Majlis Sambutan Maulidur Rasul Madrasah Khairu Ummah, Taman Tarbiyah Chengal Batu, Pasir Putih , Kelantan pada 13 Januari 2014 bersamaan dengan 11 Rabiul awal 1435H)

Sifat mahmudah yg sepuluh.

Ilmu tasuf
Wajib fardu ain di atas mukalaf megetahui 10 sifat mahmudah/terpuji dan 10 sifat mazmumah/dicela

sifat mahmudah
1. Taubat yakni meningalkan maksiat dan menyesal dengan apa yang telah dilakukan.
Tiap-tiap manusia tidak terlepas dari melakukan maksiat melainkan mereka yang maksum (orang yang terpelihara dari dosa) seperti nabi-nabi, malaikat dan rasul-rasul.
Wajib atas setiap mukalaf bersunguh-sunguh memelihara diri daripada dosa yang dilakukan oleh:
a. Angota, seperti tangan, kaki, dan lainnya.
b. Pendengaran.
c. Pengelihatan.
d. Hati.
c. Lidah.
apabila seorang itu melakukan perkara yang dilarang oleh agama wajib lah atasnya bertaubat.

syarat taubat
A. Meningalkan pekara yang menyebabkan berdosa.
B. Menyesal diatas perbuatan yang menyebabkan berdosa.
C. Bercita-cita tidak akan mengulangi perbuatan itu
D. Memulangkan hak orang lain yang diambil secara zalimi
E. Mengqada fardu-fardu yang telah ditingalkan, seperti sembahyang, puasa, haji, dan lainnya.

2. Khauf yakni takutkan Allah
Sifat ini apabila ada pada seorang hamba itu dia akan merasa gementar dan kecut hati apabila mengigatkan kekuasan Allah dan kebesaranNya serta takutkan kemurkaanNya dengan itu, hamba itu tidakkan melakukan maksiat dan dia akan mengerjakan segala perentah Allah
Untuk mendapat rasa takut hendaklah seorang itu:
A. mengenali Allah yang menciptanya kerana tidak akan merasa takut jika hamba itu tidak mengenal tuhannya.
Cara mengenal Allah dengan mengetahui sifat-sifat kesempurnaan dan sifat-ketuhanan bagiNya.
B. Mengetahui sekelian pekara yang disuruh oleh agama dan segala pekara yang dilarang.
Dengan mengenal Allah dan mengetahui perentah agama sama ada perentah itu suruh atau larang maka akan dapatlah seorang itu merasai takut kepada Allah.

3. Zuhud yaitu meningalkan dunia melainkan mengambil seqadar keperluan. Zuhud yang sempurna ialah meningalkan barang yang lain daripada Allah.
Dimaksud dengan dunia disini ialah tiap-tiap barang yang tidak dituntut oleh syarak dan tidak menjadi kebajikan diakhirat.
Tiap-tiap seorang memerlukan makanan, tempat tingal, pakayan, untuk menyempurnakan ibadat di dalam dunia ini maka pekara tidak dicela, dan tidak menghilangkan sifat zuhud.
maka zuhud itu mengambil dan mencari pekara yang tersebut itu qadar yang membolihkannya berbuat ibadat kepada Allah dan ini zuhud orang awam.
zuhud orang yang khawas meningalkan barang yang selain Allah.

4. Sabar, yaitu menahan diri daripada keluh kesah pada suatu yang tidak diingini/disukai.
Sifat sabar dipuju oleh syarak kerana orang yang bersifat dengan sabar ialah tanda orang yang beriman dengan iman yang sempurna dan tanda dia taat dan menjunjung perentah Allah.
orang yang beriman tahu bahawa segala perkara yang berlaku denga kehendak Allah yang tidak dpat dielakkan.
Begitu juga orang yang taat tidak akan merasa kesukaran mengerjakan segala perentah Allah sama ada perentah itu berupa suruh dan tegah.

Sabar ada tiga bahagi:
a. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu-ngadu kepada yang lain daripada Allah ketika mengenai bala, musibah, bencana.
b. Bersabar pada mengerjakan sekelian perentah Allah.
c. Bersabar pada meningalkansekilian tegahan Allah.

5. Syukur iaitu mengaku dan memuji pada nikmat yang diberi dan mengunakan sekelian nikmat itu pada menta’ati Allah.
Tiap -tiap nikmat yang diberi oleh Allah ialah limpah kurnianNya semata-mata. Seperti nikma dilahirkan kita didunia, nikmat iman, sihat, diberi rezki, kepandayan dan sebagainya.
Dengan itu wajib tiap-tiap seorang hamba itu besukur dan berterima-kasih kepada tuhannya dengan sebab nikmat yang diberi.

6. Ikhlas iaitu menjunjung perenth Allah dan melaksanakannya semata mata kerana Allah, sama ada perentah Allah itu suruh dan tegah.
Seorang itu hendaklah membersihkan niatnya pada  setiap pekerjan yang dilakukan hanya kerana menjunjung perentah Allah.
Hendak lah seorang itu membersihkan niat daripada sebab yang lain seperti riak/menunjuk-nunjuk, hubus suhrah/inginkan kemashuran, dan sebagainya.
Hendak lah semasa meningalkan maksiat diniatkan semata kerana menjunjung perentah Allah bukan kerana malu kepada orang lain.
7. Tawakal iaitu bergantung hati dengan Allah dan berserah kepada Allah pada tiap-tiap keadan serta jazam/putus pada i’ktikd bahawa Allah yang memerentah tiap-tiap suatu.
Menurut mazhab ahli sunah bergantung dengan Allah pada tiap-tiapsuatu hal itu hendak lah disertakan usha dan ikhtiar, kerana Allah menjadikan suatu mengikut sebabnya, seperti dijadikan pandai sebab belajar, dijadikan kaya sebab berusha dan berjimat cermat.
8. Mahabah iaitu kasihkan Allah pada tiap-masa dan keadaan.
Tidak dinamakan seorang itu kasihkan Allah melainkan orang yang bersegera mengerjakan segala perenth Allah, dan berusaha mendampingi dira kepada Allahdengan ibadat yang sunat dan bersunguh-sunguh menjauhi daripada maksiat, kerana tabiat seorang yang kasih akan seorang yang lain itu akan mencari keredannya dan mengelakkan diri dari melakukan pekara yang membawa kepada kemarahannya.

9. Reda iaitu menerima dan tenang hati pada segala pekara yang didatang oleh Allah.
Seorang itu hendaklah menirima dengan tenang pada sekelian pekara yang berlaku yang tidak dapat dielakkan, kerana tiap-tiap qada dan ketetapa Allah itu tetap akan berlaku. Tetapi tidak harus redah pekara maksiat dan wajib bersegera keluar daripada maksiatdengan bertaubat yang mengikut syaratnya.

10. Zikrul maut/ingatkan mati iaitu sentiasa ingat bahawa kita akan mati dan mati itu tidak diketahui bila akan berlaku.
Oleh kerana kita akan mati mka hendaklh kita membuat persedian menghadapinya, dengan berbgai amalan kebajikan dan hendaklah kita penohkan setiap saat daripada umur kita dengan pekara yang berfaidah bagi akhirat kita, kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi.

Selesai sudah sepuluh sifat mahmudah. Selepas ini kita akan masuk pada membicarakan sifat mazmumah
ان شاء الله

Perkembangan terkini pembinaan rumah guru di Madrasah Khairu Ummah

1474953_263231650494168_1424542076_n 1476922_263231810494152_784938738_n 1485014_263231403827526_2086216962_n 1502072_263231997160800_398218115_n 1502157_263231907160809_562180893_n

Gambar pelantayan tingkat atas Rumah guru sedang dalam pembinaan. Kami sangat memerlukan sumbangan tuan, puan kerana Anggaran perbelanjaan untuk 6 pintu rumah guru RM 57600. Kami amat memerlukan sumbangan ini untuk memindahkan guru dari bangunan sedia ada ke rumah guru ini untuk meletakkan pelajar di sana. Buat masa ini kami tidak dapat mengambil pelajar baru kerana tiada tempat kosong.#Segalasumbangan hendaklah disalurkan melalui
1. Bank Muamalat Malaysia Berhad
No akaun : 0302-0000656-71-82. Maybank Islamic Berhad
No akaun: 55310 4411 805

3. Bank Islam Malaysia Berhad
No akaun: 0303 601 0050 951

di bawah nama:-PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH).

atau salurkan ke

AKAUN PENGURUSAN & KEBAJIKAN MADRASAH KHAIRU UMMAH

  • Akaun ini diwujudkan sebagai satu usaha mencari sumbangan derma dalam membantu pengurusan & kebajikan Madrasah Khairu Ummah. Segala sumbangan bolehlah disalurkan ke :

    Bank Islam Malaysia Berhad
    No akaun: 0309 00 100 515 88

    di bawah nama:-MADRASAH KHAIRU UMMAH

Menjawab Fatwa JAKIM terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus Dan Polio

Ustaz Nik Mohd Nazimmuddin ( Yang Di-Pertua Pertubuhan Khairu Ummah) menjawab fatwa JAKIM terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus Dan Polio yang mengharuskannya. Sini Linknya :http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pandangan-islam-terhadap-imunisasi-campak-tibi-batuk-kokol-dipteria-tetanus-dan-pol

Jawapan Ustaz Nik Mohd Nazimuddin :

Maksud sebenar Kaedah “Menolak Kerosakan Didahulukan Daripada Mencari Kemaslahatan’

Hukum keharusan ini pada situasi seseorang itu sudah terkena penyakit-penyakit yang dinyatakan dan tiada ubat yang suci melainkan vaksin-vaksin tersebut yang tidak suci, maka bolehlah pakai kaedah fiqhiyah: “addarurah tubihul mahzurat” bererti: Kemudharatan mengharuskan perkara yang diharamkan atau dilarang.

