MASALAH BERDOA SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ini satu risalah yang memadai bagi membahaskan Masalah Berdoa Selepas Sembahyang Fardhu Secara Berjemaah. Tujuan risalah ini untuk menerangkan kekeliruan yang timbul daripada suara-suara sumbang kejahilan yang tidak berasas. Kami bahagikan kepada tiga bahagian iaitu Hadis Sunat Berdoa Selepas Sembahyang, Hadis Berdoa Secara Berjemaah yang menjadi sandaran bagi masalah ini dan Keterangan bagi kekeliruan. Mudah-mudahan dapat difahami dengan jelas oleh seluruh kaum muslimin.

ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم 

HADIS SUNAT BERDOA SELEPAS SEMBAHYANG.

1.  Daripada Muaz, bahawasanya Nabi s.a.w berkata: “Ya Muaz! demi Allah! sesungguhnya aku mengasihi engkau, jangan engkau tinggalkan berdoa dengan doa  اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ  selepas sembahyang.”

2.  Hadis daripada Abi Bakrah pada katanya:  اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ  “Adalah Rasulullah s.a.w berdoa dengan doa ini selepas sembahyang.”

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani dengan lafaz  دُبُرَ الصَّلاةِ(mengiringi/belakang solat) pada hadis-hadis tersebut ialah selepas solat  ( بَعْدَ الصَّلاةِ )dengan ijma’ ulama’, sebagaimana sabit dengan hadis:

3.  Hadis Abi Hurairah, ditanyakan Nabi s.a.w: “Ya Rasulullah! bilakah doa yang terlebih segera diperkenankan? Bersabdanya: “Doa selepas solat fardhu ( بَعْدَ الْمَكْتوبَة ) terlebih afdhal daripada doa selepas solat sunat seperti kelebihan solat fardhu mengatasi solat sunat.”

4.  Mengeluarkan hadis ini oleh Thabari daripada Jaafar As-Sadiq berkata: “Doa selepas solat fardhu terlebih afdhal daripada doa selepas solat sunat seperti kelebihan solat fardhu mengatasi solat sunat.”

5.  Mengeluarkan hadis ini oleh Ibnu Syaibah daripada Al-Aswad Al-‘Aamiri daripada bapanya berkata: “Bersolat Subuh aku bersama Rasulullah s.a.w dan setelah selesai memberi salam lalu baginda berganjak dan mengangkat kedua tangannya berdoa.”

1

HADIS BERDOA SECARA BERJEMAAH.

Kami paparkan sebilangan hadis yang menjadi dalil dan sandaran bagi Berdoa Secara Berjemaah Selepas Solat Fardhu, di antaranya:

1.  Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani di dalam kitabnya Al-Ausath daripada Qais  Al-Madani: “…Waktu aku, Abu Hurairah dan seorang sahabat sedang berdoa dan berzikir mengingati Tuhan kami Azzawajalla di dalam masjid, tiba-tiba menuju Rasulullah ke arah kami dan duduk bersama-sama, kami pun berdiam diri, lalu ia bersabda: “Kembalilah kepada apa yang sedang kamu lakukan.” Berkata Zaid: “lalu aku serta sahabatku berdoa sebelum berdoanya Abu Hurairah lalu baginda mengaminkan doa kami…”

2.  Megeluarkan hadis ini oleh Thabarani daripada Abi Hurairah daripada Habib bin Musallamah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah berhimpun satu jamaah (perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah perkenankan doa mereka.”

3.  Tersebut di dalam Sahih Muslim pada Bab Harus Berjemaah Pada Solat Sunat. Selepas Nabi s.a.w bersolat sunat berjemaah bersama-sama dengan Anas, emak dan emak saudaranya lalu baginda berdoa  dengan secara berjemaah. Hadisnya secara ringkas: “Maka sembahyang Nabi dengan kami… kemudian ia mendoakan kami ahli rumah dengan setiap kebaikan dunia dan akhirat… dan adalah akhir doanya bagiku: “Ya Allah! perbanyak dan berkatilah harta dan anaknya, Anas.”

4.  Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani di dalam kitabnya Al-Kabir daripada Ibnu Abbas dan di dalam Al-Ausath daripada Ibnu Omar, berkata keduanya: “Setelah sembahyang Rasulullah s.a.w solat Subuh, kemudian baginda menghadap kaumnya lalu berdoa, “Ya Allah! berkatilah kami pada bandar kami dan berkatilah pada cupak kami dan gantang kami.”

Telah menyebut kedua hadis ini oleh As-Samhudi di dalam Al-Wafaa dan rijal keduanya kuat, sebagaimana katanya.

Berkata Al-Muhaddis As-Sayyid Muhammad Yusuf Al-Binuri di dalam kitabnya Maarifussunan (Jilid 3, muka 123): “Maka ini (hadis di atas) dan hadis seumpamanya pada bab ini ialah memadai sebagai hujjah (dalil) bagi perkara yang dibuat secara beradat oleh manusia pada sekalian negeri, iaitu berdoa secara berjemaah selepas sembahyang. Kerana inilah juga telah menyebut Fuqaha kami (ahli feqah bermazhab Hanafi)…… dan berkata Imam Nawawi dalam Syarah Muhazzab: “Berdoa disunatkan bagi imam, makmum dan mereka yang bersembahyang seorang diri mengiringi sekalian sembahyang dengan ketiadaan khilaf ulama’ dan katanya lagi: “Disunatkan berhadap imam ke arah makmum dan berdoa.”

2

KETERANGAN.

1.  Hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa :

(i)        Disunatkan bagi imam, makmum dan mereka yang sembahyang seorang diri, berdoa selepas solat fardhu dan sunat.

(ii)       Disunatkan bagi imam, berdoa secara berjemaah bersama-sama makmum selepas solat fardhu dan sunat, jika hendak mengajar makmum atau menghendaki mereka mengaminkan doanya.

(iii)     Disunatkan bagi makmum mengaminkan doa imam. (sebagaimana sabit dengan hadis 1 dan 2).

(iv)     Disunatkan mengangkat kedua tangan ketika berdoa.

Peringatan!

Telah sabit dengan sandaran hadis-hadis bahawa disunatkan menyapu muka dengan kedua belah tangan selepas berdoa.

Adapun berdalil pada masalah ini, tidak semestinya dengan hadis yang terang-terang menyatakan Nabi s.a.w berdoa secara berjemaah selepas Solat Fardhu, kerana apabila ‘Doa Secara Berjemaah’ itu sendiri telah sabit dengan sandaran hads-hadis di atas, memadailah ia sebagai dalil boleh mengerjakannya pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi amalan berdoa secara berjemaah ini dilakukan pada waktu yang disunatkan berdoa, iaitu selepas menunaikan solat fardhu.

Masalah ini seumpama dengan masalah Tazkirah (peringatan/ceramah) selepas solat Tarawih. Tidak ada satu hadis pun yang menyatakan  Nabi dan Sayyidina Omar mengerjakannya selepas Tarawih. Oleh itu, tidak boleh sekali-kali menuduh mereka yang mengerjakannya sebagai pembuat bid’ah, kerana Tazkirah itu sendiri ada sandaran dalil syara’, lebih-lebih lagi dilakukan di bulan Ramadhan. Walaupun sandarannya itu tidak secara terang-terang menyatakan selepas Tarawih. Begitu juga masalah selawat ke atas Nabi s.a.w yang menyelangi Solat Tarawih dan Solat Tasbih berjemaah pada malam Aidilfitri.

2.  Jika diterima perkataan mereka bahawa dalil pada mengerjakan sesuatu perkara itu hendaklah secara terang-terang, maka dalil yang melarang melakukan sesuatu perkara juga mestilah secara terang-terang, kerana firman Allah s.w.t :

وما  آ تا كم  الرسولُ  فخذوه  وما نهَا كم عنه  فانتهوا .  (  الحشر  أية : 7 )

Maksudnya: “Apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu, hendaklah kamu lakukan dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi.”

Bahkan tidak ada satu pun dalil yang terang-terang di dalam kitab-kitab hadis yang melarang berdoa secara berjemaah selepas solat fardhu, maka batallah perkataan mereka itu dan masuklah  masalah berdoa secara berjemaah selepas solat fardhu ini di dalam perkara yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu ( وما آتاكم الرسول ) kerana ianya disandarkan dengan dalil-dalil syara’.

3

3.  Jika sesuatu perkara tidak disandarkan dengan sesuatu daripada kaedah-kaedah syara’ dan dalil-dalilnya yang umum, bolehlah dikatakan perkara tersebut itu bid’ah.

 ( الحديث )  مَنْ أَحْدَثَ في أَمْرِنا هذا ما لَيْسَ منه فهو رَدٌّ

Maksudnya: “Sesiapa yang mereka-reka pada urusan kami (syara’ kami) sesuatu perkara yang bukan daripada syara’ kami, maka perkara tersebut ditolak.”

Mentafsir Ibnu Hajar Al-Haitami di dalam Fathul-Mubin pada lafaz ما لَيْسَ منه (sesuatu perkara yang bukan daripada syara’ kami) dengan katanya: “Daripada perkara yang menyalahi syara’ kami atau perkara yang tiada suatu sokongan pun daripada kaedah-kaedah syara’ kami dan dalil-dalilnya yang umum.”

Berkata Imam Syafie: “Perkara yang direka-reka dan menyalahi Qur’an, sunnah, ijma’ ulama’ atau sandaran daripada sahabat, maka ianya daripada bid’ah yang sesat dan perkara yang direka-reka daripada kebaikan sedangkan tidak menyalahi sesuatu daripada yang tersebut, maka ianya daripada bid’ah yang elok.”

4.  Oleh itu, perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w atau sahabat, tidak semestinya perkara itu Bid’ah Dhalalah. Contohnya seperti menitik ayat Qur’an     dan membariskannya, membahagikan ilmu kepada berbagai-bagai bahagian     serta membuat istilah dan kaedah bagi setiap bahagian ilmu seperti ilmu          Feqah, Usuluddin, Tasawuf, Tatabahasa Arab, ilmu Ma’ani, ilmu Bayan, ilmu      Mantik, ilmu Sya’ir, Usul Tafsir, Mustalah Hadis dan lain-lain, mengarang kitab-     kitab ilmu, menubuhkan gerakan-gerakan Islam, mendirikan madrasah pengajian, mensistemkan pembelajaran dan sebagainya.

Tidaklah mereka yang membid’ahkan doa berjemaah selepas solat fardhu, melainkan disebabkan kejahilan dan ketakburan. Janganlah kita terpedaya dengan mereka yang memfasikkan orang mukmin dan memecahbelahkan Umat Islam. Hendaklah kita menuruti jejak langkah ulama’ dahulu yang muktabar dengan mempelajari ilmu daripada ahlinya supaya tidak tersesat dan menyesatkan.

والله أعلم

PERINGATAN

Pembetulan pada:

HADIS SUNAT BERDOA SELEPAS SEMBAHYANG

Hadis No:3) Hadis Abi Hurairah, ditanyakan Nabi s.a.w: “Ya Rasulullah! bilakah doa yang terlebih segera diperkenankan?Bersabdanya: “Doa selepas solat fardhu ( بَعْدَ الْمَكْتوبَة ) terlebih afdhal daripada doa selepas solat sunat seperti kelebihan solat fardhu mengatasi solat sunat.”

Yang Betulnya ialah:  

Sesungguhnya Turmizi mengeluarkan hadis Abi Umamah:   “ Dikatakan: Wahai Rasullullah saw: Manakah doa yang terlebih utama diperkenankan? Baginda menjawab: Tengah malam yang akhir dan selepas solat fardhu (dubura solawati maktubah).” Turmizi berkata: Hadis ini hasan.

HADIS BERDOA SECARA BERJEMAAH.

2.  Megeluarkan hadis ini oleh Thabarani daripada Abi Hurairah daripada Habib bin Musallamah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah berhimpun satu jamaah (perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah perkenankan doa mereka.”

Yang Betulnya ialah: Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani daripada Abi Hubairah daripada Habib bin Maslamah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah berhimpun satu jamaah (perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah perkenankan doa mereka.”

Dikeluarkan oleh:

Nik Mohd Nazimuddin Bin Nik Ibrahim

Pelajar Pondok Pasir Tumbuh,

Kota Bahru, Kelantan.

46 responses to “MASALAH BERDOA SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU

  1. sungguh indah apa yg engkau ungkapkan dan yg engkau jabarkan dalam masalah fiqh, semoga Allah selalu merahmatimu. amiin.

  2. Assalamu’alaikum ustaz..saya round internet..tiba2 terjumpa benda no..ustaz boleh tolong confirmkan tak?

    Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani daripada Abi Hurairah daripada Habib bin Musallamah berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah berhimpun satu jamaah (perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah memperkenankan doa mereka.

    Hadis di atas dhaif sptmana kata al-Hafiz al-Haitami di dalam majma’ az-Zawaid krn di dalam sanadnya ada Ibn Lahi’ah.

    • Sbnarnya nukilan yg saudara nyatakan drp Al-Haisami tidak lengkap. Yg lengkapnya adalah berbunyi: ” Perawi-perawi hadis ini ialah perawi sahih kecuali Ibn Lahi’ah. Dan Hadis ini adalah hadis hasan”. Al-Allamah Abu Fattah Abu Ghuddah menyatakan ketika buat ‘Ta’liq'(catatan ringkas) berkenaan hadis ini, berbunyi: ” Sesungguhnya Al-Allamah Al-Kanawi menukilkan sbgaimana pada mensahihkan hadis ini(yakni Al-hakim mensahihkan hadis ini atas syarat2 Muslim) drp Al-Hakim dlm kitab beliau(Al-Allamah Al-Kanawi) bertajuk ‘Sibahatul Fikr’. Imam Shaukani menyebut dlm kitab ‘ Tuhfatul Zakirin’ : Bahawa Al-Hakim berkata pada hadis ini: Hadis ini sahih sanadnya.”
      Al-Allamah Abu Fattah Abu Ghuddah menghuraikan lagi: “Perawi yg meriwayatkan drp Ibn Lahi’ah pada hadis ini adalah Abdullah bin Yazid Abu Abdi Rahman Al-Muqri. Beliau adalah salah seorang drp mereka yg bernama Abdullah yg diambil kira periwayatannya, lagi terlbih adil dan terlbih kuat.”
      Oleh itu,Hadis ini adalah hadis Sahih di atas syarat Imam muslim sbagimana kata Al-Hakim, bukannya hadis daif….

