyad tersebut adalah DAIF.”

b) Kenyataan Imam Subki yg mnegaskan: “Bhw Hukum yg terlebih hampir dgn cara instinbat (mngeluarkan ) hukum oleh para Ashab Syafie bhw muka dan kedua tapak tangan ialah aurat pada melihat bukannya aurat pada solat (maka apabila dikatakan aurat,diwajibkan menutupinya di luar solat).

Wallahu’aklam bisowab…

Penyusun:
Nik Mohd Nazimuddin Bin Nik Ibrahim Bin Nik Yaacob Bin Nik Yusuf (Imam Masjid Langgar) Bin Wan Abd. Rahman Bin Wan Taib Bin Wan Mohd Said Bin Wan Abd. Salam Bin Wan Su Bin Wan Abu Bakar Bin Tok Kaya Pandik Wan Ismail Bin Faqih @ Andik @ Ne’ @ Nik Ali (Mufti Kerajaan Islam Patani Darussalam&pengarang kitab Tarikh Patani) Bin Wan Muhammad (Orang Kaya Seri Akar Maha Puteri Bagi Sultan Ismail Zhilullah Fil Alam) Bin Dato’ Seri Raja Faqih (Syeikhul Islam) Syeikh Shafiyyuddin (Pendakwah berketurunan Arab dari Pasai yg datang ke Patani Darussalam sekitar thn 1400M.Maqamnya di kubur ‘Tok Faqih’ Jala,selatan Thai).

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s