Mengenai kaedah yang dipakai oleh fatwa kebangsaan tu iaitu درء المفاسد مقدم على جلب المصالح “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”, adalah tidak tepat kerana kerosakan yang diandai-andaikan dan tidak berlaku lagi bahawa seseorang itu akan terkena penyakit, jadi hendak menolak kerosakkan apa sedangkan penyakit tidak kena lagi?? maka dalam kaedah itu, istilah “menolak kerosakan (seperti penyakit dan lain-lain) sepatutnya merujuk kepada penyakit yang sudah terjadi, bukannya penyakit yang diandai-andaikan akan berlaku dan masih kesamaran.. tetapi masalahnya dari segi ilmu kedoktoran moden apabila sudah terkena penyakit-penyakit tersebut misalnya maka mereka bukannya menggunakan vaksin-vaksin itu sebagai ubat untuk menyembuhkan..tetapi menggunakan ubatan lain untuk merawat ..Bagi mereka Vasin hanyalah persediaan melawan penyakit kononnya. Kalau begitu, seseorang bayi terpaksalah dicucuk dengan pelbagai vaksin kerana meningkatnya penyakit berjangkit atau wabak dimasa kini contohnya: H1N1,JE,AIDS dan sebagainya. Jika seribu penyakit berjangkit, seribu vaksin yang diberikan???

Sebenarnya kaedah yang dinyatakan oleh fatwa kebangsaan itu adalah pada persoalan: apabila bertembung antara perkara yang membawa kemaslahatan dan perkara yang membawa kepada kemudaratan, pelaksanaannya hendaklah diarahkan kepada mencegah kemudaratan seperti arak yang mempunyai kebaikan dan keburukan tetapi didahulukan penolakan kemudharatan arak daripada mengambil kebaikan yang terdapat padanya..

Firman Allah SWT :  AL baqarah 2:229:Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang arak dan judi. Katakanlah : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. Sedangkan pada masalah vaksin ini adalah kita hendak mengambil manfaatnya dan hendak menolak kerosakan atau penyakit yang berjangkit,,bukannya dari segi vaksin ada kebaikan dan keburukan yang bertembung macam arak di atas..kerana di sisi perubatan doktor vaksin tidak ada sebarang kemudaratannya, jadi keadah di atas tidak ada kena mengena dengan persoalan pengambilan vaksin.

Sistem ketahanan badan manusia berbeza

Kita tidak boleh mengambil risiko tinggi dengan sewenang-wenangnya mencucuk Vaksin kepada bayi yang baru lahir kerana status ketahanan badan seorang bayi dengan bayi yang lain adalah berbeza-beza, sedangkan Vaksin yang diberikan adalah dos yang sama pada kesemua bayi-bayi. Dalam Ilmu perubatan kini, vaksin tidak diberikan semasa bayi mengalami demam dan sebagainya, dimana akan membawa kepada kemudharatan atau boleh membawa kepada kematian dan kesan-kesan yang lain seperti yang berlaku kepada ahli keluarga saya.Oleh itu,point yang kita hendak memahaminya disini ialah jika bayi itu lemah ketahanan badannya, bila diberikan vaksin, risikonya akan memudaratkan sistem imuniti badan bayi tersebut walhal mereka tidak  menyelidiki setiap bayi yang baru lahir. Sistem imuniti bayi yang kuat perlu difokuskan semasa dalam kandungan ibunya lagi dan dengan susu ibu itu sendiri.

Wallahu’aalam…
Ditulis pada  3 June 2013 dan telah di’edit’ pada 12 December 2013

Kesimpulan dari saya Norazimah Yusoff :

Diharap semua memahami bahawa mudarat belum datang maka darurat tidak berlaku, maka haram mengambil vaksin kerana ia tidak suci sedangkan masih banyak cara pencegahan penyakit yang lebih selamat dan suci dan dijamin halal seperti mengamalkan pemakanan sunnah iaitu madu (ibu segala ubat) & Habbatus Sauda (penyembuh segala penyakit kecuali mati) atau ubat-ubatan semula jadi yang lain misalnya yang dilakukan oleh Nabi saw & para sahabat yang sudah terbukti keberkesanannya untuk meningkatkan imuniti seluruh badan serta menyembuhkan penyakit. Allah telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian dan memberikan kenikmatan kepada manusia dalam pelbagai segi ubat-ubatan semula jadi untuk berubat, maka syukurilah nikmat itu dan janganlah mendustakannya serta berubat dengan perkara-perkara yang mendatangkan mudarat, bahaya dan bukan semulajadi.

Saya bawakan kenyataan oleh Profesor Chas Rauta, Universiti Perguia, Itali dalam New York Medical Journal (Julai 1899) : VAKSINASI adalah hasil daripada kesilapan dan kejahilan yang tidak dirancang dengan baik. Ia tidak seharusnya mendapat tempat sama ada dari sudut kebersihan mahupun perubatan. Vaksinasi adalah amalan tidak saintifik, kepercayaan karut yang membawa maut dengan mengakibatkan kesedihan yang berpanjangan.

Nasihat saya kepada Ibu Bapa supaya mengetahui bahawa vaksin melambangkan barangan pengguna dan ibu bapa seharusnya menyelidik produk ini lebih teliti daripada pembelian lain kerana nyawa anak-anak menjadi taruhan… Please making an informed choice ya!

Peranan Ulama’ Pondok terhadap Agama, Bangsa dan Tanah Air

Sejarah amat penting bagi mereka yang ingin mengambil iktibar dan manfaat daripadanya. Justeru itu kita juga perlu mengetahui sejarah yang berlaku di tanah air kita menerusi penulisan yang menukilkan darirpada mereka yang mengetahui dan mengalaminya,bukan hanya berpandukan teks-teks sejarah sekolah yang diolah oleh penjajah pada suatu masa dahulu.

Peranan tuan-tuan guru pondok yang berfahaman Asyari dan Maturidi dalam memartabat agama suci kita adalah begitu ketara, merekalah yang membantu sultan-sultan tanah melayu dalam menjalankan hukum islam yang belum lagi terlaksana di zaman kita yang mutaakhir ini. Dan mereka juga yang memiliki kefahaman Ahli Sunnah ini,aqidah ‘sifat 20′ inilah yang mnolak perkara bidaah dan syirik.

Mereka jugalah yang menentang komunis@bintang tiga apabila Jepun kalah dalam peperangan dunia ke 2 setelah di bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Sebelum kedatangan pihak British, askar-askar Bintang Tiga(Komunis) keluar daripada hutan dan mengisytiharkan pihak mereka yang mmerintah Tanah Melayu, Serta orang Islam melayu dan ahli agama banyak yang dibunuh oleh mereka.

Di dalam buku Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu(1) krgan kenalan kami; Ismail Che Daud mnceritakan Guru Pondok yg masyhur iaitu Tok Malek Sungai Pinang, Kota Bharu Kelantan (lahir 1813M atau 1834M):

“Wujudnya pondok di Sungai Pinang secara besar-besaran itu mengubah beberapa tradisi dan adat yang karut-marut seperti bersimah, jamu hantu,puja pokok,kubur dan sebagainya, dan Haji Abdul Malek menentang hebat segala jenis prbuatan syirik itu. Tentangan dan perjuangan sungguh brkesan. Banyak khurafat2 telah hilang dan kejahilan telah bertambah kurang….