      • ermm..ustaz..kalau saya anggap benda tu benda khilaf dan saya tak setuju doa socara berjemaah selepas solat fardhu boleh tak ustaz? saya sekarang kalau jadi imam, saya lebih suka kalau makmum baca doa sendiri….kat Arab dan Madinah kan tak de doa2 jemaah selepas solat fardhu ni ustaz?

        wallahu’alam

      • Maaf akh Nik, sebenarnya bukan sekadar nukilan oleh akh muslimin88 tu tak lengkap, bahkan terjemahan enta pun sebahagiannya jauh daripada kebenaran dan mencelarukan.

        Di sini kami nukilkan sebahagian daripadanya

        1. Enta menulis, “Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani daripada Abi Hurairah daripada Habib bin Musallamah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah berhimpun satu jamaah (perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah perkenankan doa mereka.”

        – kesilapan pertama : bukan ”Abi Hurairah” , tapi ‘Abi Hubairah / أبى هبيرة ‘

        – kesilapan kedua : Maslamah bukan Musallamah

        Kesilapan2 begini mungkin kecil pada enta, sedangkan ia sebenarnya besar dari segi kesannya.

        Mungkinkah enta mengambil terjemahan ni dari sumber sekunder jua?

        2. Enta menulis, ”Perawi-perawi hadis ini ialah perawi sahih kecuali Ibn Lahi’ah. Dan Hadis ini adalah hadis hasan”.

        – salah terjemah tu, ni ayat asal:

        ورجاله رجال الصحيح غير ابن لهيعة وهو حسن الحديث

        Nampaknya mustolah hadith pun nampak enta tak mahir, ”hasanul hadith” enta terjemahkan kepada ”hadith hasan”. Beza maksudnya tu. Mungkin enta kurang teliti, atau mungkin sebenarnya hadith dan mustolah hadith bukanlah bidang enta.

        Adalah amat penting enta behati2 di dalam perkara ni.

        3. Enta menulis, “Al-Allamah Abu Fattah Abu Ghuddah menyatakan ketika buat ‘Ta’liq’(catatan ringkas) berkenaan hadis ini, berbunyi: ” Sesungguhnya Al-Allamah Al-Kanawi menukilkan sebagaimana pada mensahihkan hadis ini(yakni Al-Hakim mensahihkan hadis ini atas syarat2 Muslim) drp Al-Hakim dlm kitab beliau (Al-Allamah Al-Kanawi) bertajuk ‘Sibahatul Fikr’. Imam Shaukani menyebut dlm kitab ‘ Tuhfatul Zakirin’ : Bahawa Al-Hakim berkata pada hadis ini: Hadis ini sahih sanadnya.”
        Al-Allamah Abu Fattah Abu Ghuddah menghuraikan lagi: “Perawi yg meriwayatkan drp Ibn Lahi’ah pada hadis ini adalah Abdullah bin Yazid Abu Abdi Rahman Al-Muqri. Beliau adalah salah seorang drp mereka yg bernama Abdullah yg diambil kira periwayatannya, lagi terlbih adil dan terlbih kuat.”

        – ‘Abdul Fattah Abu Ghuddah sendiri ada menyebut bahawa Al Haakim itu Mutasaahil, iaitu bermudah-mudah dalam mensahihkan hadith dan perkara ini perkara maklum di kalangan ramai pengkaji hadith. Jadi pensahihan oleh Al-Hakim pada kebiasaannya tidak ditelan bulat2

        – Al-Lucknawi jadi Al-Kanawi? Jelas nampaknya enta kurang mengenali Ulama’ dan tak faqeh dalam bidang geografi.

        Kami kongsikan sedikit tentang perbincangan staus hadith tersebut…

        – Ia dihukum gharib oleh Ibn Hajar dalam Nataa’ij Al Afkaar. Punca kelemahan hadith ialah Ibn Lahii’ah dan Ibn Hubairah. Pada asalnya Ibn Lahii’ah bertaraf saduuq namun selepas kitabnya terbakar dia meriwayatkan dari memori.

        – Al Albaani juga melemahkannya dalam Dha’eef At Targhiib..

        – Hadith ni turut di dhaifkan oleh Syeikh al-Muhaddith Muqbil Hadi al-Wadie (rahimahullah) dlm tahqiq Mustadrak; masalahnya ialah kerana Ibn Lahi’ah yg dhaif, kata Muqbil:

        ابن لهيعة ضعيف , وإن روى عنه عبدالله بن يزيد المقري , فقد ضعفه بعضهم مطلقا , ثم إننا لم نجد حديثا لابن هبيرة عن حبيب بن مسلمة

        Rujukan:

        Mustadrak al-Hakim, Tahqiq Muqbil Hadi al-Wadie, kitab معرفة الصحابة رضي الله عنهم, bab ذكر مناقب حبيب بن مسلمة الفهري رضي الله عنه , hadith no. 5545, cetakan Dar al-Haramain,Qaherah, 1997M

        Maka kesimpulan ringkas yg dapat dipelajari setelah meneliti sebahagian penjelasan akh Nik…

        1. Hadith dan mustolahnya bukan bidang enta.

        2. Terjemahan enta yg kurang teliti membahayakan para pembaca. Adalah lebih baik jika akh Nik lebih cermat, teliti dan berhati2 dalam menukilkan sesuatu berkaitan hadith dan mustolahnya, ditakuti kesilapan enta memunahkan dan menyesatkan mereka yg ikhlas membaca tetapi kurang pendedahan terhadap kebenaran di sebaliknya

        Wallahu a’lam

        Harap menerima teguran2 ini dengan hati yg ikhlas dan terbuka.

  3. Assalamualaikum..mohon izin copy paste ke blog ana..
    jazakallahukhair

  4. Ustaz kalau zikir beramai-ramai selepas solat diketuai oleh seorang ‘tekong’ macam mana pulak? Apa petunjuk sunnah dan salafusoleh dalam hal ni?

    mohon pencerahan..

    wallahu’Alam

    • InsyaAllah saya jawab soalan ini bersama dgn soalan saudara di atas. Imam Syafie adalah antara ulama solefusoleh ada mnyebut bhw jika imam mahu mengajar makmunnya dan menghendaki mrk mengaminkan doanya, maka disunatkan imam menyaringkan doanya. Ulama syafiiyah menyatakan bhw masalah doa adalah sama dgn masalah zikir(sama kategori). Maka, Masalah berdoa secara berjemaah adalah sama dgn masalah berzikir secara berjemaah.(sila rujuk risalah di atas)

      Oleh itu, jika kita seseorang yg punyai mata hati dan pendidik masyarakat kpd beribadatkan Allah taala, mestilah kita memprogramkan mrk dgn berzkir dan berdoa bersama2 slps solat. Jika tidak, nescaya mrk tidak akan berzikir&berdoa langsung, bahkan masa2 mrk hanya terbuang dgn benda2 yg sia2 & haram spt mnghabiskn masa dihadapan TV&komputer.

      Cuba kita lihat di masjid2 Arab Saudi, apabila Imam tidak melazimi berzikir&berdoa secara berjemaah, makmun tidak berzikir&berdoa langsung,sedangkan banyak dlm sunnah Nabi mnyatakan kelebihan zikir&doa slps solat. Bahkan Imam2 mrk sendiri tidak berzikir&berdoa. Ini saya lihat sndiri dgn mata kepala bila hadir solat brjemaah. Adakah mrk ikhlas menghebohkan kpd masyarakat supaya turuti kitab&sunnah?? sedangkan mrk sendiri tidak melakukannya. Jangan sampai setuasi ini berlaku dlm masyarakat kita. Serata dunia islam yg melakukan doa&zikir slp solat secara berjemaah kecuali negara ini sahaja. cuba fikir-fikirkan! Ini bukan masalah khilaf yg diambil kira dan dilayan.

      Hadis riwayt Muslim drp Ibn Hurairah,secara ringkasnya brmaksud: ‘Rasulullah bersabda: Ssunguhnya Allah mmpunyai Malaikat yg mmpunyai kelbihan,yg banyak brjalan2 mencari2 majlis zikir,pabila mrk mendapat majlis itu, mrk berkeliling&melingkungi berlapis2 dgn sayap2 mrk hingga kelangit. Allah bertanya kpd mrk, mrk mnjawab bhw mrk pergi majilis hamba2Nya yg mana mrk bertasih, bertahmid, bertahlil dan berdoa… ringkasnya, Allah mengampuni, mmperkenankn mrk dan mejnauhkan drp neraka,sehinggakn diberikan juga untuk seorang hamba yg banyak dosa, yg ada bersama mrk itu, yg tidak melakukn perbuatan tersebut..

      Hadis Muslim lagi drp Muawiyah,brmaksud: Bhw Nabi keluar menuju kpd halaqah (perhimpunan) para sahabat. Nabi brtanya; Apa sebab kamu duduk ramai ni? Mrk mnjawab: Kami duduk ramai2 berzikir, bertahmid kepada Allah. Nabi mnjelaskan: Jibrail datang kpd ku serta mengkabarkan bhw Allah bermegah2 dgn kamu(perbuatan kamu tersebut) kpd Malaikat2..

      Imam Sya’rani berkata: Ijmak ulama khalaf&salaf bhw sunat berzikir kpd Allah secara berjemaah di dalm masjid & tempat2 lain dgn tanpa pengingkaran& bantahan drp mrk terhadap hukum itu…..

      Perlu diketahui bhw doa secara berjemaah itu terdiri drp seorang yg mmbaca doa & yg lain mengaminkn doanya. Mrk yg mengaminkan doa itu termasuk dlm mrk yg mmbaca doa juga krn makna amiin- Ya, Allah perkenankn doa kami. Justeru, mrk termasuk dlm saranan Nabi mnyatakan doa slps solat sangat2 diperkenankan terutama doa slps solat fardu. Jangan lah kita biarkan mrk tidak terdidik&terlatih dgn amalan zikir & doa slps solat. Bahkan dgn imam menyaringkan zkir (yg tidak mnganggu org sdg solat)& doa dapatlah makmun menghafaz zkir7doa itu. Waallahu’alam…

      • Sila nyatakan rujukan saudara dengan jelas, kerana ternyata, telah banyak kali ustaz memutar belitkan fakta dalam tulisan2 sebelum ni. Ini bukanlah kali pertama dan melihatkan kepada tiadanya tanda2 penyesalan, enta pasti akan mengulangi perbuatan ini lagi dan lagi…

        Jadi sebagai orang yg beramanah, sila nyatakan sumber fakta2 ustaz tersebut dan bukan sekadar menulis begitu sahaja.

        Kebenaran tidak didirikan di atas pendustaan…

        Banyak juga tuduhan enta di dalam comment ini yg boleh dipertikaikan dan perlu kepada pembahasan lagi, tp eloklah enta dahulukan dulu dengan sumber rujukan enta dengan tepat.

        tidak guna kita berbincang sama ada sesuatu masakan itu baik atau sedap atau menyihatkan, sedangkan tukang masaknya menggunakan bahan2 yg telah rosak atau bahan2 yg syubhat.

        Kalau perkara sebegini pun tidak dapat enta selesaikan (seperti juga kes2 sebelum ni), maaf tiada guna diteruska perbincangan, kerana bukanlah kebenran yg enta mahukan, tetapi sekadar memuaskan keghairahan mempertahankan diri enta.

        Wallahu a’lam

        Harap pertimbangkan saranan ini…

  5. Assalaamu’alaikum ustaz

    Harap ustaz boleh memperbaiki terjemahan ustaz dan perbincangan tentang hadith tersebut. Carca merba dan cukup untuk menjatuhkan kredibiliti Pondok Pasir Tumboh dari segi terjemahan Arab dan amanah dalam ilmu.

    Cukuplah nasihat saya agar ustaz lebih berhati2 dalam menterjemahkan teks arab. banyak silapnya.

    Jangan sehingga peristiwa lama yg mana tulisan ustaz dalam artikel tentang Maulid Nabi SAW beberapa tahun lepas berulang kembali. Yang mana hadith yg ustaz jadikan hujjah, kononnya diambil daripada Sahih Bukhari sedangkan hadith tersebut tak wujud!

    Ingati balik saranan kawan2 ustaz yg menegur dahulu agar lebih amanah dan ilmiah. jgn yg dinukilkan dari sumber sekunder dijadikan sandaran tanpa usul periksa.

    Amatlah keji berdusta atas nama ulama2 yg ikhlas, lebih berat lagi apabla berdusta atas nama Nabi SAW.

    Maaf jika terkasar bahasa

    Wallahu a’lam

    • ustz Din Langgar

      Terdapat kesilapan drp penaip(salah seorg pertugas) risalah ini yg tersilap pandang iaitu pada nama Abu Hubairah, berlaku kesilapan pada maslamah&Al-Laknawi. Harap maaf, kesilapan ini adalah perkara yg sering berlaku dlm sesebuah pencetakan dan sebagainya.

      Berkenaan dgn kenyataan Al-Haisami “ wahuwa hasanul hadis” yg mana diterjemah dgn secara mafhum,berbunyi: ‘maka hadis ini adalah hadis hasan’, sedangkan ianya tidak memberi apa2 kemudharatan pada terjemahan tersebut. Ini krn, maksud sebenar Al-Haisami itu: “ ianya (Ibn Lahi’ah) adalah perawi kategori hasan maka bermaksud status hadis ini tidak sampai taraf sahih mengikut pandangan Haisami tersebut krn Ibn Lahi’ah adalah bukannya perawi yg sahih. Kerana inilah,Al-Allamah Al-Muhadis Abdul Fattah Abu Ghuddah buat catatan bagi kitab ‘Sibahatul Fikri Fi Jahri Bizzikri’ krgn Imam Al-Muhadis Mohd Abd. Haiyy Al-Laknowi (m/s 65) mengenai hadis ini, berbunyi: “…..sanad hadis ini ialah Hasan”. Tengok saja, tidakkah hadis ini dikatakan oleh beliau bhw ianya hadis hasan??? Nampaknya pengkritik(Ibn Faridah) cuba jadi tikus yg hendak membaiki labu!!(hendak mengelokkan perkara yg dah elok hingga merosakkannya), sehinggakan ‘membuka pekong didada sendiri’(membuka ‘aib dengan kedangkalan ilmu diri sendiri).

      Tentang nukilan kami terhadap pensahihan oleh Al-Hakim hadis tersebut, tidaklah bermakna kesemua pensahihan beliau dikira tasahul semata-mata. Ini dapat dibuktikan melalui catatan Al-Muhadis Al-Allamah Ahmad Mohd Shakir (ulama tersohor Al-Azhar, pakar dalam bidang hadis) terhadap Ibn Lahi’ah dalam Sunan Turmizi (kitab Taharah jilid 1 : m/s 96), berbunyi:

      “Ibn Lahi’ah dibacakan dgn baris atas pada kalimah ‘lam’ dan baris bawah kalimah ‘ha’. Beliau adalah Abdullah Bin.Lahi’ah Bin ‘Uqbah Al-Ghafiqi Abu Abd.Rahman Al-Misr seorang Qadi yg faqih. Beliau(Ibn Lahi’ah) dipercayai dan sahihul hadis (perawi yg mana periwayatannya adalah sahih). Sesungguhnya kebanyakan muhadisin memperkatakan mengenainya pada segi hafalannya(lemah hafalan) dgn tanpa hujah-dalil. Dan sesungguhnya kami telah memeriksa/selidiki banyak hadis beliau dan kami memahami perkataan ulama tentang hadis beliau maka kami mentarjihkan di sisi kami bhw beliau(Ibn Lahi’ah) adalah ‘Sahihul hadis’(perawi sahih) serta adalah kedhaifan pada periwayatannya hanyalah drp perawi2 sebelah atas dan sebelah bawah beliau. Terkadang beliau melakukan kesilapan sebagaimana berlaku juga kesilapan drp setiap orang alim dan setiap perawi. Abu Daud meriwayatkan drp Ahmad b. Hambal yg berkata: “ Siapakah ada lagi yg seperti Ibn Lahi’ah dlm negeri Mesir dari segi banyak hadis-hadisnya, lagi tercatat serta mantap diyakini?? Sufian AS-Sauri berkata: “ Ada di sisi Ibn Lahi’ah ‘Asas-asas’ dan ada di sisi kami ilmu furu’(fiqh)”…..”

      Difahami drp huraian Al-Muhadis Al-Allamah Ahmad Mohd Shakir tersebut:-
      – kedaifan Ibn Lahi’ah adalah dikira drp perawi2 yg ke atas dan ke bawah dlm sesuatu periwayatan beliau. Maka hadis Abu Hubairah tentang hadis berdoa secara berjemaah dlm risalah kami itu, perawi2 sebelah atas adalah perawi sahih sebagaimana kata Al-Haisami dan juga perawi sebelah bawah Ibn Lahi’ah adalah Abdullah b.Yazid Al-Muqri merupakan salah seorg drp tiga perawi yg bernama Abdullah, yg meriwayatkan drp Ibn Lahi’ah, yg terlebih adil dipercayai dan kuat sebagaimana kata Al-Muhadis Al-Allamah Abd Fattah Abu Ghuddah yg kami telah nukilkan.
      #Cuma di sisi Al-Haisami, Ibn Lahi’ah merupakan perawi Hasan manakala di sisi Al-Muhadis Al-Allamah Ahmad Mohd Shakir bhw ianya perawi sahih yang mana menyamai dgn pendapat Al-Hakim.

      Nampaknya pengkritik (Ibn Faridah) tidak memahami betul2 kenyataan Al-Muhadis Al-Allamah abd Fattah Abu Ghuddah yg kami telah nukilkan tentang Abdullah b.Yazid Al-Muqri yg meriwayatkan hadis ini drp Ibn Lahi’ah. Inilah sebagaimana yg dinukilkan oleh Ibn Hajar Al-Asqalani dlm Tahzibul Tahzib dgn katanya: “Abdul Ghani B.Said Al-Azdi berkata: Apabila perawi2 yg bernama Abdullah, yg meriwayatkan drp Ibn Lahi’ah maka ianya adalah sahih. Mereka itu ialah Ibn Mubarak (Abdullah B. Mubarak), Ibn Wahb (Abdullah B. Wahb dan Al-Muqri (Abdullah B.Yazid Al-Muqri).”

      Oleh itu, sekilas pandang drp kenyataan Abd.Fattah Abu Ghudah tersebut, kita dapat memahami bhw beliau bersetuju dengan Al-Hakim yg mensahihkan hadis tersebut dan bersependapat dengan Al Muhaqqiq, ulama azhar tersohor yg pakar dalam bidang hadis, lagi halus penilikannya iaitu AlMuhadis Ahmad Mohd Syakir. Sebagai menguatkan pandangan kedua-dua Muhadis ini, terdapat kaedah dalam ilmu mustalah hadis iaitu:-

      Tersebut dalam ‘Syarah Ilali Turmizi krgn Ibn Rajab Al-Hambali m/s 29,berbunyi: “ Kebanyakan perawi yang kepercayaan atau dipercayai (thiqah) meriwayatkan daripada perawi-perawi yang daif seperti Sufyan Al-Thauri, Syu’bah dan selain mereka. Syu’bah berkata: “Sekiranya aku tidak meriwayatkan hadis kepada kamu melainkan hanya daripada orang-orang yang kepercayaan (thiqah) nescaya aku tidak akan meriwayatkan kepada kamu melainkan daripada beberapa orang sahaja.” Yahya Bin Al-Qattan berkata: “ Sekiranya aku tidak meriwayatkan hadis melainkan hanya daripada beberapa orang yang aku redha (setuju) nescaya aku tidak boleh meriwayatkan hadis melainkan hanya daripada lima orang sahaja atau seumpamanya.”

      Tersebut dalam kitab ‘Wazifatul Hadis Addaif’ krg Al-Muhadis Zaki Ibrahim m/s 18, menyebut: “Menurut ulama usul hadis apabila seorang perawi yang bersifat adil meriwayat hadis yang diambil daripada perawi yang bertaraf daif maka ini bererti dia menganggap perawi itu bertaraf adil.”

      Alahai! bertambah besarlah kelihatan pekong didada pengkritik (Ibn Faridah). Kedua-dua Ulama Muhadis tersebut adalah mereka yg berautoriti dlm bidang hadis serta mahir dan beramanah dalam membahaskan sesuatu bidang ilmu, berlainan sekali dengan Nasarudin Al-Bani.

      Suatu peringatan! Harus berhati-hati dgn kupasan hadis-hadis oleh Nasarudin Al-Bani kerana kupasan beliau tidak boleh dipercayai. Ini kerana beliau sewenang-wenang mendaifkan hadis yg sahih dan sebagainya, hanyalah semata-mata hendak menegakkan kefahaman pegangan beliau yg menyimpang drp landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kerana kupasan yg sewenang-wenangnya itu, beliau dibangkang oleh Muhadisin zaman mutaakhir ini dlm kitab2 mereka seperti Al-Muhadis Ahmad b. Siddiq Al-Ghumari, adiknya Al-Muhadis Abdullah b. Siddiq Al-Ghumari, Al-Muhadis Mahmud Said Mamduh dan lain-lain.

      Kesimpulannya: kami membuat dalil dan sandaran dgn hadis-hadis yg dipaparkan dlm risalah kami itu adalah pada keharusan mengerjakan doa secara berjemaah slps solat. Lantaran itu, sekalipun jika diandaikan hadis Habib Bin Maslamah tersebut adalah Hadis Daif, ianya boleh dibuat dalil bagi mengamalkan doa secara berjemaah slps solat. Ini sebagaimana maklum di kalangan mereka yg mempelajari ilmu mustalah hadis.

      Di dalam kitab Arba’ien(hadis 40) pada mukadimahnya, Imam Nawawi menegaskan: “Para Ulama telah bersepakat(yakni Ijmak) mengenai harus beramal dgn hadis daif pada kelebihan2 amalan.”

      Hafiz As-Sakhawi menyatakan dalam kitabnya, Al-Qaul Al-Badi’: ” Aku telah mendengar daripada guru kami Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani r.h.m memberitahu berulang kali bahawa syarat-syarat beramal dengan hadis daif itu ada tiga:-
      1. Bahawa kedaifan hadis itu tidak bersangatan. Hadis yang bersangatan daif ialah perawinya pendusta atau yang dituduh dengan dusta. Syarat ini disepakati oleh ulama.
      2. Bahawa sesuatu hadis daif itu termasuk di dalam asal yang umum.
      3. Bahawa tidak mengiktikadkan datang daripada nabi s.a.w ketika beramal dengannya supaya tidak disandarkan kepada baginda s.a.w dengan apa yang tidak dikatakannya.”

      Lagi pula, Hadis riwayat Ibn lahi’ah tersebut adalah di antara dalil2 yg dikemukan oleh ulama tersohor, Al-Muhaddis As-Sayyid Muhammad Yusuf Al-Binuri, di dalam kitabnya Maarifussunan (Jilid 3, muka 123) sebagai sandaran keharusan berdoa secara berjemaah slps solat. Al-Mubarakfuri menukilkan hadis-hadis yg dibuat hujah oleh ulama2 tentang keharusan doa secara berjemaah slps solat, di antaranya:-

      Hadis yg dikemukakan oleh Imam Suyuti,drp Mohd b,Yahya Al-Aslami drp Abdullah b. Zubair: “ Aku melihat Abdullah b. Zubair yg melihat seorang lelaki mengangkat tangannya sebelum selesai solatnya. Tatakala lelaki itu sudah selesai, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah saw tidak pernah mengangkat tangannya sehinggakan Baginda selesai dahulu drp solatnya.”
      Kata Imam Suyuti: “Perawi2 hadis ini adalah dipercayai.” Al-Haisami menyebut dlm Majma’…… “Perawi2 hadis ini adalah dipercayai.”(lihat Tuhfatul Al-Ahwazi jilid 2: m/s 60)

      Begitu ramai ulama Islam yg mengarang tentang keharusan doa secara berjemaah slps solat seperti mereka2 di atas, Muhadis Margibi Ahmad b. Siddiq Al-Ghumari(kitab Minahul Matlubah), Muhadis Yaman Mohd b. Maqbul Al-Ahdal (kitab Sunniyatu Raf’il Yadain) dan banyak lagi karangan2 yg lain.Cubalah lihat kitab2 tersebut dgn secara ikhlas.

      Tentang hadis yg kami kemukakan dlm risalah maulid, memang terdapat di dalam sahih Bukhari pada kitabul Nikah, Imam Abd Razak dlm musannaf (jilid 7 m/s 478), Suhaili dlm Raudul Unuf jilid 5 m/s 192, Ibnu Hajar Asqalani dlm Fathul barri, Ibn Kathir dlm Sirah Nabawi jilid 1 m/s 224 dan lain-lain. Cuma riwayat ini berbentuk mursal, takkan lah Hadis Mursal tidak termasuk dlm ilmu mustalah hadis??Diharap pengkiritik (Ibn Faridah) belajar asas ilmu mustalah hadis supaya tidak menuduh orang lain dgn tanpa sebab yg berasas, hanyalah krn kedangkalan ilmu kita sendiri. Hadis Mursal boleh dibuat hujah pada persoalan manaqib dan ikhtishas dan juga sebagai penyokong bagi hadis-hadis sahih@hasan dan dalil2 syara. Ini maklum dlm ilmu mustalah hadis dan feqah. Mazhab Imam malik, Ahmad Hambal dan Hanafi membuat hujah pada hadis mursal tabien dan tabiu-tabien. Adapun Mursal Sahabat dijadikan hujah dgn ijmak Ulama (disepakati oleh mereka).Wallahu’aklam…..

  6. Assalamualaikum wbt.

    Sila baca di sini

    http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=7759/postdays=0/postorder=asc/start=0.html

    dan di sini

    http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=7665/postdays=0/postorder=asc/start=0.html

    Di dalam link di atas ada jawapan yang berkaitan dengan topik dan hadith yang berkaitan.

  7. Harap ustaz2 dapat jawab secara ilmiah tentang apa yang dijelaskan dalam website di atas.. kalau silap artikel tu, elok di tarik balik..

    saya sebagai orang yang menuntut ilmu dan mengambil sumber2 daripada internet amat kecewa ngan sikap yang tidak meletakkan kebenaran di hadapan.

    wallahua’alam

    • ustz din langgar

      Terdapat hadis yg menyatakan sunat berdoa dlm tahiyat akhir solat, begitu juga terdapat hadis yg menyatakan sunat berdoa slps solat. Ini adalah maklum diketahui umum bagi penuntut ilmu terutama dlm kitab sahih Bukhari. Mana-mana pendapat yg menafikan sama sekali adanya doa slps solat tidak diperdulikan serta dikira pendapat yg mardud(tidak termasuk dlm khilaf yg muktabar). Teks karangan ulama ada menyebut:-

      وليس كل خلاف جاء معتبرا* الا خلافا له حظّ من النّظر

      Bermaksud: “ Bukanlah semua khilaf itu diambil kira (diterima) * kecuali khilaf yg mempunyai pandangan yg bernas (barulah ianya diterima).”

      Imam Nawawi menjelas dlm kitab Majmuknya, juzuk 3 m/s 448: “Imam Syafie, Ashab beliau (murid-muridnya) dan selain mereka itu (semoga Allah merahmati mereka) bersepakat pada bhwsanya disunatkan berzikir kpd Allah Taala slps salam. Disunatkan sedemikian bagi imam, makmum, orang yg solat sendirian, lelaki@perempuan, si musafir dan selain drp mereka itu. Disunatkan berdoa juga slps salam dgn disepakati ulama…..

      Imam Bukhari meletakan hadis yg sama dlm kitab sahih beliau pada ‘bab berzikir slps solat’ (باب الذكر بعد الصّلاة) dan juga pada ‘bab doa slps drp solat’ (باب الدعاء بعد الصلاة), bertujuan menyatakan bhw lafaz ‘Dubura kulli solat’ (دبر كل صلاة) adalah bermaksud selepas solat, bukannya bermaksud dlm tahiyat@tasyahhud. Imam Syaukani juga meletakan hadis tersebut dalam satu bab iaitu ‘bab pada menyatakan doa dan zikir slps solat (باب في الدعاء والذكر بعد الصلاة ) dlm kitab ‘Nailul Authar’. Hadis yg sama tersebut ialah:-

      = Hadis Mughirah B. Syu’bah,berbunyi:
      أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول في دبر كل صلاة مكتوبة : لا اله الا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير اللهم لا مانع لما أعطيت ولا معطى لما منعت ولا ينفع ذا الجد منك الجد

      Bererti: “ Bhw Nabi saw berdoa slps setiap kali solat fardhu , dgn doa/zikir:
      لا اله الا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير اللهم لا مانع لما أعطيت ولا معطى لما منعت ولا ينفع ذا الجد منك الجد

      = Begitu juga dlm Sahih Bukhari, hadis bertasbih, bertahmid dan bertakbir slps solat pada bab berzikir slps solat, berbunyi: “….تسبحون وتحمدون وتكبرون خلف كل صلاة ثلاثا وثلاثين…..
      Bererti : “……Kamu bertasbih, bertahmid dan bertakbir slps solat sebanyak tiga puluh tiga…
      Al-Hafiz Ibn Hajar menghuraikan hadis ini dlm Fathul Baari Syarah Shahih Bukhari : “ Riwayat ini menerangkan riwayat yg ada terdapat di sisi pengarang (Imam Bukhari) pada kitab doa-doa (bab doa slps solat dlm Shahih Bukhari juga) iaitu katanya dgn lafaz ‘Dubura kulli solat’(yakni lafaz ‘Dubura’ tersebut adalah bermakna ‘Khalfa kulli solat’ yg bererti slps setiap kali solat fardhu).

      Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan lagi tentang hadis ini: “Pada hadis ini menyebut tentang kelebihan zikir slps solat dan Imam Bukhari membuat dalil dgn hadis ini berkenaan kelebihan doa slps solat, sebagaimana akan datang hadis ini dlm kitab doa-doa (bab doa slps solat dlm Shahih Bukhari juga), kerana ianya mempunyai makna yg sama dgn hadis ini dlm kitab doa-doa tersebut (yg selagi akan datang dlm Sahih Bukhari). ”

      Hadis yg terdapat dlm kitab doa-doa tersebut pada ‘bab doa slps solat’ dlm sahih bukhari
      adalah berbunyi:
      …تسبحون في دبر كل صلاة عشرا وتحمدون عشرا وتكبرون عشرا.. …
      Bermaksud: “…Kami bertasbih setiap kali slps solat (Duburi kulli solat) sebanyak sepuluh, bertahmid sebanyak sepuluh dan bertakbir sebanyak sepuluh…..”

      Oleh itu, pendapat yg menafikan doa slps solat adalah pendapat yg ditolak serta tidak dikira sebagai pendapat yg muktabar dlm pengkhilafan. Ini adalah sebagaimana tersebut di dalam kitab Fathul Baari Syarah Shahih Bukhari karangan Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani, juzuk 11 m/s 155&156, berbunyi: “Kata Imam Bukhari:(Bab Doa slps solat) yakni slps solat fardu. Adalah pada ini terjemah Bukhari (Kitab Sahih Bukhari: Bab Doa Selepas Solat) bangkangan terhadap mereka yg menyangka (tanpa dalil )bahawa berdoa selepas solat adalah tidak di syara’kan……Ibn Qayyim berkata dlm kitab Hadyi Nabawi: “Adapun berdoa selepas salam drp solat, menghadap qiblah samada orang yg solat bersendirian atau selainnya maka ianya tiada drp pertunjuk nabi saw sama sekali dan tiada diriwayatkan drp baginda dgn sanad yg sahih mahupun hasan. Sesetengah mereka yg menentukan doa slps solat tersebut pada solat subuh dan asar sedangkan tidak pernah nabi saw mahupun Khulafaurrashidin slpsnya megerjakannya dan baginda tidak memberi pertunjuk kpd umatnya mengenainya, hanyalah doa tersebut dibilang elok oleh mereka yg memandangnya elok sebagai ganti kpd sunnah. Ibn Qayim meneruskan lagi: “Maksud sekalian doa yg berkaitan dgn solat, tidak lain hanyalah dikerjakannya serta disarankan di dlm solat dan inilah perkara yg terlebih patut dengan situasi orang yg mengerjakan solat. Ini kerana dia sedang menghadap munajatnya kepada tuhannya. Jika dia memberi salam nescaya terputuslah bermunajat dan terhenti kedudukannya serta terhentilah menghampirkan diri kepadaNya……

      (Selepas Ibn Hajar menukilkan Pendapat Ibn Qayyim tentang doa slps solat, Beliau mulai membangkang) Aku menyatakan: “Apa yg Ibn Qayyim mendakwa daripada ketiadaan sama sekali pertunjuk Nabi saw tentangnya adalah ditolak (tidak boleh diterima).Sesungguhnya sabit daripada:-

      1. Muaz bin Jabal bahawa Nabi saw bersabda: “wahai Muaz bawasanya aku, demi Allah kasihkan dikau maka jangan engkau tinggalkan berdoa selepas(دبر كل صلاة) setiap kali solat, doa: اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك (Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud (kitab solat;bab fi istirghfar), Annasaei (kitab sahwi)dan Ibn Hibban serta Hakim mensahihkannya).
      2. Hadis Abi Bakrah pada doa: اللهم اني أعوذ بك من الكفر والفقر وعذاب القبر Adalah Nabi saw bedoa dengannya, selepas setiap kali solat (دبر كل صلاة). Hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad (juzuk 5:39), Turmizi, Annasaei (3:73)dan Hakim(1:252-253)mensahihkannya (beliau menyatakan: Hadis ini hadis sahih atas syarat Muslim).
      3. Hadis Saad yg lagi akan datang pada bab ma yata’awwuz minal bukhl(bab doa berlindung drp bakhil)sebentar lagi, ini krn saranan berdoa berlindung drp kebakhilan slps solat ada pada sesetengah sanad hadis itu(yakni dlm sahih Bukhari kitab jihad, drp hadis Amru B.Maimun drp Saad, lafaznya: “..bhw Rasulullah saw berdoa doa tersebut slps solat (dubura ssolat)).”
      4. Hadis Zaid B.Arqam: “Aku mendengar Nabi saw berdoa setiap slps solat (dubura kulli ssolat)dgn doa : اللهم ربنا ورب كل شيء …….. Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud dan Nasaei.
      5. Hadis Suhaib yg memarfu’kan hadis ini: “Adalah Dia sentiasa berdoa setelah selesai solat (ba’ada insarafa minas solat): اللهم أصلح لي ديني…… hadis ini dikeluarkan oleh Nasaei, Ibn Hibban dan yg lain mensahihkannya.

      (Al-Hafiz Ibn Hajar meneruskan lagi), “ Jika dikatakan(pada bangkangan): ‘Dubura kulli solat’ ialah hampir akhir solat iaitu dlm Tasyahhud (tahiyat akhir).

      Maka kami menjawab: Telah datang saranan supaya berzikir ‘Dubura kulli solat’ maka dimaksudkan dengannya adalah selepas drp solat secara ijmak ulama’ maka seperti Zikir inilah seumpama masalah berdoa(yakni masalah berdoa dikiaskan dgn masalah berzikir pada segi dilakukan slps solat dgn ijmak), sehingga terdapat dalil yang menyalahi@berlawanan dengannya.

      1. Sesungguhnya Turmizi mengeluarkan hadis Abi Umamah: “Dikatakan; Wahai Rasullullah saw: Manakah doa yg terlebih utama diperkenankan?Baginda menjawab: tengah malam yg akhir dan selepas solat fardhu(dubura solawati maktubah).Turmizi berkata: Hadis ini hasan.
      2. Tabari mengeluarkan drp riwayat Jaafar B. Mohd Sadiq berkata: “Doa slps(ba’ada) solat fardhu terlebih afdhal drp doa slps solat sunat seumpama kelebihan solat fardhu mengatasi solat sunat.”

      (Peringatan! Bhw kedua hadis ini sekali pun diandaikan daif, ianya boleh dibuat sokongan bagi menguatkan hujah bhw masalah doa adalah sama @ diqiaskan dgn masalah zikir serta lafaz ‘Dubura’ itu, bermaksud slps solat sebagaimana yg dilakukan oleh Amirul mukminin dlm bidang hadis iaitu Al-Hafiz Ibnu Hajar di atas. Demikianlah jua yg dilakukan oleh Imam Bukhari dan Muslim berkenaan hadis daif sebagai sokongan, sebagai hadis mutababa’at iaitu hadis sokongan yg mengiringi hadis yg di utarakan melalui sanad yg lain dan juga sebagai penerangan bagi sesuatu bab. Inilah yg mesti diketahui oleh pengkritik supaya tidak tersasar dlm mengkritik dgn sebab tidak memahami betul-betul sesuatu bidang ilmu. Berlaku kesilapan teknikal dlm risalah kami berkenaan hadis no 1 di atas, dimana bercampur dgn terjemahan hadis no 2 . Ini adalah suatu perkara yg terlepas pandang.)

      (Ibn Hajar menerangkan lagi): “Kebanyakan ulama mazhab Hambali yg kami temui memberi kefahaman bhw maksud (sebenar) Ibn Qayyim menafikan berdoa slps solat semata-mata, tidaklah bermaksud sedemikian. Jika diandaikan betul katanya itu maka bhw beliau menafikan berdoa slps solat dgn dikaitkan jika berkekalan seseorang yg solat itu menghadap qiblat dan mengkehendaki berdoa slps sahaja solat. Adapun jika dia berganjak dgn mukanya atau mendahului berzikir yg disyarakan maka tiada tertegah di sisi Ibn Qayyim seseorang yg solat mengerjakan doa ketika itu.”

      #Kenyataan Imam (iaitu Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani) Agung dlm bidang hadis inilah yg kami nukilkan dlm risalah kami sebagai hujah berkenaan doa slps solat dan lafaz ‘Dubura’ yg dimaksudkan dgn makna slps solat. Janganlah kita terpengaruh dgn pendapat mardud (yg ditolak serta bercanggah dgn pendapat ulama muktabar) yg dinyatakan oleh Ibnu Taimiyah yg penuh kontroversi. Murid beliau iaitu Ibnu Qayyim yg terlampau taksub dgn gurunya sehingga hilang punca sandaran drp hadis Nabi dan tersasar drp pendapat-pendapat ulama muktabar. Penyakit yg sama dijangkiti oleh pengikut-pengikut mereka hingga ke zaman mutaakhir ini tanpa membuat penyelidikan ‘ILMIAH’ dgn teliti. Akhir kalam,cubalah kita perhatikan hadis berikut dgn fikiran yg waras:-

      Hadis yg dikemukakan oleh Imam Suyuti,drp Mohd b,Yahya Al-Aslami drp Abdullah b. Zubair: “ Aku melihat Abdullah b. Zubair yg melihat seorang lelaki mengangkat tangannya sebelum selesai solatnya. Tatakala lelaki itu sudah selesai, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah saw tidak pernah mengangkat tangannya sehinggakan Baginda selesai dahulu drp solatnya.”
      Kata Imam Suyuti: “Perawi2 hadis ini adalah dipercayai.” Al-Haisami menyebut dlm Majma’…… “Perawi2 hadis ini adalah dipercayai.”(lihat Tuhfatul Al-Ahwazi jilid 2: m/s 60)

      WALLAHU’AALAM……….
      #Maaf saya tengah sibuk sikit, insyaAllah ada luang, saya beri sedikit penerangan dgn ‘inayah drp Allah Taala..

  8. assalaamu`alaikum.
    Anta tuduh imam di Tanah suci tidak berdzikir. betul ke? Sebenarnya mereka berdzikir secara perlahan dan bersendirian, bukan berdzikir secara berjamaah.

    Zhon saya ialah ustaz menggunakan maklumat secondary, mungkin cut and paste dari halaman lain.

    Sila fahami baik2 kitab Al Umm , Al Majmu`, Riadhus solihin, Fathul Mu`in dan lain-lain tentang apa yang Nabi Sallaahu `alaihi wasallam selepas selesai solat. Itu merupakan hadith yang khusus tentang dzikir selepas solat. Semuanya mengatakan berdzikir secara sir kecuali untuk mengajar. Malah dalam kitab Nihayatu Zain yang pengarangnya Sheikh Ahmad Zaini Dahlan rahimahullah yang menyerang wahabi dalam kitabnya itu pun mengatakan berdzikir secara sir.
    masalahnya sekarang apalah salahnya anta ikut pendapat mereka ini kerana ini pendapat ulama shafi`e. Berpijaklah kepada bumi yang nyata.

    Saya pun macam anta juga, belajar lama dipondok dan terima bulat2 amalan yang bukan dari mazhab shafi`e tetapi sekarang saya dah mula sedar. Namun begitu saya tidak suka menghukum amalan berdzikir dan berdoa secara jama`i selepas solat itu bid`ah yang sesat. Cuma ianya lari dari amalan sunnah dan pendapat muktabar dalam mazhab shafi`e.

    WALLAAHU `AA`LAM.

    • mohdnasir hang tolong cerita pondok mana hang belajar,tok guru siapa ,lama mana hang belajar yang lari dari amalan sunnah dan pendapat muktabar dalam mazhab shafi`e.

      • ustz din langgar

        InsyaAllah saya menerangkan kpd saudara bersama kritikan mohd nasir di atas. Berkenaan dgn para imam di sekitar tanah suci Mekah yg tidak berzikir&berdoa slps saja drp solat adalah benar terjadi yg dilihat oleh saya sendiri iaitu di masjid kaki bukit yg bersetentangan dgn ‘Maulid Nabi’(tmpt kelahiran Baginda). Ini dapat dibuktikan dgn perbuatan imam tersebut bangkit segera slps sahaja drp solat, terus meninggalkan makmun sedangkan sunnah Nabi kita saw ialah duduk sejenak untk berzikir dan berdoa. Begitu juga, situasi sedemikian berlaku di Masjid ‘Bendera’ (yg dikenali di kalangan rakyat Malaysia dgn gelaran ‘Masjid Kucing’), dimana Imam masjid itu slps solat terus mengambil microphone dan bercakap. Saya lihat juga rakyat arab Saudi yg hadir berjemaah di Masjidil Haram, tidak berzikir&berdoa slps solat, mereka terus bangun pergi mengambil mushaf Quran dan membacanya.

        Tentang keterangan dlm kitab Umm Imam Syafie dan segala kitab2 ulama Syafieyyah berkenaan berzikir dgn ‘jahar’ (bacaan yg boleh didengari oleh org lain) bagi imam yg bertujuan mengajar zikir kpd para makmum kemudian dia membaca secara ‘sirr’(perlahan yg didengari oleh diri sendiri), hendaklah difahami betul2 kenyataan mereka, bukan sekadar menukilkan sahaja (atau dlm bahasa computer: hanya pandai copy @ cut dan paste sahaja). Juga perlu mengetahui bhw zikir dan doa adalah satu kategori sebagaimana yg saya telah terangkan dlm jawapan-jawapan di atas melalui kitab-kitab ulama muktabar spt Imam Bukhari, AlHafiz Ibn Hajar AlAsqalani, Syaukani dan lain-lain (ini adalah satu perkara asas yg senang dan maklum di kalangan ahli ilmu). Jangan hanya pandai sebut nama2 kitab sahaja tetapi tidak tahu isi kandungannya lalu merambang tidak tentu arah. Bacalah isi kandungannya betul-betul!!!!