“Di zaman pemerintahan Sultan Mansur(1891-1900M), beliau mempunyai peranan yang besar-sebagai penasihat baginda….. sebagai seorang yang alim dan wara’ ,beliau dilantik oleh Al-Sultan Mansor menjadi salah seorang dari anggota jawatankuasa perundangan di dlm kes-kes appeal (ketika itu kes appeal disembah kpd Al-Sultan). Orang-orang (Tuan2 Guru dan Ahli Agama) yg sering dipanggil ialah:

1) Haji Abdul Malek Hasan Sungai Pinang
2) Haji Awang Kenali(Tok Kenali)
3)Haji Abul Manan
4)Haji Daud
5)Haji Idris
6)Khatib Haji Abdullah
7)Haji Wan Muhammad Imam(Mufti Haji Wan Muhammad-Pengarang Pengasuh)
8)Haji Omar
9) Haji Nik Man
10)Haji Daud Paloh

……..”Di zaman Baginda Sultan Al-Mansor Undang-Undang Islam dijalankan, di mana orang-orang yg mncuri dipotong tangan di Pasir Pekan. Orang yang tidak berpuasa diarak keliling Bandar Kota Bharu,begitu juga org2 brzina….” (Tokoh2 Ulama Semenanjug Melayu (1); m/s 116-117)

Guru kami, mudir Madrasah/Pondok Pasir Tumboh iaitu Al-Marhum Tuan Guru Haji Hasyim Bin Abu Bakar pernah bersenjatakan parang panjang menyertai pentermpuran dengan askar-askar Bintang Tiga (komunis) bersama Tuan Guru Beliau; Haji Idris Bin Lebai Itam (Air Hitam Kedah)serta angkatan warga pondok dan org ramai, beliau mnceritakan kepada kami:

“Bahawa pada thn 1945 setelah Jepun kalah sebelum kedatangan orang putih (British), Komunis Bintang Tiga (bersenjatakan Mesin Gun, bom tangan) keluar daripada hutan hendak memerintah Tanah Melayu dan mengamuk membunuh orang melayu sesuka hati (antaranya seorang Ust Hafiz quran juga dibunuh), Raja2 Melayu tidak dapat buat apa2 sehinggakan Kiyai Soleh bertemu dengan Sultan di masa itu lalu Sultan itu berkata kpdnya: Buatlah apa-apa yang patut maka beliau mengumpulkan orang Melayu dan menyerang cina-cina komunis sehingga Sungai Batu Pahat,Johor jadi sungai berdarah, di Kedah-(mereka yang angkat senjata bersama angkatan pengikut-pengikut ialah Tuan Guru Beliau) Tuan Guru Hj Idris Lebai Itam, Pak Ya Kupang Baling dan Husin Dol (masing-masing) mengetuai serangan…

Orang Cina (Komunis Bintang Tiga)dipancung dan mayat-mayat mereka dibuang ke dalam sungai, Sungai Manik,Sungai Bakap jadi sungai yg berdarah,(Tuan Guru Hj Hasyim Kata): Ana pada ketika itu berumur dua puluh tahun, masih bujang…,berani mati… tak takut mati…”

Dengar, baca dan ketahuilah sejarah tanah air kita, supaya kita mensyukuriNya serta berterima kasih terhadap golongan yang memperjuangkan islam dan banyak berjasa terhadap Agama, Bangsa dan tanah air dan mereka itulah adalah para ulama pondok yang berfahaman Ahli Sunnah (iaitu Asyairah dan Maturidiyah) sebagai pemimpin keagamaan yang menjadi ikutan masyarakat setempat kita.. ‘Pelita yang menyinari Alam Semesta’.

Wallahu’aalam..

Oleh : Ustaz Nik Mohd Nazimuddin Nik Ibrahim
Yang di-pertua Pertubuhan Khairu Ummah merangkap mudir Madrasah Khairu ummah

Ditulis pada 29 Nov 2013 6.26pm

Image

Majlis Ihya Mahhabah dan Silaturrahim Ulama’ anjuran Pertubuhan Khairu Ummah

1459240_632955896748393_779620524_nJom sama2 hangatkan Majlis ini dengan memberi ruang dan sedikit masa untuk menghadiri majlis ini mendengar mutiara ilmu dan Nasihat daripada Alim Ulamak….

MOHON SUMBANGAN DERMA DAN ZAKAT PEMBINAAN MADRASAH KHAIRU UMMAH
Layari : https://khairuummah77.wordpress.com/
hubungi : 013-9723118

Pengajian Talaqqi Kitab Madrasah Khairu Ummah

poster talaqqi kitab baba azhariNabi Muhammad SAW bersabda :
” Solat Dua Rakaat Orang Alim Lebih Baik Daripada Seribu Rakaat Orang Yang Jahil”
“Tidur Orang Yang Alim Lebih Baik dari Ibadah Seorang Yang Jahil”

Jom Mengaji kemaskan dan lengkapkan perkara fardhu ain kita…

Semua dijemput Hadir..Pengajian untuk orang awam…

Pendidikan Sistem Madrasah Nabawi S.A.W.

Pendidikan sistem madrasah nabawi s.a.w. perlu diterapkan dalam sistem madrasah negara kita, ini kerana sistem pndidikan madrasah di malaysia adalah sistem yang terawal memainkan peranannya dalam mndidik anak bangsa dalam bidang keilmuan dan amalan agama, juga telah terbukti dapat melahirkan imam2 atau pemimpin2 agama seperti Sheikh Daud Fatani yang mengatasi orang lain pada segi karangan beliau dalam keilmuan agama dalam pelbagai bidang supaya anak bangsa dapat memahami syariat agama mereka, seperti Sheikh Ahmad Zain Fatani yang terbitlah kader-kader agama yang menerangi nusantara ini dengan guru-guru yang tinggi keilmuannya,ikhlas dalam mendidik anak bangsa dan sebagainya yang terdiri daripada ulama ul ‘amilin.

Cumanya sistem ini perlulah di ‘upgrade’kan supaya dapat memaksimunkan prestasinya sebagai pusat keilmuan,pentabriyahan dan dakwah menyeru masyarakat kepada kehidupan bersyariat dan sebagai benteng pertahanan akidah,amalan dan penjagaan hati sanubari dan sebagai kesatuan ummat dalam perkara kebaikkan..Seolah-olah sesebuah madrasah itu sebagai markaz-markaz sebagai sesebuah kerajaan dalam melengkapkan ketiga2 aspek tersebut untuk merealisasikan ‘Khairu Ummah’,iaitu sebaik2 umat. insyaAllah..tanpa kesatuan gerak kerja,buah fkiran dan sebagainya daripada ummat islam setempat tidak akan berjaya misi ini..Inilah sebagaimana yg diulas oleh Ust Nik Mohd Nazimuddin Nik Ibrahim , Mudir Madrasah Khairu Ummah… wallahu’alam…

Pelan Terbaru Rumah Guru 3 Tingkat sedang dalam pembinaan Ogos 2013

1368916_724109394282581_140861256_nUpdate terkini Ogos 2013 : Pelan terbaru Rumah Guru Tiga Tingkat iaitu bangunan seterusnya yang sedang dalam pembinaan. Sumbangan derma dan zakat amatlah dia alu-alukan… Mohon share dan sebarkan…

AKAUN PENGURUSAN & KEBAJIKAN MADRASAH KHAIRU UMMAH

Akaun ini diwujudkan sebagai satu usaha mencari sumbangan derma dalam membantu pengurusan & kebajikan Madrasah Khairu Ummah. Segala sumbangan bolehlah disalurkan ke :

Bank Islam Malaysia Berhad
No akaun: 0309 00 100 515 88

di bawah nama:-MADRASAH KHAIRU UMMAH
https://khairuummah77.wordpress.com/

MEMBELI SAMBIL MENDERMA MENJAYAKAN PEMBINAAN MADRASAH KHAIRU UMMAH

Buku-buku terkini keluaran Pertubuhan Khairu Ummah

Marilah kita sama-sama membuat kebajikan dan amal dengan membeli sambil menderma dalam menjayakan Pembinaan Madrasah Khairu Ummah.

Buku-buku terbaru terbitan Pertubuhan Khairu Ummah bertajuk ‘Doa-doa sepanjang Ramadhan Mubarak’ dan ‘Amalan-amalan sepanjang Hari-Raya aildilfitri’ ini hanya RM 2 setiap satu (tidak termasuk harga pos).

Anda akan perolehi pahala sedekah di jalan Allah ini kerana semua hasil jualan akan disalurkan sepenuhnya ke akaun pembinaan dan pengurusan Madrasah Khairu Ummah. InsyaAllah.

Malah anda juga boleh mendapatkan tips dan panduan dari kami serta menambah ilmu dalam menyempurnakan ibadah puasa dan amalan Hari raya pada tahun ini dan akan datang insyaAllah dengan pembelian buku-buku ilmiah ini.( Perincian tentang buku seperti di bawah)

Agen -agen atau dealer-dealer amatlah diperlukan. Berminat boleh PM kami insyaAllah.

MOHON SEMUA KAUM MUSLIMIN SEBAR-SEBARKAN (TEKAN SHARE) DAN WAR-WAR KEPADA RAKAN-RAKAN DAN SANAK SAUDARA UNTUK SAMA-SAMA BANTU DI JALAN ALLAH INI.

Selamat Menyambut Ramadhan Kareem dan Selamat Menyambut Hari Raya Aildilfitri dari semua warga Pertubuhan Khairu Ummah. Maaf Zahir dan Batin.

kulit doa ramadhan fullBuku terbaru ‘Doa-doa sepanjang Ramadhan’ adalah terbitan Pertubuhan Khairu Ummah pada tahun 2013 sempena menjual sambil mengutip derma dari hasil jualan untuk menjayakan pembinaan madrasah Khairu ummah.