        Untuk memahami betul2 keterangan Imam Syafie dan ulama2 yg mengikuti beliau’ cuba kita perhatikan dgn teliti:-

        Imam Syafie berkata dlm Umm: “Aku memilih(berpendapat)bagi imam dan makmum berzikir mengingati Allah slps salam drp solat serta ‘ mensirkan’ zikir, kecuali adalah imam itu menghendaki simakmum mempelajari zikir itu maka siimam hendaklah menjaharkannya sehinggakan dia melihat simakmum sudah mempelajarinya, lantaran itu dia mensirkan ( kembali). Ini kerana Allah Taala berfirman, bermaksud: “Dan janganlah engkau menjaharkan ‘solat engkau’ dan janganlah engkau menyembunyikan dengannya.(Al-Isra’:11)”

        (Imam Syafie menafsirkan ayat ini); “Dan janganlah engkau menjaharkan ‘solat engkau’
        yakni: “ janganlah engkau menjaharkan doa engkau”.

        “Janganlah engkau menyembunyikan dengannya.” Yakni: “ Janganlah menyembunyikan, sehinggakan engkau tidak mendengarkannya untuk diri engkau sendiri.”

        (Imam Syafie meneruskan lagi): “Aku mengira bhw Nabi saw hanyalah menjaharkan (zikir@doa) sedikit masa sahaja yakni dlm hadis Ibn Zubair, bertujuan mengajar orang ramai tentang zikir. Ini kerana, kebanyakan riwayat yg kami telah tulis bersama hadis ini dan selainnya, tidak disebutkan ‘bertahlil’ dan ‘ bertakbir’ slps salam. Sesungguhnya Ummu Salamah menyebut tentang tetap duduknya Nabi saw (slps solat) sedangkan Baginda tidak berzikir secara ‘ jahar’ dan aku merasakan Nabi saw tidak duduk tetap slps solat melainkan berzikir secara ‘sir’. Aku membilang sunat bagi orang yg bersolat sama ada dia solat sendirian ataupun makmum, memanjangkan zikir slps solat dan membanyakan doa dgn harapan diperkenankan doa slps drp solat fardu..”(lihat majmuk Imam Nawawi jilid 3,m/s 451).

        Imam Nawawi menyatakan dlm kitab ‘Majmuk’ beliau (jilid 3, m/s 451): “Sedemikianlah jua Ashab kami (ulama mazhab Syafie) berkata: Sesungguhnya zikir dan doa slps solat disunatkan bhw ‘ disirkan’ kedua-duanya, kecuali imam yg menghendaki mengajar orang ramai (makmum)maka dijaharkan supaya mereka mempelajarinya, apabila mereka sudah tahu maka siimam ‘mensirkan’(kembali).”

        Difahami drp perkataan Imam Agung kita ini dan keterangan Imam Nawawi, beberapa perkara:-
        1. Masalah zikir adalah menyamai (satu kategori) dgn masalah doa.

        2. zikir @ doa adalah ‘disirkan’ oleh imam kecuali ianya disunatkan ‘jahar’ bertujuan supaya makmum mempelajari zikir@doa tersebut.

        # Difahami dgn pengecualian ini (nombor 2) iaitu apa-apa sahaja perkara yg memberi ‘kemaslahatan bagi para makmum’ maka hendaklah para imam menjaharkan zikir@doa mereka (yakni disunatkan jahar). Maka dgn sebab ‘illat’ (sebab @ perkara yg mencetuskan sesuatu hukum iaitu supaya makmum mempelajari zikir@doa tersebut) inilah, para imam di tanah air kita sejak zaman berzaman, bahkan serata dunia melakukan doa @ zikir secara ‘jahar’(nyaring yg tidak melampau) bertujuan para makmum mempelajarinya serta istiqamah dengan doa dan zikir slps solat berjemaah. Kaedah di dalam ilmu usul fiqh ada menyebut:

        ” ألعلة تدور مع المعلول وجودا وعدما ”

        Ertinya: “ Sebab (‘illat) terjadinya sesuatu hukum adalah selaras dengan masalah yang dihukumkan dari segi wujudnya sebab tersebut ataupun tiada (yakni dihukumkan haram, sunat, makruh dan sebagainya apabila ada sebab atau ‘illat hukum terbabit (sebab@’illat itu ialah untuk kemaslahatan para makmum dgn menjaharkan zikir&doa). Jika tiada sebab tersebut maka tidak dihukumkan dengan sedemikian).”

        Kerana memahami sedemikianlah, Al-Allamah Zainuddin AlMalibari menyebut dlm kitab ‘Fathul Muin’ (jilid 1, m/s 185): “Disunatkan ‘ sir’ dgn zikir dan doa bagi orang yg solat sendirian, makmum dan imam yg tidak mahu mengajar para hadirin berjemaah dan tidak mahu makmum mengaminkan doanya…”(yakni jika imam mahu mengajar zikir&doa kpd para makmum dan menghendaki mereka mengaminkan doanya maka disunatkan jahar).

        Beliau menegaskan lagi dlm m/s 186: “…….disunatkan makmum yg mendengar doa imam, mengaminkan doa sekalipun dia ada menghafaz doa.”

        Kupasan:

        • Al-Allamah Zainuddin AlMalibari memberitahu bhw jika imam mahu para makmum yg hadir berjemaah mengaminkan doanya maka disunatkan dia menjaharkan doanya. Kelakuan seseorang yg membaca doa dan orang yg lain mengaminkan doa inilah yg dinamakan berdoa secara berjemaah!!!
        • Berdoa secara berjemaah yg dinyatakan oleh beliau ini adalah merupakan perkara yg dinamakan ‘kemaslahatan bagi makmum’ supaya mereka terlatih beristiqamah mengamalkannya melalui latihan secara berjemaah. Bahkan bila tidak dilakukan secara berjemaah nescaya berlakulah seperti imam&makmum di Arab Saudi yg meninggalkan amalan sunnah tersebut. Tersebut dlm kitab ‘Fathul Allam’ krg ulama mazhab syafie: “disunatkan membanyakkan berzikir&berdoa slps selesai drp solat dgn sekira-kira dikatakan zikir&doa slpsnya (dgn tanpa penceraian yg lama) pada tangapan org ramai (‘uruf). Ini kerana meninggalkan berzikir&berdoa slps solat tersebut adalah liar (lari @ menjauhkan diri) hamba dgn tuhannya dan juga doa itu diperkenankan slps solat…”

        Jika dibangkang dgn kata: “ kenapakah tidak beramal dgn saranan Imam syafie supaya ‘disirkan’ kembali slps mendapat manfaat kemaslahatan dgn perbuatan imam yg menjaharkan doa @ zikir ?” Menjawab bangkangan ini, apabila para imam kembali mensirkan doa@zikir yg boleh membawa kpd orang ramai meninggalkan amalan berzikir & berdoa slps solat sepertimana situasi yg diyakini akan berlaku seumpama para imam & makmum di Negara Arab Saudi, maka menjaga kemaslahatan (iaitu dgn menjaharkan zikir&doa menyebabkan istiqamah melakukannya) adalah terlebih diutamakan drp kita menuruti saranan Imam kita tersebut yg boleh membawa kpd kemudharatan di zaman mutaakhir ini (iaitu dgn kembali kpd mensirkan kedua-duanya menyebabkan ditinggalkan amalan tersebut). Inilah suatu kaedah yg perlu diketahui bagi mereka yg mempunyai ilmu fiqh serta mahu berfatwa dlm satu-satu hukum.

        Di sana terdapat pendapat ulama2 mazhab syafie yg mensunatkan berzikir&berdoa slps solat secara jahar semata-mata tanpa ada sebab-sebab yg tertentu.
        Tersebut dlm kitab ‘Asna Matalib’ krg Syeikul Islam Zakaria Ansari, jilid 1 m/s 478:
        “Al-Azraie menyatakan: Imam Syafie r.a.d memberi maksud segala ‘ hadis jahar’ kpd mereka (imam) yg menghendaki mengajar makmum. Al-Azraie meneruskan lagi: difahami drp perkataan Al-Mutawali dan selain beliau(drp kalangan ulama mazhab syafie) pendapat yg menghendaki bhw sentiasa disunatkan mengangkat suara (dijaharkan)berzikir. Ianya ( mengangkat suara itu) adalah zahir(segera difahami) drp hadis-hadis…”

        Di antara hadis2 yg secara zahirnya memberitahu supaya dijaharkan zikir@doa (perlu ingat! bhw doa adalah satu kategori dgn zikir) ialah: Hadis Bukhari bab zikir slps solat, bermaksud: “ Abu Ma’badin menceritakan daku bhw Ibnu Abbas r.a.d memberitahu beliau bhw mengangkat suara dgn zikir ketika orang ramai telah selesai( beri salam)drp solat fardu, adalah perbuatan itu di zaman Nabi saw…”

        Sebaik2 mengabungkan antara hadis mensirkan zikir@doa dgn hadis menjaharkan kedua-duanya ialah sebagaimana yg diterangkan oleh Imam Suyuti dlm risalah ‘natijatul fikri fil jahri bizzikri’ (lihat kitab hawi lil fatawi,jilid 1; m/s 393): “Apabila engkau meneliti hadis-hadis yg kami bentangkan maka kamu dapati drp keseluruhannya bhw tiada tertegah(haram@makhruh)sama sekali pada berzikir dgn jahar bahkan terdapat pada hadis2 tersebut menunjukkan bhw disunatkan jahar dgnnya sama ada secara terang-nyata(hadis tesebut) atau secara lazim difahami(bukan secara terang-terangan tetapi secara difahami maksudnya)…adapun hadis yg berlawanan dgnnya spt hadis yg bermaksud: ‘Sebaik2 zikir adalah zikir ‘Khafi’(zikir sir).’ Maka ianya seumpama berlawanan hadis2 menjaharkan bacaan Quran dgn hadis2 disirkan bacaannya seperti juga disirkan (tiada dihebohkan)sedekah.”

        Imam Suyuti meneruskan lagi: “Sesungguhnya Imam Nawawi mengabungkan hadis jahar dan sir bacaan Quran dgn bhw disirkan bacaan terlebih afdhal apabila sekira2nya ditakuti dtg riak atau menganggu org yg sedang solat atau mereka yg sedang tidur. Manakala dijaharkan bacaan Quran terlebih afdhal pada situasi yg lain drp itu.Ini kerana terlebih banyak keadaan adalah beramal dgn jaharkan bacaan dan juga kerana faedah menjaharkannya boleh menjangkau kpd para pendengar bacaan itu, lagi pula dgn menjaharkan bacaan dpt menghidupkan hati pembaca serta menghimpunkan tumpuannya kpd berfikir(mengamati pengertian bacaan), menumpukan pendengaran pembaca kpd bacaannya dan menjauhkan drp rasa mengantuk serta menambahkan kecergasan….(Kata Imam Suyuti lagi): “Demikianlah yg kami katakan pada persoalan berzikir (dgn jahar dan sir) dgn penafsiran gabungan antara hadis sir dan jahar bacaan Quran yg ditafsirkan oleh Imam Nawawi tersebut, maka hasil lah gabungan antara hadis sir dan jahar berzikir….”

        Berkenaan ayat Quran yg ditafsirkan oleh Imam Syafie sebagai hujah bagi disirkan zikir @ doa, Imam Suyuti memberi penerangan tentang ayat ini, dgn katanya: “Sesungguhnya ayat ini diturunkan ketika Nabi menjaharkan bacaan Quran lalu didengari oleh kafir musyrikin maka mereka memaki Quran dan memaki Allah yg menurunkannya. Lantaran itu, Allah memerintahkan Nabi supaya tidak menjaharkan bacaannya, bertujuan menutup pintu fitnah(iaitu dimaki Quran&Allah)sebagaimana Allah melarang memaki berhala kerana ditakuti mereka memaki Allah seperti pada firman Allah, bermaksud: “Janganlah kamu memaki berhala yg mereka sembah selain Allah kerana mereka nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa berdasarkan ilmu pengetahuan…”(Al-An’am :108). Sesungguhnya telah hilang makna maksud penurunan ayat ini(lalu tiada boleh buat hujah pada mensirkan zikir@doa). Ibn Kathir menunjukkan maksud ini dlm Tafsir beliau…”(AlHawi lil Fatawi, m/s 393)

        Kesimpulannya:
        Di antara kemaslahatan yg perlu diketahui apabila kita terus mengekali berzikir & berdoa secara berjemaah ialah:-
        1. Sentiasa makmum(bilangan yg ramai, dlm istilah fiqh; qaum ghairul mahsurin) di zaman ini yg terdiri drp yg pandai membaca, yg tidak pandai spt mereka yg buta huruf mahupun kanak2 dapat mempelajari dan terlatih istiqamah mengamalkannya melalui latihan secara berjemaah. Saya sendiri semasa di alam persekolahan, pandai berwirid slps solat disebabkan bersama2 berzikir dgn imam ketika hadir berjemaah di masjid. Lagi pula, mereka yg mengaminkan doa org lain adalah dihukumkan sama seperti orang yg sedang berdoa, lalu termasuk dlm kelebihan berdoa slps solat sebagaimana terdapat dlm hadis-hadis.
        2. Mendapat kelebihan berzikir beramai-ramai (secara berjemaah) dan mustajab doa secara berjemaah yang mana diberitahui dlm pelbagai riwayat hadis. Di antaranya:-

        Hadis riwayat Muslim (Sahih Muslim, kitab Azzikir) drp Ibn Hurairah, secara ringkasnya bermaksud: “Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah mempunyai Malaikat yg mempunyai kelebihan, yg banyak brjalan-jalan mencari majlis zikir, apabila mrk mendapat majlis itu,lalu mrk berkeliling&melingkungi berlapis2 dgn sayap mrk hingga kelangit. Allah bertanya kpd mrk, mrk menjawab bhw mrk pergi majlis hamba2Nya yg mana mrk bertasih, bertahmid, bertahlil dan berdoa… secara ringkasnya, Allah mengampuni, memperkenankan doa mrk dan menjauhkan mrk drp neraka,sehingga diberikan juga untuk seorang hamba yg banyak dosa, yg ada bersama mrk itu, yg tidak melakukan perbuatan zikir tersebut..”

        Hadis Muslim lagi drp Muawiyah, bermaksud: “Bhw Nabi keluar menuju kpd halaqah (perhimpunan) para sahabat. Nabi brtanya; Apa sebab kamu duduk ramai2 ni? Mrk mnjawab: Kami duduk ramai2 berzikir, bertahmid kepada Allah. Nabi mnjelaskan: Jibrail datang kpd ku serta mengkabarkan bhw Allah bermegah2 dgn kamu (perbuatan kamu tersebut) kpd Malaikat2..”( Sahih Muslim, kitab Azzikir).

        Hadis Bukhari&Muslim (Sahih Bukhari, kitab Attauhid : Sahih Muslim, kitab Azzikri) drp Abu Hurairah, bermaksud: “..dan jika hambaKu berzikir mengingatiKu dlm perhimpunan ramai, nescaya Aku menyebutnya dlm perhimpunan yg terlebih baik drp itu..” Kata Imam Suyuti : “Berzikir dlm perhimpunan ramai tiada lah ia melainkan dgn secara jahar.”(Al-Hawi, m/s 389).

        Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani daripada Abi Hubairah daripada Habib bin Maslamah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah berhimpun satu jamaah (perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah perkenankan doa mereka.” Kata Haisami dlm ‘Majma’ Azzawa-id’: “ Rijal hadis ini adalah sahih kecuali Ibn Lahi’ah dan dia adalah perawi hasan(yakni hadis ini hasan). Kata Hakim: “Sanad hadis ini ialah sahih di atas syarat Muslim.”

        Imam Sya’rani berkata: Ijmak ulama khalaf&salaf bhw sunat berzikir kpd Allah secara berjemaah di dalm masjid & tempat2 lain dgn tanpa pengingkaran& bantahan drp mrk terhadap hukum itu…..(Hasyiah AtTahawi, m/s 208)

        3. Dgn melakukan doa secara berjemaah dapatlah kita beramal dgn hikmat hadis ‘Qunut Nazilah’ supaya kaum muslimin mengambil perhatian serius penindasan yg dialami oleh saudara2 mereka yg di bunuh dan dizalimi dgn begitu kejam oleh kaum musyrikin di serata dunia. Nabi mengajar kita supaya beramai-ramai secara berjemaah, menadah tangan berdoa menghilangkan segala ancaman, kesusahan,kemaksiatan dan bala bencana yg di alami oleh kaum muslimin spt hadis Qunut Nazilah tersebut, hadis menjauhkan tiupan angin kencang dan lain-lain. Riwayat Turmizi, Bukhari dlm ‘Adabul Mufrad, Ahmad, Nasaei, Tabarani&Bazzar, bermaksud: “Ubai Bin Kaab berkata: “Rasulullah saw bersabda:Janganlah kamu memaki angin maka jika kamu melihat angin yg kamu tidak sukai(yakni kencang) maka kamu berdoalah:
        اللهم ان نسألك من خير هذه الريح وخير ما فيها وخير ما أمرت به ونعوذ بك من شر هذه الريح وشر ما فيها وشر ما أمرت به
        Ertinya: “Ya Allah!Sesungguhnya kami memohon drp Engkau kebaikan ini angin, kebaikan apa2 yg ada padanya dan kebaikan apa2 yg ia diperintahi dgnnya.Dan kami berlindung dgn Kamu drp kejahatan ini angin, kejahatan apa2 yg ada padanya dan kejahatan apa2 yg ia diperintahi dgnnya.” Imam Turmizi berkata: “ Hadis ini ialah hadis hasan-sahih.”

        Hadis Turmizi, Hakim&Nasaei drp Ibnu Omar, bermaksud: “Tidaklah Rasulullah saw berdiri drp sesuatu majlis melainkan Baginda berdoa kpd para sahabatnya dgn ini doa:
        اللهم اقسم لنا من خشيتك ما يحول بيننا وبين معصيتك ومن طاعتك ما تبلغنا به جنتك ومن اليقين ما تهون علينا مصائب الدنيا اللهم متعنا بآسماعنا وأبصارنا وقوتنا ما أحييتنا واجعله الوارث منا واجعل ثأرنا على من ظلمنا وانصرنا على من عادانا ولا تجعلنا مصيبتنا في ديننا ولا تجعل الدنيا أكبر همنا ولا مبلغ علمنا ولا تسلط علينا من لا يرحمنا
        Ertinya: “ Ya Allah! Bahagilah kpd kami rasa takutkan engkau yg dpt menghalang antara kami dgn maksiat terhadap engkau, bahagilah kpd kami ketaatan terhadap engkau yg membawa kami kpd surga engkau, keyakinan terhadap engkau yg memudahkan dan meringankan kami menerima bala bencana engkau, Ya Allah! Engkau jadikan supaya kami dapat mengecapi nikmat bagi pendengaran kami, penglihatan kami dan kekuatan anggota&hati kami (kpd perkara ibadat) selama engkau menghidupkan kami, jadilah mengecapi tersebut mewarisi drp kami(sentiasa anggota kami mengecapi perkara ibadat hingga kami mati) , dan jadilah pembalasan (tindak balas) kami hanya menimpa kpd mrk yg menzalimi kami, bantulah kami dlm menghadapi musuh2 kami, janganlah engkau jadikan bala bencana menimpa ke atas agama kami (yg boleh mengurangkan pegangan terhadap agama kami), janganlah jadikan perkara keduniaan sebesar2 maksud kami dan jangan pula engkau jadikan sehabis2 tumpuan ilmu pemikiran kami kpd perkara keduniaan tersebut, dan janganlah engkau jadikan mrk (kafir, org yg buat maksiat, org yg zalim dll )yg tidak kasihan belas kpd kami, mengerasi kami….” Kata Imam Turmizi: “Hadis ini ialah hadis hasan.”

        Berdasarkan kenyataan di atas menunjukkan bhw doa & zikir berjemaah adalah mempunyai sandaran drp mazhab Syafie kita dan hadis Nabi saw. Saya memanglah sedar bhw sedang berpijak di atas bumi nyata tetapi ada org yg tidak mendongakkan kepalanya ke langit dan tidak memandang keajaiban alam semesta kerana tumpul akalnya serta cetek pengetahuannya sehinggakan tidak dpt menjangkau rahsia yg tersirat. Hendaklah kita belajar di pondok dlm masa yg lama supaya dpt memahami betul2 maksud kalam fuqaha mazhab kita dan mendalami ilmu2 yg menjadi wasilah kpd memahaminya. Terkadang segelintir yg masuk belajar di pondok dlm beberapa tahun sahaja, malas belajar dan hanya menghabiskan masa dgn geng berborak2. Lebih malang lagi ada yg tidak pernah pun menjejakkan kakinya ke pondok tapi mendakwa2 pernah belajar di situ…Wallahu’aklam….

  9. soal,jawab… soal,balas semula,… akhirl kalam,qalu salaama..

    jazakallahkhair atas artikel ustaz

  10. kalu rase enta ahli dlm mushtolah,balas la balik ape yg din langgar tulis,wahai anak faridah. sekunder la…secondary laa… inilah kepala2 otak mrk yg bergelar intelek,tapi….sebenarnye elekk polek!!! habuk pon tarak. sama mcm si asri yg xde tauliah tu!! korang ni baru kenal satu dua kitab dah nk tnjuk hero!!! blum tulis ktb mcm ulama2 dlu lg. hadis 40 pun x hapal nk ek plak!!! piraaaahhhh!!!!

    • Assalamualaikum semua yg membaca…

      Wah..rupanya ramai yg telah telah menjawab balas soalan dan kritikan yg diberi sebelum ni…

      Kepada akh abu farid. maaf lah kalau enta terasa seperti argument yg ana timbulkan akhirnya tergantung begitu saja. bukan apa, seperti kata akh din (penulis artikel), kami yg terikat atas tanggungjawab2 lain tidak mempunyai masa terluang seperti enta yg membahagi sebahagian besar masa yg dikurniakan ALLAH untuk ke merata blog dan behujjah sana sini.

      Di penghujung2 tahun, memang sedia maklum ramai yg mempunyai tugasan yg lebih utk diselesaikan. harap enta memahami.

      Apa pun, terima kasih kerana turut menymbang dalam perbincangan ini, walaupun ana sendiri tak nampak apa pun faedah dalam komentar enta, sekadar mahu mencari gaduh sahaja.

      Di pihak ana, baru hari ni berkesempatan memasuki balik blog ni setelah sekian lama terikat dgn urusan2 lain. berhujjah dengan penulis artikel ini…bukanlah matlamat hidup ana. harap maklum. ni pun sebab diberitahu oleh teman akan perkembangan perbicangan ini, setelah baru pulang ke M’sia semalam.

      Maaf sekali lagi.

      Insya-Allah, ana ringkaskan jawaban. Pertamanya, kerana sahabat2 ana (yg merupakan sahabat2 akh din, si penulis, sejak kecil) menasihati ana…x perlu lah jawab menjawab dgn dia. enta bg lah hujjah macam mana pun, dia tetap akan pusing sana sini, dan menulis dengan panjang seolah2 menjawab, sedangkan dia cuma beat about the bush jer…

      tp utk memuaskan hati enta wahai abu farid, ana nukilkan di sini sebahagian daripada jawaban terhadap persoalan sebelum ni.

      Ana memang pasti akh din mengetahuinya, cuma…ye lah, mengenali sikap nya, bukan menjadi fitrah dia untk mengakui kesilapan diri sendiri. sejak beberapa tahun lepas, malah dalam jawapan pertama beliau dalam artikel ni pun dia meletakkan beban kesalahan terhadap petugas beliau, sedangkan sesiapa yg terdedah kepada perbincangan sebegini akan sedia maklum, amat pelik jika kesilapan seperti itu berlaku. bukan sekadar pada ejaan. takpe lah, ana pasti, insya-ALLAH, akh din memahami maksud ana.

      kepada abu farid, ana nukilkan di sini ya, kalau enta sudah biasa tentang perbincangan seputar perkara2 sebegini, tidak menjadi masalah utk enta memahaminya.

      berkenaan hadis mursal di dalam bukhari yg dilaungkan semula oleh ah din? ana nukilkan kembali petikan jawaban beliau seperti di atas…

      kata beliau…”Tentang hadis yg kami kemukakan dlm risalah maulid, memang terdapat di dalam sahih Bukhari pada kitabul Nikah, Imam Abd Razak dlm musannaf (jilid 7 m/s 478), Suhaili dlm Raudul Unuf jilid 5 m/s 192, Ibnu Hajar Asqalani dlm Fathul barri, Ibn Kathir dlm Sirah Nabawi jilid 1 m/s 224 dan lain-lain. Cuma riwayat ini berbentuk mursal, takkan lah Hadis Mursal tidak termasuk dlm ilmu mustalah hadis??Diharap pengkiritik (Ibn Faridah) belajar asas ilmu mustalah hadis supaya tidak menuduh orang lain dgn tanpa sebab yg berasas, hanyalah krn kedangkalan ilmu kita sendiri. Hadis Mursal boleh dibuat hujah pada persoalan manaqib dan ikhtishas dan juga sebagai penyokong bagi hadis-hadis sahih@hasan dan dalil2 syara. Ini maklum dlm ilmu mustalah hadis dan feqah. Mazhab Imam malik, Ahmad Hambal dan Hanafi membuat hujah pada hadis mursal tabien dan tabiu-tabien. Adapun Mursal Sahabat dijadikan hujah dgn ijmak Ulama (disepakati oleh mereka).Wallahu’aklam…..”

      persolannya, betul ke riwayat dalam bukhari tu hadis mursal dalam bentuk seperti yg didakwa oleh akh din?

      ana nukilkan pula jawaban saudara2 dari darul kautsar, yg telah pun menjawab dakwaan2 akh din bertahun dahulu, pertama dengan menelefon akh din sendiri (ana cuma sebutkan, detailnya lebih baik, akh din sendiri yg menceritakan, itu pun jika beliau sudi..). kemudian artikel tersebut ditulis. khabarnya, apabila disampaikan artikel tersebut kepada akh din, beliau kata akan menjawabnya semula. Wallahu a’lam, setakat yg kami tahu, sehingga kini belum dihasilkan lagi jawaban beliau.

      Nah, ini sebahagian daripada jawaban saudara2 si penulis sendiri, yg menulis kerana menyayangi saudar sendiri kerana takutkan beliau terus menerus terlanjur di dalam kata2…

      3. Meriwayat Imam Bukhari dalam Sohihnya, begitu juga Imam Ismail dan Abdul Razak (seperti mana tulisan akh din di dalam artikelnya berkenaan maulid dahulu…):

      “Bahawa diringankan azab Abi Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan Thuaibah iaitu hamba yang menceritakan khabar gembira tentang kelahiran Nabi s.a.w.”

      Kita jawab:

      – Dakwaan penulis pondok berkenaan bahawa hadis ini terdapat dalam Sohih Bukhari itu adalah palsu semata-mata dan satu fitnah terhadap Imam Bukhari. Begitu juga ianya tidak terdapat di dalam riwayat Ismaieli dan Abdul Razak. Cuma Suhaifi ada mengemukakan cerita ini tanpa menyebut sanad. Sila lihat Umdatul Qari, karangan Badruddin Aini, juz. 20, halaman 95. Fathulbari, juzu’ 19, halaman 174 – 175. Karangan al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani. Raudhul Unuf, juzu’ 5, halaman 191. Karangan as-Suhaili.

      Yang ada dalam Sohih Bukhari hanyalah kata-kata Urwah berkenaan dengan Thuaibah pernah menyusukan Nabi s.a.w. setelah dimerdekakan oleh Abu Lahab. Di sana ada satu riwayat lain yang mengatakan Thuaibah tidak dimerdekakan pada hari kelahiran Nabi s.a.w. bahkan ianya dimerdekakan selepas hijrah Nabi s.a.w. ( Ibid, juzu’ 5, halaman 191). Dan juga tidak terdapat kata-kata “Diringankan azab Abu Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan Thuaibah” di dalam kata-kata Urwah itu. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Sohih Bukhari, Kitabun Nikah, Bab Wa Ummahatukumullati Ardha’nakum.