Ia mengandungi bacaan-bacaan doa sepanjang Ramadhan yang boleh diamalkan, rukun dan niat2 puasa ramadhan , adab-adab dan tips puasa ramadhan serta penerangan tentang zakat fitrah yang padat dan ringkas. (Bacaan doa, niat berserta maksudnya telah disemak dan insyaAllah selari dan bertepatan).

Ia sesuai sebagai rujukan untuk semua kaum muslimin bagi menyempurnakan ibadah puasa kita pada tahun ini insyaAllah.

Kelebihan sizenya mini pocket menjadikan ia mudah untuk dibawa ke mana-mana dan dirujuk pada bila-bila masa. Dapatkan segera sehingga stok masih ada kerana stoknya sangat terhad.

Hanya RM 2.00 sebuah.

Jom kita beramal di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini. Mudah-mudahan Allah lipat gandakan pahala untuk bekalan akhirat sana. Ammin.

Pembelian boleh dibuat dengan “Bank In” ke akaun pertubuhan khairu ummah berikut :

Bank Islam Malaysia Berhad
No akaun: 0309 00 100 515 88

di bawah nama:-MADRASAH KHAIRU UMMAH.

Setelah “Bank In” boleh berikan maklumat lengkap berikut dengan Private Message (PM) ke Pages Pertubuhan Khairu Ummah ini :
Nama :
Alamat:
No Telefon:
Email:

Bukti pembayaran:
-Jumlah (RM):
-Tarikh n Masa:
-No. Rujukan:

Pengeposan akan dibuat setelah bayaran lengkap beserta harga pos dibuat.

Jatuh-bangun kegemilangan Islam melalui sistem ulama pewaris Nabi dan sebagai pusat ilmu, tarbiyah&dakwah adalah ditangan ummah islam itu sendiri. Justeru saling bantu-membantu pada jalan Allah ini!!!

Di akhir zaman ini, sedekah yg paling utama adalah kpd suatu institusi pngajian yg boleh melahirkn pewaris2 para anbia’ iaitu ulama.Ini kerana matinya ISLAM kerana matinya para ulama’ yg mewarisi tugas para nabi.Manakala jika matinya seseorg miskin disebabkn kebuluran hanyalah matinya sseorg induvidu muslim shj.

Jika kita mahu mendapat syafaat di akhirat nanti, salinglah bersama-sama membantu demi menjayakan suatu institusi yang dapat melahirkan generasi ulama pewaris nabi yang diberi kemuliaan untuk mensyafaatkan ummah.insyaALLAH.amin..

buku kulit rayaBuku terbaru seterusnya ‘Amalan-amalan sepanjang Hari Raya Aidilfitri’ terbitan Pertubuhan Khairu Ummah pada tahun 2013 sempena menjual sambil mengutip derma dari hasil jualan untuk menjayakan pembinaan madrasah Khairu ummah.

Ia mengandungi tip-tip ringkas dan padat bagaimana untuk beramal pada Hari Raya Aidilfitri. (Bacaan doa, niat berserta maksudnya telah disemak dan insyaAllah selari dan bertepatan)

Ia sesuai sebagai rujukan untuk semua kaum muslimin bagi menyempurnakan amalan kita di Hari Raya pada tahun ini insyaAllah.

Kelebihan sizenya mini pocket menjadikan ia mudah untuk dibawa ke mana-mana dan dirujuk pada bila-bila masa. Dapatkan segera sehingga stok masih ada kerana stoknya sangat terhad.

Hanya RM 2.00 sebuah.

Jom kita beramal di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini. Mudah-mudahan Allah lipat gandakan pahala untuk bekalan akhirat sana. Ammin.

Pembelian boleh dibuat dengan “Bank In” ke akaun pertubuhan khairu ummah berikut :

Bank Islam Malaysia Berhad
No akaun: 0309 00 100 515 88

di bawah nama:-MADRASAH KHAIRU UMMAH.

Setelah “Bank In” boleh berikan maklumat lengkap berikut dengan Private Message (PM) ke Pages Pertubuhan Khairu Ummah ini :
Nama :
Alamat:
No Telefon:
Email:

Bukti pembayaran:
-Jumlah (RM):
-Tarikh n Masa:
-No. Rujukan:

Pengeposan akan dibuat setelah bayaran lengkap beserta harga pos dibuat.

Jatuh-bangun kegemilangan Islam melalui sistem ulama pewaris Nabi dan sebagai pusat ilmu, tarbiyah&dakwah adalah ditangan ummah islam itu sendiri. Justeru saling bantu-membantu pada jalan Allah ini!!!

Di akhir zaman ini, sedekah yg paling utama adalah kpd suatu institusi pngajian yg boleh melahirkn pewaris2 para anbia’ iaitu ulama.Ini kerana matinya ISLAM kerana matinya para ulama’ yg mewarisi tugas para nabi.Manakala jika matinya seseorg miskin disebabkn kebuluran hanyalah matinya sseorg induvidu muslim shj.

Jika kita mahu mendapat syafaat di akhirat nanti, salinglah bersama-sama membantu demi menjayakan suatu institusi yang dapat melahirkan generasi ulama pewaris nabi yang diberi kemuliaan untuk mensyafaatkan ummah.insyaALLAH.amin.

Image

PANTUN ISTIMEWA SEMPENA PILIHAN RAYA

poster pRU

Biarlah Kalah tetapi masih dalam Keredhaan Allah daripada Menang sedangkan dalam kemurkaan Allah…

Kemenangan hakiki bukannya diukur dengan kemenangan dalam pilihanraya semata-mata, tetapi kemenangan yang hakiki adalah sejauh mana kita beristiqamah dalam prinsip-prinsip dan ajaran Syariat itu sendiri…

Fikir-fikirkanlah…

Ceramah Ustaz Nik Mohd Nazimuddin sempena misi mencari dana di waktu sambutan Maulidur Rasul di Masjid Cheras sebelum solat Jumaat

PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN BANGUNAN 2 TINGKAT YANG MELIPUTI PEJABAT, KANTEEN, DEWAN DAN KELAS 28 FEB 2013

IMG_0566 IMG_0567 IMG_0568

Sumbangan dari kaum muslimin amatlah diharapkan untuk menyiapkan hingga lengkap bangunan 2 tingkat ini…

PEMBINAAN MADRASAH KHAIRU UMMAH DITERUSKAN OKT 2012

PENGUMUMAN BUAT SEMUA KAUM MUSLIMIN..

ALHAMDULILLAH…

Setelah sekian lama projek pembinaan tertangguh, kini proses pembinaan bangunan 2 tingkat yang meliputi pejabat,dewan makan, mini market dan pustaka kini mula beroperasi HARI AHAD, 28 Okt 2012.
Paparan ini menunjukkan sebahagian kerja-kerja pembinaan yang telah dimulakan beberapa hari yang lepas sehingga kini 30 okt 2012.

Majlis Hari Raya Qurban 2012 Madrasah Khairu Ummah

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1433H dari kami semua warga
KU buat semua penyokong setia KU….

IMAM MAHDI; MEMBONGKAR DAKWAAN DUSTA

Menentukan imam mahdi bagi seseorang yg telah mati dimana dia tidak menyamai dgn ciri2 yg disebutkan oleh hadis dan para salaf adalah kesesatan yg nyata dan tergolong drp puak2 bidaah/mubtadi’ serta seiras dgn fahaman puak2 syiah yg sesat.

Kesesatan golongan yg mnentukan imam mahdi bagi seseorang yg telah mati yg tidak mmpunyai ciri2 yg disebutkan dlm hadis( terutama puak2 pelampau syiah), telah difatwakan oleh Ibn hajar Alhaitami sebagaimana didlm kitab ‘Fatawa Hadisiah’ beliau ( m/s 54), bermaksud:

“ Aku ditanya tentang satu golongan yg megiktikadkan pada seseorang lelaki yg telah mati semenjak 400thn bhw dia adalah Imam Mahdi yg dijanjikan (kebangkitannya) pada akhir zaman dan sesiapa yg mengingkari bhw dia adalah imam mahdi maka jadi kafir, maka (soalannya) apakah hukum yg terbit ke atas golongan ini? “

Maka aku menjawab: bhw ini iktikad adalah iktikad yg batil/karut, sesat yg keji dan kejahilan yg huduh.
Pertamanya: kerana menyalahi dgn hadis yg terang2 yg hampirlah kpd mutawatir (riwayat yg banyak yg tidak boleh diandaikan pembohongan) yg bertentangan dgn iktikad tersbt.

Keduanya: kerana terbit drp iktikad ini mengkafirkan imam2 (ulama2) yg menyatakan dlm kitab mrk dgn pembohongan golongan ini pada sangkaan karut golongan tersbt dan pada bhwsanya simati (yg didakwa sbg mahdi) tidaklah mahdi yg disebutkan(yg dijanjikan kebangkitannya pada akhir zaman). Sesiapa yg mngkafirkan seseorang muslim krn agamanya maka dia (yg mngkafir tsbt) adalah kafir, murtad yg akan dipancung tengkoknya jika dia tidak bertaubat. Dan lagi golongan ini (sebenarnya) mengingkari Mahdi yg dijanjikan pada akhir zaman(krn telah mmbuat kesilapan dgn mnentukan seseorang yg lain,bukannya imam mahdi yg sebenarnya).

Sesungguhnya (dalil bagi pengingkaran golongan ini terhadap mahdi yg sebenarnya dari krn tersilap mnentukan) datang hadis drp Abu bakar al-iskafi bhw Nabi saw bersabda: “sesiapa yg mendustakan (kebangkitan) dajjal maka sesungguhnya dia jadi kafir dan sesiapa yg mndustakan mahdi maka sesungguhnya dia jadi kafir.” Maka golongan ini mendustakan imam mahdi secara terang2 (krn tersilap mnntukan sesorang yg tidak mmpunyai ciri2 yg disebutkan dlm hadis), maka dikhuwatiri ke atas mrk menjadi kufur…”

Kesimpulannya:
1) Sesiapa yg mnentukan seseorang yg telah mati yg tidak mmpunyai ciri2 imam mahdi yg disebutkan oleh hadis adalah golongan yg rosak aqidah dan sesat yg nyata. Iktikad mrk seiras dgn golongan syiah yg mnentukan seseorang yg mati sebagai mahdi.

2) Apabila tersilap mnentukan seseorang sebagai mahdi sedangkan dalil2 hadis yg banyak periwayatannya menyebut ciri2 mahdi akhir zaman menyalahi dgn seseorg yg ditentukan olehnya, secara langsungnya dia mengingkari imam mahdi yg sebenar, yg dikhuwatiri akan membawa kpd menjadi kufur krn percaya kebangkitan mahdi adalah termasuk dlm pegangan aqidah.

# Perlu diketahui bhw penolong imam mahdi daripada pemuda bani tamim adalah bernama Syuaib bin salih sebagaimana yg tersebut dlm hadis yg dipaparkan oleh Ibn hajar dlm fatawa hadisiah trsbt m/s 57. Siapakah imam mahdi dan siapakah penolong imam mahdi iaitu Syuaib B. salih bani tamim ini tidak boleh diandai2kan dgn fikiran yg cetek dan diijtihadkan..krn boleh merosakkan akidah..nauzubillah min zalik..
Wallahu’aklam..

SIFAT-SIFAT IMAM MAHDI

Memadailah saya paparkan sebahagian hadis/athar sahabat bagi mereka yg hendak mngambil pengajaran dan iktibar. Di antara sifat2 khusus Imam Mahdi yg dinyatakan dlm Hadis ialah:-

Tempat kelahiran dan umurnya semasa keluar berperanan;

1) Hadis/athar sahabat nabi:dikeluarkan oleh abu Nuaim drp saidina Ali yg berkata: “ AlMahdi (Muntazhar-yg ditunggu2 dan dijanjikan kebangkitan di akhir zaman) adalah tempat kelahirannya ((مولده di Madinah drp keturunan ahli bait Nabi (ahli keluarga nabi)saw. Namanya ialah nama Nabi dan dia akan berhijrah ke Baitul Muqqadis.”

2) Hadis yg dikeluarkan oleh abu Nuaim juga drp saidina Husain bhw Nabi memberitahu kpd Fatimah (anak baginda) : “ AlMahdi itu drp anak cucu cicit keturunan engkau. Dia akan keluar (dilahirkan) drp satu kampung yg disebutkan/dipanggil dgn nama ‘Kar ‘ah’ .”

3) Drp saidina Ali yg berkata: “ AlMahdi itu tempat kelahirannya di Madinah,drp keturunan ahli bait nabi saw. Namanya ialah nama nabi dan akan berhijrah ke Baitul Muqqadis, tebal janggutnya, bercelak kedua matanya, bercahaya giginya, pada wajahnya mempunyai tahi lalat (satu riwayat; pipi kananya ada tahi lalat)………”

4) Drp abi nuaim yg mngambil drp abi Umamah yg berkata: “ bhw Nabi saw bersabda: AlMahdi drp keturunan anak cucu cicitku berumur 40 tahun (ketika keluar berperanan),seolah2 wajahnya bercahaya mcm bintang, dipipi kanannya ada tahi lalat hitam,mempunyai dua baju jubah kelawar kain qothan, seolah2 (tubuh badannya berbentuk mcm )lelaki bani israil…..”

Banyak lagi dalil2 yg memberitahu bhw semasa pengisytiharan sebagai imam akhir zaman adalah berumur 40thn. mengcukupilah hanya satu riwayat di atas bagi mereka yg hendak ambil pengajaran.

Kesimpulan drp dalil2 di atas:
• Tempat Kelahiran AlMahdi adalah di kg Kar’ah di Madinah. Berhijrah ke Baitul Muqqadis .Nama Beliau ialah Muhammad/Ahmad Bin Abdullah (bukannya gelaran).

• Ketika berperanan, Almahdi berumur 40thn.

Maka ternyatalah pendustaan yg terang-terangan pada menentukan Syeikh suhaimi sebagai Imam Mahdi seperti yg didakwakan oleh syeikhkul Arqam. Ini kerana Syeikh Suhaimi tersebut, lahirnya di tanah Jawa di daerah wunusubu pada thn 1259 hijrah menyalahi dgn apa yg dinyatakan oleh hadis . waktu wafat syeikh suhaimi berumur 84 thn.Meninggal di kg Teluk pulai, Kelang, Selangor pada tanggal 21 hari Ahad, bln Rajab 1343H. Cukuplah kenyataan ini membongkarkan pendustaan yg besar yg dilakukan.

Lagi pula AlMahdi bukannya ghaib kemudiannya baru muncul sebagaimana yg didakwa oleh Syeikhkul Arqam tetapi akan dilahirkan (bererti baru dilahirkan -مولده) di Kar’ah, Madinah.

Syeikh suhaimi berhijrah daripada tanah Jawa ke Singapura kemudian ke Malaysia (Kelang), sedangkan AlMahdi lahir di madinah dan akan berhijrah ke Baitul maqdis.

Semasa AlMahdi keluar berperanan adalah berumur 40thn bukannya mcm umur syeikh suhaimi semasa wafatnya berumur 84thn dan sekarang berumur 173thn tetapi masih lagi tidak muncul-muncul untuk mengisytiharkan diri.
Belum lagi kita mengambil kira rupa dan bentuk tubuh AlMahdi muntazhar yg dinyatakan oleh hadis dan athar untuk dibuat pembandingan dgn Syeikh Suhaimi.

Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan adalah pegangan golongan Syiah dan dinamakan sebagai ar-Raj’ah dlm kitab2 mereka.

Mengikut akidah Syiah bahawa golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah S.W.T. akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman, termasuklah para sahabat Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aisyah, Hafsah, Muawiyah dan lain-lain. Peristiwa ini berlaku ketika bangunnya Mahdi keluarga Nabi Muhammad s.aw. dan tidak kembali/muncul ke dunia ini kecuali orang yang tinggi darjat imannya ataupun orang yang paling jahat, kemudian mereka akan mati semula.

Syiah Imamiah mempercayai bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari adalah imam yang ditunggu-tunggu yang telah hilang dan akan muncul semula untuk memerintah dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman. Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 260H hingga 329H. Pada masa ini orang Syiah boleh menghubungi imam mereka melalui wakil-wakilnya seramai empat orang iaitu Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman dan Husain Ibnu Ruh serta Ali Ibnu Muhammad al-Samiri. Zaman ini dikenali sebagai Ghaibah Sughra. Manakala Ghaibah Kubra pula bermula selepas tahun 329H hingga lahirnya Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Dalam tempoh ini, sesiapapun tidak boleh menghubungi Imam Mahdi walaupun melalui wakil-wakilnya. Sekiranya boleh dihubungi ia dianggap sebagai pendusta.(Sumber JAKIM)

Oleh itu, sesiapa yg berpegang bhw Imam Mahdi ghaib dan akan muncul semula adalah seiras dgn fahaman Syiah yg sesat menyimpang.

Persoalan Almahdi adalah termasuk dlm pegangan aqidah krn hadis2 tentangnya mencapai darjat mutawatir(periwayatan yg banyak dimana tidak boleh diandaikan sebagai dusta)sebagaimana hadis2 tersebut dipaparkan oleh Imam Suyuthi dlm Fatwanya. Krn inilah masalah Mahdi ini dikatakan oleh Ibn Hajar AlHaitami sebagai iktikad pegangan .

Diriwayatkan drp Qatadah yg berkata; Aku bertanya Said B.Musayyib: “Adakah AlMahdi itu benar? Beliau menjawab: “ Ya!”, (seterusnya) aku bertanya: “Siapakah dia?” Beliau menjawab: “ (AlMahdi adalah) daripada cucu-cicit Fathimah (anak Nabi saw).” (alhawi lil fatawi; Imam Suyuthi).