      Apa yang menghairankan kita, tidak ada seorang pun di kalangan pensyarah hadis ketika menghuraikan kata-kata Urwah ini membuat kesimpulan bahawa dengan menyambut maulidurrasul, seseorang muslim akan diringankan azabnya di dalam neraka sebagaimana yang berlaku terhadap Abu Lahab. Jelaslah idea kelebihan menyambut maulidurrasul berasaskan kata-kata Urwah itu tidak berpandukan pendapat ulamak muktabar.

      Berdasarkan kenyataan di atas, dapatlah kita ringkaskan seperti berikut:

      1. Bahawa kata-kata tersebut adalah semata-mata kala-kata Urwah. Bukannya hadis Nabi. Lagi pun Urwah meriwayatkannya secara Mursal. Beliau tidak menceritakan daripada siapa beliau mengambil kata-kata ini. Riwayat yang mursal tidak boleh dijadikan hujjah syari’yyah.

      II. Peristiwa diringankan azab Abu Lahab pada hari Isnin ini hanya mimpi Abbas sewaktu belum memeluk Islam. Kenyataan ini juga tidak terdapat dalam Bukhari. Ulamak sudah sepakat (ijma’) bahawa mimpi seseorang apalagi seorang kafir tidak boleh dijadikan hujjah syar’iyyah, biar bagaimana tinggi keimanan, keilmuan dan ketaqwaannya. Kecuali mimpi para Nabi, kerana mimpi para Nabi adalah wahyu dan wahyu adalah benar. Mengikut pendapat ulamak salaf dan khalaf, bahawasanya orang kafir tidak diberi pahala di atas amalan baik yang dikerjakannya apabila mati di dalam kekufurannya itu. Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala yang bermaksud:

      ” Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan.” (al-Furqaan, ayat: 23)

      Bagi yg ikhlas ingin mengkaji, boleh merujuk terus rujukan2 rujukan yg disebutkan. Ana dah rujuk…akh abu farid, dan selainnya…antum bagaimana?

      selebihnya daripada artikel tersebut, yg sememangnya ditulis untuk menjawab fitnah2 akh din, boleh dirujuk di link yg berikut…

      http://yapis.blogspot.com/2008/03/maulidurrasul-dengan-dalil-dalil-yang.html

      mungkin ada yg bertanya, abis tak nak jawab balik tentang isu asal, doa berjemaah selepas solat? pada ana, selepas mengambil kira sikap akh din, daripada penilaian sendiri (kami pernah berjumpa, utk pengetahuan semua), dan daripada sahabat2 beliau sendiri yg mengenali beliau sejak kecil, buang masa berbincang dengan beliau. jadi diutarakan kepada beliau masalah tertnggak sejak lama, agar beliau sedar…berhati2 bila berkata2. berdusta atas nama Nabi SAW tidak sama dgn berdusta atas org lain. TAQWA LAH kepada Allah…

      Kepada akh IZMER, seperti enta katakan…soal, jawab…soal, balas semula…akhiri kalam, qalu salaama…dan kata2 apakah terlebih baik drpd kalam Allah dan RasulNya SAW.

      Wallahu a’lam….

      Dan insya-Allah, ini adalah nukilan ana yg terakhir di dalam blog ni…bukan kerana takut, tetapi ana rasa masa yg diberukan Allah kepada ana lebih baik disalurkan kepada perkara2 yg lebih manfaat, drpd terus berhujjah dengan akh din dan mereka yg bersama mereka….

      kepada akh din, anggaplah ini sekadar teguran biasa. jangan pula enta anggap ini adalah paksaan agar enta menjilat kembali air liur yg enta ludahkan ke langit yg kemudiannya jatuh ke muka enta sendiri. Ada alternatif lain…enta cuma lapkan saja dengan kain atau tisu, jika pun enta tak mahu mencucinya. Insya-Allah itulah yg terlebih baik…

      Wallahu a’lam…

      • ustz din langgar

        Alhamdullilah segala pujian hanya utk Allah yg Maha mengasihani dan pemurah.Selawat dan salam ke atas Nabi kita yg menunjuki jln yg lurus, begitu juga terhadap kaum keluarga Baginda, para sahabat dan mereka yg mengikuti perjalanan mrk itu hingga akhir zaman iaitu Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, pastinya bukan golongan mujassimah, wahabiyyah dll drp golongan2 mubtadi’ah.

        Nampaknya cara politik kotor yg cuba dimainkan oleh ibn faridah yg dah semakin lesu,cuba nk menyakinkan pembaca dgn segala taktik kotornya. Cuba berbohong dgn mengatakan sahabat2 saya yg sejak kecil mengenali diri sy, seolah2 pernah memberi nasihat kpd saya(spt yg dinyatakan oleh beliau dlm kritikan sblum kritikan terakhir ini). Tiada seorg pun sahabat yg kenali sy sejak kecil menasihati, bahkan tiada seorg pun di Darul Kauthar yg mengenali sy semenjak kecil. Begitu juga kritikan terakhir di atas, bhw beliau menegaskan bhw sy menjanjikan jwpn utk kritikan risalah maulid yg dikeluarkan, sedangan salah seorang yg beri risalah bangkangan terhdp risalah maulid itu, tidak pernah menceritakan pihak mana yg membangkang dan hanya menyampaikan pada sy serta sy hanya menerima shj tanpa menjanjikan apa2 pd beliau.

        Berdusta adalah salah satu tanda2 sifat munafik. Ya!sifat ini kebiasaan yg kita lihat bagi golongan mubtadi’(ahli bidaah) akhir zaman ni.Seolah2nya saya yg tidak menerima kebenaran, itulah taktik keji yg cuba dimainkan oleh beliau utk mengalihkan pandangan ramai drp topik yg dibahaskan, dikatakan sy ni cuma beat about the bush jer atau pun krn kereta buruk Ibn Faridah yg lesu utk meneruskan perjalanan (perbahasan), dah mati enjin dipertengahan jln ketika hendak mendaki bukit lalu terbongkar kritikan yg meleset dan tak berasas??Kalau kita bidang perubatan, jgn cuba nk bahaskan ilmu akhirat yg bukan bidang kita. Ya, begitulah sewaktu petemuan beliau dgn sy yg menzahirkan kasar kelakuan, degil dan taksub. Topik perbincangan adalah tntg‘golongan wahabiyyah yg mentakwil ayat mutasyabihat dgn secara batil dan termasuk dlm golongan mujasimah spt yg ditakwil oleh ulama wahabi tanah haram, Usthaimin dlm kitabnya Aqidah ahli sunnah’.

        Mengenai kata Urwah dlm risalah maulid kami, beliau adalah tabien maka perkataan tabien dinamakan hadis maqtuk yg termasuk dlm definisi ‘Hadis’. Cumanya Urwah meriwayat secara mursal iaitu tanpa memberitahu dari mana beliau mengambilnya, adakah diambil dari sahabat @ tabien yg lain. Bersegeralah saudara belajar asas musthalah hadis kt pondok krn Darul Kautsar tidak dpt memberi pengajaran asas yg baik. Untk pengetahuan saudara ilmu bidang hadis bukan hanya ada kt Darul Kautsar shj. Belajarlah dgn bnyk guru supaya ilmu tidak jumud dan beku. Ilmu islam bukan hanya Ilmu Hadis shj..bnyk lagi dan terlebih malangnya belajar kitab hadis besar2, tapi Mubtada dan khabar pun tak jumpa cari, inilah situasi yg benar berlaku krn saya pernah mengajar salah seorg murid kanan yg lama belajar kt situ (di Darul Kausthar)..

        Sebenarnya ada rakan yg menasihati sy supaya tidak layan kedegilan dan ketaksuban mrk2 itu, lagi pun bangkangan mrk lebih menampakkan kejahilan dan kedangkalan mrk itu sendiri. Memang pernah dlm thn 2001 sy trima telefon dari seseorg yg tidak dikenali (mujurlah Ibn Faridah membongkar rahsia bhw bangkangan itu drp Darul Kautsar) dan sy telah mnjawab segala persoalan yg diutarakan, tetapi risalah bangkangan tetap diterbitkan juga krn kedegilan mrk. Firman Allah bermaksud: “ Berpalinglah (jgn Layan) engkau Ya! Muhammad drp Golongan2 yg Jahil.”

        Oleh krn mrk mengutarakan di sini, maka saya menjawab kritikan mrk:

        1) Tentang hadis mursal Urwah
        Jawapan: adakah saya mengatakan Hadis Nabi/ kata Nabi? cuba tilik betul2 dlm Risalah Maulid kami. Memahami dulu definisi ‘Hadis’ supaya tidak merambang tak tentu pasal serta menuduh dan mencela org lain , hanya krn buta asas2 musthalah hadis. Belajar kitab2 Hadis besar2 tapi definisi hadis pun tak tau, belajar semacam tikus tengok besi serta jadi sepicies makhluk perosak yg cuba baiki labu. Ternyatalah kedangkalan diri sendiri.

        Dlm kitab AlQawa-id AlAsasiyyah krg Sayyid Mohd Alawi ada menyebut tntg definisi ‘Hadis’ (m/s 10) : “ AlHadis dari sudut istilah adalah apa2 yg disandarkan kpd Nabi saw drp perkataan @ perbuatan @ akuan, pengiktirafan(taqrir) Nabi ataupun apa2 yg disandarkan kpd sahabat atau tabien.” Nukilan ini diambil drp Atthayyibi dgn katanya: “ AlHadis ialah perkataan yg terlebih umum drp bhwsanya ianya adalah perkataan Nabi saw, perkataan sahabat dan PERKATAAN TABIEN, perbuatan mrk dan akuan pengiktirafan mrk.” (lihat kitab Tadribu Arrawi krgn Imam Suyuti m/s 23)

        Nukilan ini juga di ambil drp Ibn Hajar AlAsqalani dlm syarah kitab Nukhbah: “ AlKhabar di sisi ulama keilmuan ini (ilmu Musthalah hadis) adalah sama makna dgn AlHadis, maka semata2 dikatakan keduanya kpd ‘Marfu’ ( kata2 sahabat@ tabien yg mensandarkan perkataan, perbuatan/taqrir dll kpd Nabi) atau kpd ‘Mauquf’ (perkataan / perbuatan sahabat) atau kpd ‘Maqtuk’ (perkataan / perbuatan tabien).” (lihat kitab Tadribu Arrawi krgn Imam Suyuti m/s 23)

        Imam Syuyuti menegaskan dlm AlFiyah beliau: “ …Ssetengah pendapat menyatakan bhw ‘AlHadis’ tidak hanya tertentu utk ‘Marfu’ (kata2 sahabat@ tabien yg mensandarkan perkataan, perbuatan/taqrir dll kpd Nabi), bahkan AlHadis didatangkan (digunakan) utk ‘Mauquf’ (perkataan / perbuatan sahabat) atau kpd ‘Maqtuk’ (perkataan / perbuatan tabien).”

        Pendapat2 di atas adalah pendapat yg Sahih tntg definisi ‘Hadis’ krn ianya definisi yg dihuraikan oleh Amirulmukminin dlm bidang hadis iaitu Syeikh Ibn Hajar AlAsqalani dan juga spt yg dinyatakan dlm Hasyiah ‘Athiyah AlAjhuri m/s 11: “Pendapat ini ialah pendapat yg sahih sebagaimana yg disebutkan dlm Syarah bagi Syeikhul Islam (Zakaria AlAnsari)….”

        Cuma trdpt satu pendapat yg membezakan antara Hadis dan Khabar, spt kata Ibn Hajar AlAsqalani dlm syarah Nukhbah: “Sstengah pendapat menyatakan bhw AlHadis ialah perkara yg dtg drp Nabi saw dan AlKhabar ialah perkara yg dtg drp selain Nabi..” (lihat kitab Tadribu Arrawi krgn Imam Suyuti m/s 23)

        Tersebut dlm kitab ‘Taisiru Musthalah AlHadis krgn Dr Mahmud Thahhan m/s 15: “Alhadis dari sudut istilah adalah perkara yg disandarkan kpd Nabi drp berbentuk perkataan, perbuatan, akuan pengiktirafan atau pun sifat2 kelakuan baginda.”

        Oleh itu mursal Urwah ini dikatakan ‘Hadis’ krn Urwah adalah tabien maka riwayat ini adalah perkataan tabien sebagaimana termasuk dlm definisi ‘Hadis’ di atas, lagi pula ianya membicarakan tntng sifat2 keistimewaan Nabi saw dimana diringankan azab bagi sikafir (Abu Lahab), disebabkan memuliakan hari kelahiran baginda, yg dinukilkan drp Sahabat Nabi iaitu Abbas yg menceritakan kisah mimpinya tsbt serta memberitahu bhw kelahiran Banginda berlaku pada hari isnin. Begitu juga, ianya menceritakan kisah Suwaibah, ibu susu Nabi saw. Kata2 Urwah ini sebagai menerangkan hadis tntg Suwaibah adalah ibu susu Baginda, hadis yg diriwayatkn oleh Bukhari, drp kata2 Nabi: “Suwaibah telah menyusui aku dan Abu Salamah…” ( Bukhari- hadis 5101)
        Kesemua ini adalah perihal kisah peribadi Rasulullah Saw maka mursal Urwah ini boleh dikatakan ‘Hadis’.

        Kata2 Urwah tsbt sebagaimana yg terdapat dlm kitab2 maulid krg Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yg muktabar hingga skrg. Bukannya dalil yg pandai2 kami paparkan. Riwayat ini boleh dibuat hujah pada persoalan manaqib (cerita-kisah perihal keperibadian) dan ikhtishas (hal2 keistimewaan hanya bagi Nabi).

        Kata Pengkritik: Peristiwa diringankan azab Abu Lahab pada hari Isnin ini hanya mimpi Abbas sewaktu belum memeluk Islam. Kenyataan ini juga tidak terdapat dalam Bukhari. Ulamak sudah sepakat (ijma’) bahawa mimpi seseorang apalagi seorang kafir tidak boleh dijadikan hujjah syar’iyyah, biar bagaimana tinggi keimanan, keilmuan dan ketaqwaannya. Kecuali mimpi para Nabi, kerana mimpi para Nabi adalah wahyu dan wahyu adalah benar.