Sekalipun jika diandaikan bhw persoalan Mahdi ini bukannya termasuk dlm aqidah, tidak juga boleh sekali2 kita mereka-reka dgn menentukan seseorang yg tidak mempunyai sifat2 yg dinyatakan oleh hadis krn perkara2 yg berkaitan dgn keagamaan tidak boleh diandaikan dgn sewenang2nya yg akan membawa kepada pendustaan dlm hal2 yg berkaitan dgn agama suci kita sedangkan Nabi saw melarang melakukan bidaah dan penyelewengan/pendustaan dlm agama. Maka benarlah apa yg difatwakan oleh Ibn Hajar Alhaitami bhw menentukan seseorang yg telah mati sebagai AlMahdi sedangan simati tersebut tidak menepati ciri2 yg disebutkan dlm hadis adalah iktikad yg batil/karut, Bidaah/sesat yg keji dan kejahilan yg huduh.

PENOLONG IMAM MAHDI; PEMUDA BANI TAMIM

Hadis/athar tentang pemuda bani tamim iaitu penolong Imam Mahdi, kami paparkan sebahagian juga:-

1) Drp Saidina Omar r.a.d : ” adalah rasulullah saw duduk bersama satu golongan drp kaum muhajirin dan Ansar. Ali B. Abi Thalib sebelah kirinya dan Abbas sebelah kanan Baginda. Ketika seseorang lelaki berjumpa dgn Abbas lalu berkelakuan kasar seseorg lelaki Ansar (lain )terhadap Abbas. Maka Nabi saw mengambil tangan Abbas dan tangan Ali seraya bersabda: Akan keluar daripada sulbi(keturunan) ini (Abbas dan Ali) seseorang yg akan memenuhi bumi dgn keadilan dan kesaksamaan. Apabila kamu melihat sedemikian, hendaklah kamu bersama dgn seorang pemuda bani tamim. Maka dia datang drp pihak timur dan dialah yg empunyai bendera Mahdi.”

2) Naim B. Hammad drp Muhammad b.hanifah yg berkata: “ akan keluar panji2 hitam bagi bani abbas, kemudian keluar panji hitam yg lain drp khurasan. Kopiah mereka berwarna hitam dan pakaian mereka berwarna putih. Dihadapan mereka terdapat seorang lelaki yg dipanggil syuaib b. solih drp bani tamim dan akan mengalahkan puak2 sufyani..”

3) Drp Saidina Ali : “ Akan keluar panji2 (bendera) hitam yg akan berperang dgn puak2 Sufyani . Adalah bersama panji tersebut seorang pemuda drp bani hasyim. Pada tangan kirinya mempunyai tahi lalat dan dihadapannya ialah seseorang lelaki yg dipanggil Syu’aib b. solih.”

4) Abi nuaim drp kaab b. ‘alqamah: “ akan keluar atas panji Mahdi, seorang pemuda yg baru umurnya, janggutnya nipis yg berwarna kuning…”

Kesimpulan drp dalil di atas:
• Penolong Imam Mahdi adalah seorang pemuda bani tamim (salah satu drp bangsa arab Quraish)
• Beliau datang/dilahirkan daripada sebelah pihak timur iaitu Khurasan
• Nama Beliau ialah Syuaib B.Solih (bukannya gelaran)
• Mereka akan membawa bendera hitam, berkopiah hitam, berpakaian putih, janggut Pemuda Bani Tamim nipis berwarna kuning.

Keterangan
Penolong Imam mahdi adalah pemuda drp keturunan bani tamim. Dalam bahasa arab lafaz ‘pemuda’ شباب)) mempunyai defenisinya yg tersendiri iaitu: mereka yg sampai umur baligh hingga ke umur 30 an dan tidak melebihi 40 thn ke atas. Apabila seseorang itu mencapai umurnya 40thn ke atas maka ianya berstatus ‘Syeikh’(golongan berumur) bukan lagi bergelar ‘Pemuda’.
Mengikut dalil yg dipaparkan di atas bahawa pembantu Imam mahdi adalah seorang yg baru umurnya iaitu seorang pemuda bukannya golongan tua/berumur (‘syeikh’), manakala allahyarham Ashaari Muhammad lahir pada tahun 1937 dan meninggal dunia ketika berumur 73thn (pada thn 2010)yg sudah tidak berstatus ‘Pemuda’. Ketika Ashaari Muhamad (pengasas jemaah AlArqam) berumur ‘Pemuda’, tidak pula nampak beliau berperanan sebagai pembantu Imam mahdi. Macamana hendak berperanan sebagai ‘Penolong Mahdi’ sedangkan Imam Mahdi tidak muncul lagi.

Penolong Imam mahdi (pemuda bani tamim) ini adalah berasal/datang drp pihak timur (khurasan) iaitu ‘Masyriq’(المشرق) bukannya daripada asia tenggara (Malaysia termasuk dlm asia tenggara). Asia Tenggara dlm bahasa arab ialah ‘janub syarqi’ (جنوب شرق). Allahyarham Syeikul Arqam pula berketurunan jawa boyan sebagaimana yg dinukilkan.

Nama pemuda bani tamim adalah Syu’aib B.Solih bukannya ashaari Muhammad dan tidak pula beliau pernah bergelar dgn nama ‘Syu’aib, bahkan dgn gelaran ‘Abuya’ dan tidak pula bapanya pernah digelarkan dgn nama solih. Dlm dalil2 yg dipaparkan,menyebutkan nama asal pemuda bani tamim ialah Syu’aib serta anak kpd seseorang yg bernama solih.

Pemuda bani tamim mempunyai janggut yg nipis berwarna kuning manakala ashaari Muhammad pemimpin arqam berjanggut tebal. Definisi tebal adalah janggut seseorang yg tidak nampak kulit dagunya. Definisi nipis pula ialah janggutnya yg nmpak kulit dagu. Penolong imam mahdi ini berkopiah hitam dan berpakaian putih menyalahi dgn ashaari Muhammad yg berpakaian/berjubah dan berserban hijau.

Memadailah keterangan di atas membongkarkan penyelewengan dakwaan yg dilakukan dan bidaah yg direka-rekakan dlm persoalan agama…na’uzubillah min zalik..
Wallahu’aklam…

DITULIS OLEH;

Yang Di-Pertua Khairu Ummah: Nik Mohd Nazimuddin Bin Nik ibrahim

Solat Jumaat di masjid Universiti atau umpamanya (kem tentera dll)

Di antara perkara yg mula2 sekali mesti difahami ialah syarat  sah solat jumaat adalah ianya dilakukan di dlm kawasan kota, kampung atau Bandar, sekalipun kawasan itu tidak berhubung dgn pembinaan yg ada dlm kota,kampung atau Bandar tersebut seperti di padang.  Tidak sah dilakukan diluar kawasan tersebut iaitu tempat yg dikira sah bagi penduduk yg ada di kota,kampung atau Bandar tersebut untuk mengerjakan qasar solat ketika kluar hendak bermusafir.

Mungkin ada yg terkeliru dgn teks kitab2 Fiqh Mazhab Syafie sptmana tercatat dlm kitab ‘Safinatul naja’ berbunyi: “ Bhw dikerjakan jumaat itu di dlm pembinaan  balad/ kota (‘Khitthatil Balad’).” Yakni bermaksud  bhw dikerjakan jumaat itu di dlm lingkungan kwsan balad (kota), tidak semestinya ianya hendaklah berhubung dgn pembinaan2 yg ada. Tersebut didlm kitab syarah ‘Safinah Naja’ bg Syeikh Nawawi Bantani, berbunyi: “ sekalipun (dilakukan Jumaat itu) di padang dgn sekira2 adalah ia tempat yg tidak dilakukan qasar solat, sekalipun ianya tidak berhubung dgn pembinaan balad (kota). Menyalahi (yakni tiada sah dikerjakan jumaat pada) tempat yg tidak dikira termasuk di dlm kwsan kota.” Sebegini juga huraian yg tersebut dlm kitab ‘Iaanah Atthalibin’.

Jika kita pernah ke negeri arab, kita dpt melihat maksud sebenar ‘Khitthatil Balad’ (lingkungan kwasan kota) iaitu batu2 yg dibuat seumpama tembok/dinding yg tinggi/ rendah untuk menyatakan sakatan sesebuah kota atau kampung. Jika di zaman ini, boleh lah diumpamakan dgn papan2 tanda yg ditulis nma sesebuah kampong/bandar. Krn inilah Dr Wahbah Zuhaili menyatakan sedemikian dlm kitab ‘Fiqh Islami’ jilid 2, m/s 274-275: “ Dimaksudkan dgn ‘Khitthah’ ialah Tanah/kwasan yg didirikan tanda2 bagi pembinaan (kota@kampung) padanya. Dituju maksudnya disini ialah kawasan2/tempat yg dikira termasuk dlm kwsan kota/kampung. Ianya diumpamakan spt peta2 lakaran ( boleh juga dikiaskn dgn tulisan2/papan tanda) rasmi bg (menyatakan sakatan) setiap kota/kampung pada masa kita skrg. Tidak dpt tidak adalah pembinaan (dlm sesuatu kota) itu  berkelompok dgn sekira2 uruf (menurut kebiasaan situasi yg berlaku).”

Oleh itu, jika masjid jumaat yg terdapat dlm sesebuah university termasuk dlm kwasan kota, kampung atau Bandar(ketiga2 kwsan ini mempunyai definisi yg tersendiri), maka beberapa perkara perlu diambil kira (dlm Mazhab Syafie):

1)      Penduduk di kwsn tersebut hanya mendirikan jumaat di masjid university itu, maka sahlah solat jumaat penghuni2 universiti (yg bermukim) jika penduduk yg mustautin (penduduk tetap/kekal yg tidak sekali2 mahu berpindah) mencukupi 40 orang yg smpurna syarat spt (pada hemat ana) situasi yg berlaku di masjid UDM (dahulunya Kusza) Terengganu. Perlu diambil perhatian bhw terdapat mrk2 yg mnetap di bandar-bandar besar, memilih tempat itu sebagai kediaman yg tetap/sbg penduduk mustautin.

2)      Penduduk  di kwsn tersebut terdapat masjid jumaat yg lain selain drp masjid jumaat dlm sesebuah Universiti, maka jika berbilang tempat masjid jumaat krn keperluan iaitu kesulitan untuk menghimpun keseluruhan mrk dlm sebuah masjid spt penduduk yg ramai yg tidak mencukupi dgn hanya sebuah masjid atau spt berlaku perbalahan antara dua puak/golongan dll, maka sahlah dilakukan solat jumaat di kedua-dua masjid tersebut dgn syarat terdapat penduduk bermustautin yg mencukupi bilangan 40 org yg smpurna syarat dlm setiap satu drp kedua2 masjid yg berbilang itu. Disunatkan melakukan solat zohor slps drp selesai menunaikan solat jumaat atas jalan cermat (‘Ihtiyath). Manakala jika berbilang tempat solat jumaat tersebut bukan atas dasar keperluan yg dinyatakan maka tidak sahlah jumaat yg dilakukan terkemudian drp yg satu lagi.Di ambil kira mana yg dahulu/awal lakukan solat jumaat itu pada huruf raa takbiratul ihram imam (yakni mana2 imam yg awal2 selesai takbiratul ihram maka jumaatnya lah yg dikira sah).

3)      Jika tidak mencukupi bilangan 40 0rang pemustautin pada dua situasi/keadaan (no 1&2) di atas, maka tidak sah dilakukan solat jumaat atas pendapat yg muktamad dlm mazhab syafie. Terdapat pendapat yg daif ( dua qaul qadim bg Imam Syafie) bhw sah solat jumaat dgn bilangan 4 org (bersama imam) dan satu ketika beliau berfatwa dgn bilangan 12orang.

Mufti dan Syeikh Thariqah Ahmadiah Negeri Sembilan suatu masa dahulu iaitu Syeikh Ahmad bin Mohd Said Linggi bersetuju dgn ulama2 syafieyyah yg menguatkan qaul qadim yg menyatakan sah dgn bilangan 4org tersebut spt Imam Muzani, Imam Nawawi menukilkn dlm ‘ Syarah Muhazzab’, Abu Bakar Munzir dan Imam Suyuthi. Beliau menegaskan dlm kitabnya ‘Al-ifadah fi bayani sihhatil jumu’ah bi arba’ati wa bi isna ‘asyara min ghairi I’aadah’, m/s 12: “..Dan telah ditasrihkan (dinyatakan) dlm kitab ‘Tarsyih Al-mustafidin’ atas harus bertaqlid dgn ulama yg mukhtarin seumpama Imam Nawawi dan Ibn Munzir dan Imam Suyuthi pada pilihan2 mrk (berpegang dgn pendapat 4org bilang tersebut) spt barang yg difatwa dgnnya oleh Ibn Ziyad dan mengikut dgnya oleh Annasyiri dan mengiktimad kandia (berpegang dgnnya) oleh Al-jauhari…..” seterusnya beliau menukilkan hujah yg dibuat oleh Imam Suyuthi iaitu hadis nabi saw,bermaksud: “Jumaat itu adalah wajib ke atas setiap kampung dan jika sekiranya tiada ada dlmnya (kampung tersebut) melainkan (hanya) 4orang (yakni diwajibkan juga).” Huraian lebih lanjut, sila rujuk kitab Tuan Mufti itu, justeru dibolehkan kita mengikuti pendapat ini.

Pendapat ini juga menepati dgn pendapat Imam Hanafi, cuma di sisi mazhab Hanafi bilang 4 org tersebut sekalipun terdiri drp orang musafir, tidak semestinya pemustautin (lihat ‘Fiqhul Islami’ jilid2,m/s 275). Antara syarat mazhab ini juga mestilah dilakukan jumaat di dlm Bandar yg besar (Misra) iaitu setiap tempat yg tiada mencukupi masjid2nya untuk menampung bilangan  para jemaah yg diwajibkan jumaat (‘Fiqhul Islami, jlid 2: m/s 274). Kemungkinan pihak yg berkewajiban menguna pakai pendapat mazhab Hanafi dlm pemasaalah ini dan ianya menjadi kanun sesebuah wilayah. Kaedah yg masyhur menyebutkan : “Hukum Hakim(Pemerintah/Qadhi) adalah memutuskan khilaf (perbezaan pendapat).” Wallahu ‘aklam….
DITULIS OLEH : Yang Di-Pertua Pertubuhan Khairu Ummah, Ustaz Nik Mohd Nazimuddin Nik Ibrahim

Hadis tentang menyapu muka selepas berdoa

Diriwayatkan dalam berbagai-bagai jalan peiwayatannya, maka secara himpunan periwayatan tersebut, hadis tentang menyapu muka selepas berdoa itu menaiki taraf Hasan. Lantaran itu, ianya dibuat hujah dalam persoalan sunatnya menyapu muka selepas bedoa.

Ini dapat dibuktikan melalui kata Imam keilmuan hadis iaitu Amirulmukmin fi Hadis, Al-Hafiz Ibn Hajar AlAsqalani dalam ‘Bulurul Maram’ bab Zikr & Doa selepas beliau mengemukakan hadis menyapu muka selepas bedoa daripada Saidina Omar r.a.d yang diriwayatkan oleh Imam Turmizi, beliau menyatakan:

وله شواهد منها حديث ابن عباس رضي الله عنهما عند أبي داود وغيره ومجموعها يقضي بأنه حسن

Ertinya:  “ Ada bagi Hadis Turmizi ini (hadis menyapu muka selepas bedoa daripada Saidina Omar r.a.d) beberapa sokongan. Di antaranya  ialah Hadis Ibn Abbas r.a.d yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan lainnya. Perhimpunan riwayat-riwayat tersebut membawa kepada bahawa ianya adalah ‘Hadis Hasan’.

Kaedah dalam ilmu Musthalah Hadis perlulah diketahui  bahawa setiap hadis daif, apabila banyak jalan periwayatannya maka ianya naik taraf ‘Hasan’ sebagaimana yg dinyatakan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani juga dlm Syarah Nukhbah:

والضعيف ان تعددت طرقه أو تأيد بما يرجح قبوله فهو الحسن لغيره

Ertinya  “ Sekiranya Hadis Daif berbilang-bilang jalan periwayatan atau dikuatkan dengan hadis yang terlebih kuat penerimaannya maka ia menjadi Hasan Li Ghairihi.”

Mulla Ali Qari pernah menegaskan:  ” وتعدد الطرق يبلغ الحديث الضعيف إلى حد الحسن “

Ertinya : ” Hadis Daif boleh mencapai darjat Hasan (Hasan Li Ghairihi) dengan banyak jalan periwayatan”.

Lagi pula hadis-hadis menyapu muka slps berdoa dgn kedua tapak tangan ini dikuatkan dengan riwayat-riwayat lain di antaranya:-

1) Dengan perbuatan sahabat Nabi iaitu Ibn Omar dan Ibn Zubair yg tersebut dalam kitab Adabul Mufrad bagi Imam Bukhari, bab mengangkat tangan dalam berdoa, berbunyi:

قال حدثنا ابراهيم بن المنذر قال حدثنا محمد بن فليح أخبرني أبي عن ابي نعيم وهو وهب قال رأيت ابن عمر وابن الزبير يدعوان ويديران بالراحتين على الوجه

Ertinya: “ Ibrahim bin Munzir menceritakan kpd kami bhw Mohd Bin Fulaih  mengkhabarkan bhw bapanya meriwayatkan drp Abi Nuaim iaitu Wahb yang berkata:  Aku melihat Ibn Omar dan Ibn Zubair berdoa dan mengusap muka dengan kedua tapak tangan mereka.”

# Perlu diketahui bhw periwayatan Mohd Bin Fulaih drp bapanya, Fulaih Bin Sulaiman adalah dibuat hujah/dalil oleh Imam Bukhari dalam kitab Sahih beliau  sepertimana yang dinyatakan dlm Muqadimah Fathul Bari, m/s 435 & 442.

# Juga perlu diketahui bhw salah satu cara mensahihkan sesebuah hadis ialah amalan menyeluruh yang dilakukan oleh Fuqaha yg bertaraf Mujtahid, maka apatah lagi para fuqaha Sahabat spt Ibn Omar dan Ibn zubair di atas?? yg dibuat hujah sebagai sokongan yang kuat.

Berkata Al-Ustaz Al-Isfirayini: ” Dikenali kesahihan hadis apabila masyhur di sisi ulama hadis tanpa sebarang penafian daripada mereka itu”. Hadis yang diterima oleh ulama secara berterusan maka hadis itu termasuk di dalam hadis makbul sekalipun tidak memenuhi syarat sahih kerana ummah tidak berhimpun dalam perkara kesesatan.”

(وظيفة الحديث الضعيف : إمام محمد زكى إبراهيم : ص 27-28 )

Terlebih utama lagi bhw perbuatan menyapu muka slps berdoa adalah perbuatan para salaf, sebaik-baik generasi yg dijadikan contoh tauladan, sebagaimana tersebut melalui sokongan seterusnya.

2) Tersebut dlm kitab Musanaf Abd Razzak (Kitab Solat), riwayat Ibn Juraij drp Yahya Bin Said AlAnsar ( salah seorang tabien besar dan Qadi Madinah) bhw perbuatan menyapu muka slps berdoa adalah perbuatan para salaf, berbunyi:

…وذكروا أن من مضى كانوا يدعون ثم يردون أيديهم على وجوههم ليردوا الدعاء والبركة

Ertinya: “ Para Tabien menyebut bhw mrk yg terdahulu (para sahabat dan tabien) berdoa serta menyapu dgn tangan mrk ke muka supaya mrk mendapat doa dan keberkatan.”

Selepas Abd Razzak menyebut riwayat di atas, beliau berkata:

رأيت أنا معمرا يدعو بيديه عند صدره ثم يرد يديه فيمسح وجهه

Ertinya: “ Aku sendiri melihat Ma’mar (salah seorang tabien besar) berdoa dgn kedua tangannya paras dada kemudian beliau mengembalikan/menggerakkan tangannya dan  menyapu mukanya.”

# Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani telah menjawab segelintir tomahan terhadap Abd Razzak yg merupakan salah seorang di antara perawi-perawi dlm Sahih Bukhari. Beliau menukilkan dlm ‘Muqadimah Fathul Barinya’ drp kenyataan Imam-Imam Muhadisin yg berkeahlian dlm membuat komentar tentang perawi-perawi hadis, sebagai menguatkan hujah bhw Imam Abd Razzak (juga merupakan salah seorang guru Imam Ahmad Bin Hambal) adalah seorang yg kuat dipercayai. Kritikan terhadap  Imam Abd Razzak  itu tidak diendahkan dan ternyata meleset, seperti kata Al-Hafiz Ibn Hajar dlm kitabnya tersebut (Fasal ke 7 : pada halaman nama2 mrk (perawi2 dlm kitab Bukhari ) yg ditohmahkan…m/s 419) berbunyi:

 

وعبد الرزاق بن همام بن نافع الحميري الصنعاني أحد الحفاظ الأثبات صاحب التصانيف وثقه الأئمة كلهم الا العباس بن عبد العظيم العنبري وحده فتكلم بكلام أفرط فيه ولم يوافقه أحد

Ertinya: “Abd Razzak Bin Hammam Bin Nafi’ AlHimyari Assan’aani adalah salah seorang drp Imam-Imam bertaraf Hafiz yg teguh dlm ilmu hadis. Beliau mempunyai kitab-kitab karangannya. Keseluruhan Imam-Imam Muhhadisin menyatakan bhw beliau adalah dipercayai kecuali Abbas Bin Abd Azim seorang sahaja yang mempertikainya dengan kalam yg melampau, sedangkan tiada seorang pun (drp kalangan  Imam-Imam hadis ) yg bersetuju dgn beliau.”

3) Hadis Saidina Omar yg diriwayatkan secara mursal oleh Azzuhri (riwayat ini adalah Sahih), berbunyi:

أخرج عبد الرزاق من حديث ابن شهاب الزهري قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرفع يديه عند صدره في الدعاء ثم يمسح بهما وجهه

Ertinya: “ Abd Razak mengeluarkan hadis ini drp hadis Ibn Syihab Azzuhri yang berkata: Adalah Rasulullah s.a.w mengangkatkan kedua tangannya setaraf dada ketika berdoa kemudian Baginda menyapu muka dengan kedua tangan tersebut.”

# Sekali pun hadis ini adalah hadis mursal tetapi ianya boleh dibuat hujah di sisi mazhab Malik, Hambal, Hanafi dan segolongan ulama mujtahid.

4) Hadis yg dikeluarkan oleh Abu Daud (Bab Doa) drp Qutaibah Bin Said, drp Ibn Lahi‘ah, drp Hafs Bin Hisyam Bin Abi Waqqas, drp Saaib Bin Yazid drp Bapanya:

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان اذا دعا فرفع يديه مسح وجهه بيديه

Maksudnya: “ Bhw Nabi s.a.w apabila berdoa serta mengangkat kedua tangan nescaya Baginda menyapu muka dgn kedua tangan.”

# Al-Hafiz Ibn Hajar dlm ‘Tahzibul Tahzib’ jilid 2, m/s 420-421, membuat komentar tentang guru Ibn Lahi ‘ah dlm hadis ini ialah sebenarnya Habban Bin Wasi’ bukannya Hafs Bin Hisyam. Habban Bin Wasi’ tersebut dikatakan oleh Ibn Hibban drp mrk yg dipercayai, sebagaimana tersebut dlm ‘Tahzib’ (2:171).

# Perawi dlm hadis ini iaitu Ibn Lahi ‘ah merupakan perawi yag Sahih @ Hasan, sila rujuk huraian yg telah lalu pada jawapan bagi bangkangan yg awal terhadap artikel ini.

Berdasarkan keterangan di atas, ternyatalah melesetnya kenyataan Ibn Taimiyyah, seorang yg penuh kontroversi. Tentang hal-hal hadis, kenyataan yang diberi keutamaan dan penyelidikan yg tepat adalah kenyataan Imam & Syeikul Islam dlm keilmuan hadis iaitu Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani di mana beliau menyatakan perhimpunan hadis-hadis tntg menyapu muka slps berdoa yg pelbagai jalan periwayatannya mencapai taraf Hasan (Lil Ghairihi). Terbuktilah ketaksuban pengikut-pengikut Ibn Taimiyyah spt salah seorang kepala fahaman Wahhabiyah iaitu Syeikh Ustaimin yg berpegang dgn pendapat beliau yg lemah dan meleset tanpa penyelidikan yg jitu. Di manakah dakwaan yg mrk menguar-guarkan supaya berpegang dgn perjalanan golongan Salaf?? , sedangkan perbuatan menyapu muka slps saja berdoa adalah perbuatan yg dilakukan oleh golongon ini, kemudiannya diwarisi zaman-berzaman hingga ke sekarang.

Berkenaan kenyataan ‘Izzuddin Bin Abd Salam bhw tidak menyapu mukanya selepas doa melainkan orang yg jahil, Al-Allamah Al-Qadi Yahya Bin Mohd AlAryani dlm kitab beliau ‘Hidayatul Mustabshirin’, m/s 119, menegaskan:

 

 

والعمل على هذا عند أهل العلم خلفا عن سلفا اذا عرفت ذلك علمت أن ما أفتى به الشيخ عز الدين بن عبد السلام أنه لا يفعل ذلك الا جاهل محمول على أنه لم يطلع على هذه الأحاديث

Ertinya: “ Beramal di atas perbuatan ini (menyapu muka slps berdoa) di sisi Ahli Ilmu Khalaf ( para ulama yg hidup di zaman yg lebih dari 3 kurun slps Nabi) yg mewarisi drp Salaf ( para ulama yg hidup dlm 3 kurun slps Nabi). Apabila engkau telah mengerti demikian itu, maka engkau tahu bhw  apa yg telah difatwa oleh Syeikh Izzuddin Bin Abd Salam bhw tidak dilakukan demikian (perbuatan menyapu muka slps berdoa) melainkan sijahil, adalah boleh diandaikan (fatwa Syeikh Izzuddin tersebut) bhw beliau tidak  pernah memerhatikan kpd hadis-hadis ini (hadis tntng menyapu muka slps berdoa).

Wallahu’aalam……

(Ditulis oleh Ustaz Nik Mohd Nazimuddin Nik Ibrahim)