        Jawapan: Adakah betul sewaktu Abbas bermimpi, beliau seorg musyrik?? Mimpi ini berlaku Setahun slps kematian Abu Lahab sebagaimana yg dinyatakan oleh Imam Suhaili bhw Abbas r.a.d berkata: “Takala Abu Lahab meninggal, aku bermimpi slps setahun kematiannya(بعد حول) , beliau dlm situasi yg tidak elok. Kata Abu Lahab kpd ku : Tidaklah aku mendapat kesenangan slps meninggalkan kamu melainkan diringankan azab ke atasku setiap hari isnin. Abbas menerangkan: Demikian itu krn Nabi saw dilahirkan hari isnin dan Suwaibah (hamba Abu Lahab) mengkhabarkan berita gembira ini kpd Abu Lahab maka beliau memerdekakannya.”(lihat kitab Fathul Bari dan Umdatul Qari bab Nikah-hadis bil 5101)

        Abu Lahab pula meninggal tujuh hari selepas perang Badar sprti yg dinyatakan dlm tafsir Sowi(surah Tabbat tiayada) dan dlm tafsir Qurtubi.

        Manakala keislaman Abbas trdpt dua pendapat; pendapat pertama mengatakan keislamannya slps dilepaskan drp tawanan perang badar krn mlm slps perang tsbt, Nabi dukacita hingga berjaga mlm,tidak dpt tidur disebabkan teringat Abbas. Kemudian Baginda menyuruh slh seorg sahabat melepaskan Abbas dan dua anak saudara Abbas iaitu ‘Aqil bin Abi Talib dan Naufal bin Haris dgn suatu penebusan..
        Pendapat yg kedua pula menyatakan keislaman Abbas adalah sebelum hijrah lagi, beliau menyembunyikan keislamannya dan menjadi perisik bagi Baginda saw utk mengkhabarkan tntg hal2 kuffar Mekah..Lihat secara detail dlm kitab ‘Usudul Ghabah’ (kisah Abbas bin Abd Muttalib-bil: 2797).

        # Oleh itu di atas kedua2 pendapat ini, Abbas adalah seorg islam ketika beliau bermimpi. Ini krn mimpi tsbt berlaku slps setahun drp kematian Abu Lahab (yg meninggal- tujuh hari slps perang Badar) sedangkan keislaman Abbas berlaku slps shj tamat perang badar @ keislamannya berlaku sebelum drp perang itu lagi (atas dua pendpt di atas).

        # Kata2 Urwah ini (mimpi Abbas) adalah dari segi Syara’ boleh dibuat sebagai istiknas (hujah mengemarkan @ menyokong) dlm masalah Maulidurrrasul. Krn Inilah Ulama2 Ahli Sunnah mengemukakan kisah ini dlm kitab Maulid mrk.

        Kata Pengkritik: Mengikut pendapat ulamak salaf dan khalaf, bahawasanya orang kafir tidak diberi pahala di atas amalan baik yang dikerjakannya apabila mati di dalam kekufurannya itu.

        Jawapan: Ini adalah masalah hal2 keistimewaan yg hanya berlaku pada Nabi, tidak berlaku pada orang lain,maka krn itulah ianya berlaku ke atas Abu Lahab, tidak kpd org kafir secara umum. Dalilnya adalah kisah tsbt yg diriwayatkan oleh Urwah yg trdpt dlm sahih Buhari, Fathul Bari, Umdatul Qari, AlHafiz Ibn Kastir dlm Sirrah Nabawi, Baihaqi dlm Dalaili Nubuwah, AlHafiz Baghawi dlm Syarah Sunnah, Imam Suhaili-Raudh Unuf , Abd Razzak-Musannaf dan lain-lain lagi. Justeru itu, Imam Qurtubi menegaskan: “Meringankan azab ini adalah hanya khusus/tertentu bagi ini (Abu Lahab) dan bagi mrk yg dtg nas padanya.” (kitab Fathul Bari dan Umdatul Qari).

        Melalui jawapan2 di atas, terbongkarlah pula pekong yg bernanah lagi busuk kat dada pengkritik2 yg cuba mengkritik dalil Ulama Ahli Sunnah tersbt.

        Ulama Besar yg muktabar di masa dahulu Iaitu AlHafiz Syamsuddin Mohd Bin Nasiruddin Addimasqi pernah bermadah:

        اذا كان هذا كافرا جاء ذمه * تبت يداه في الجحيم مخلدا * أتى أنه في يوم الاثنين دائما * يخفف عنه للسرور بأحمد * فما الظن بالعبد الذي كان عمره * بأحمد مسرورا ومات موحّدا ؟؟؟ *

        yg bermaksud: “ Apabila Ini Sikafir (Abu Lahab) yg dtg kisah kecelaannya* Binasalah kedua tangannya dlm neraka jahim, dikekalkan * Dtg riwayat bhw dia pada hari isnin selama2* diringankan azab krn gembira dgn kelahiran Ahmad (Nabi saw)* maka apakah dpt disangkakan dgn seorg hamba Allah yg adalah umurnya, gembira dgn kelahiran Ahmad sedangkan dia mati dlm tauhid??? * ”

        Akhir kalam, Yaa! Sememangnya eloklah saudara ibn Faridah mengundurkan diri tidak payah menyusahkan diri sndiri nk komen dalil2 ulama besar muktabar semenjak dahulu hingga skrg hanya krn berpegang dgn fahaman yg menyimpang drp landasan Ahli sunnah Wal jamaah. Air liur sy tidak diludah ke langit tetapi tepat sekali terkena muka saudara dan saudara tidak bisa menangkisnya.Inilah situasi yg berlaku pd golongan Wahabiyyah yg asyik mengkafir serta membidaahkan amalan2 umat islam yg ada sandarannya. Inilah juga taktik yg sebagaimana dilakukan oleh British ke atas umat islam di India, dgn mengalihan tumpuan kpd masalah khilafiah dan fahaman ajaran sesat Ghulam Ahmad dll, supaya Umat Islam serta ulamanya bersibuk diri dgn perkara trsbt drp memikirkan utk menguasai tampuk pemerintahan. Justeru, pemerintahan dimiliki oleh golongan kuffar.

        Lebih2 keji lagi, mrk sdg berseronok lihat rancangan2 tv yg melalaikan dan maksiat kpd Allah Taala. Nabi Saw, rasa2nya bersetuju ke simpan tv kat rmh dan membiarkan ditonton segala rancangannya? Tak pun mrk menguarkan2 tntg bidaahnya tv.. Alahai…Bercampur gaul lelaki perempuan di tmpt belajar dan kerja..eh2 zaman salaf mcmtu ke? bca hadis? Alahai, anak dara dan isteri mrk keluar rmh keseorgan utk prgi kerja/tmpt belajar dan bercampur gaul..org salaf mcmtu ke??Nauzubillah min zalik..Maksiat berleluasan spt tak tutup aurat, pergaulan bebas, gejala murtad, bollywood and hollywood dll.. knp tak mnguar-uarkan bidaah perkara tsbt utk memgislahkan ummat??? hanya sibuk mmbidaahkn org yg dah solat dan berzkir kpd Allah serta berselawat ke atas Nabi saw ketika bermaulid. Mrk yg tak solat dan dok bergedik-gedik menyanyi-berkonsert, org murtad, tak pun serang habis-habisan??? Insaflah…Wallahuaklam…….

  11. Assalamu’alaikum,

    Pernyataan ini :

    – Dakwaan penulis pondok berkenaan bahawa hadis ini terdapat dalam Sohih Bukhari itu adalah palsu semata-mata dan satu fitnah terhadap Imam Bukhari. Begitu juga ianya tidak terdapat di dalam riwayat Ismaieli dan Abdul Razak. Cuma Suhaifi ada mengemukakan cerita ini tanpa menyebut sanad. Sila lihat Umdatul Qari, karangan Badruddin Aini, juz. 20, halaman 95. Fathulbari, juzu’ 19, halaman 174 – 175. Karangan al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani. Raudhul Unuf, juzu’ 5, halaman 191. Karangan as-Suhaili.

    Yang ada dalam Sohih Bukhari hanyalah kata-kata Urwah berkenaan dengan Thuaibah pernah menyusukan Nabi s.a.w. setelah dimerdekakan oleh Abu Lahab. Di sana ada satu riwayat lain yang mengatakan Thuaibah tidak dimerdekakan pada hari kelahiran Nabi s.a.w. bahkan ianya dimerdekakan selepas hijrah Nabi s.a.w. ( Ibid, juzu’ 5, halaman 191). Dan juga tidak terdapat kata-kata “Diringankan azab Abu Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan Thuaibah” di dalam kata-kata Urwah itu. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Sohih Bukhari, Kitabun Nikah, Bab Wa Ummahatukumullati Ardha’nakum.

    Apa yang menghairankan kita, tidak ada seorang pun di kalangan pensyarah hadis ketika menghuraikan kata-kata Urwah ini membuat kesimpulan bahawa dengan menyambut maulidurrasul, seseorang muslim akan diringankan azabnya di dalam neraka sebagaimana yang berlaku terhadap Abu Lahab. Jelaslah idea kelebihan menyambut maulidurrasul berasaskan kata-kata Urwah itu tidak berpandukan pendapat ulamak muktabar.

    ——

    Mungkinkah terdapatnya jenayah ilmiyah yang telah dijalankan secara sulit untuk menghilangkan matan hadith yang menyebut tentang tsuwaibah yang dibebaskan tersebut di dalam hadith sahih bukhari ? memandangkan yang mensyarahkan adalah ibnu hajar sendiri dalam kitabnya fathul bari ?

    Firman Allah taala di dalam surah Maryam ayat 33 menceritakan kata-kata Nabi Allah Isa alaihissalam:

    وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا (33)

    Maksudnya: dan segala keselamatan dan kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).

    Dalil kedua: KISAH ABU LAHAB MEMBEBASKAN THUWAIBAH AL-ASLAMIYAH KERANA GEMBIRA DENGAN KELAHIRAN BAGINDA SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM

    Al-Imam Ibn Kathir rahimahullahu taala menyebutkan di dalam kitab Bidayah wa al-Nihayah:
    (( Wanita yang mula-mula menyusukan baginda sallallahu alaihi wasallam ialah Thuwaibah yang merupakan hamba kepada Abu Lahab.Dia dimerdekakan oleh Abu Lahab sebaik sahaja memberitahu tentang kelahiran Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Abu Lahab.))

    Al-Imam Suhaili rahimahullahu taala dan para ulama lain menyebutkan di dalam kitab-kitab mereka:

    Maksudnya: Sesungguhnya Abu Lahab menyebutkan kepada saudaranya al-Abbas di dalam mimpi :Sesungguhnya dia dilepaskan daripada seksaan kubur setiap hari Isnin.

    Jika Abu Lahab yang dicela oleh Allah taala di dalam al-Quran dikurangkan seksaannya hanya kerana gembira dengan kelahiran baginda Sallallahu alaihi wasallam,apatah lagi kepada golongan mukminin yang gembira dengan kelahiran baginda sallallahu alaihi wasallam.Pendapat sebegini juga disebutkan oleh al-Imam al-Hafidz Syamsuddin bin al-Jazari rahimahullahu taala di dalam kitabnya:

    عرف التعريف بالمولد الشريف

    al-Imam al-Hafidz Syamsuddin bin Nasiruddin al-Dimasyki menyebutkan sebuah syair didalam kitabnya:

    ((مورد الصادي في مولد الهادي))

    إذا كان هذا كافرا جاء ذمه

    بتبت يداه في الجحيم مخلّدا

    أتى أنه في يوم الاثنين دائما

    يخفف عنه للسرور بأحمدا

    فما الظن بالعبد الذي طول عمره
    بأحمد مسرورا ومات موحّدا

    Maksudnya: Jika si kafir(Abu Lahab) yang telah dicela dirinya,

    Di dalam surah Tabbat(Surah al-Lahab) yang mana akan kekal selamanya di dalam neraka,

    Pada setiap hari Isnin Maka Dia akan,

    Diringankan daripada Seksaan kerana Gembira dengan kelahiran baginda Sallallahu alaihi wassalam,

    Apatah lagi dengan seorang hamba yang sepanjang hidupnya,

    Bergembira dengan kelahiran baginda Sallallahu alaihi wasallam(Adakah mereka tidak akan dibebaskan daripada seksaan api neraka?)

    Menurut Al-Ustaz Doktor Yusuf Kahttar Muhammad hafizahullah,salah seorang ulama daripada Syria :

    ((Hadis Abu Lahab dibebaskan daripada seksaan pada hari Isnin kerana gembira dengan kelahiran baginda sallallahu alaihi wasallam diriwayatkan oleh sebahagian besar para ulama hadis dan sirah.Antaranya ialah al-Imam Abdul Razak San’ani,al-Imam al-Bukhari,al-Imam Ibn Hajar al-Asqallani,al-Hafidz al-Baihaqi,Imam Ibn Hisyam,al-Imam Suhaili,al-Hafidz Baghawi,al-Imam Ibn Daiba’,al-Imam al-Asyqar, dan al-Imam al-A’miri))

    YAPIS ? Patutlah laman yang membawa virus wahhabi dirujuk memang tidak ketemu jawapan.

    WaLlahua’lam

  12. saya terfikir, adakah mereka yang suka menyerang ulamak dalam hal khilafiyyah ijtihadiyyah ini memang benar-benar pemecah belah umat Islam ? Tetapi dengan perkara yang sudah jelas maksiat dibiarkan pula.

  13. kalau nak berhujah carilah kebenaran bukannya kemenangan..ish ish tak tobat-tobat lagi ke anak cek faridah tu..jangan dok layan dia la buang masa…

  14. Sampai kiamat pun la korang tak tobat wahai pencacai2 wahabi.

  15. Assalamualaikum,
    HADIS BERDOA SECARA BERJEMAAH

    Keempat2 hadith mengenai berdoa’ secara berjemaah yg dikemukakan perawinya tidak lengkap.
    kalau nak copy paste pun biarlah lengkap supaya jelas dri awal hingga akhir.Tidak juga di terangkan statusnya,sama’ada sohih,dhaif, mauduk takut2 ianya la ash la lahu.Lebih molek kalau dijelaskan sekali asbab mauridnya sekali.
    Allahua’lam

  16. Saya minta penjelasan dari Saudara Nik Mohd Nazimuddin Bin Nik Ibrahim mengenai kata kata
    berikut :

    Imam asy-Syafi’e rahimahullah berkata di dalam kitabnya yang terkenal, al-Umm:

    وَأَخْتَارُ للامام وَالْمَأْمُومِ أَنْ يَذْكُرَا اللَّهَ بَعْدَ الِانْصِرَافِ من الصَّلَاةِ وَيُخْفِيَانِ الذِّكْرَ إلَّا أَنْ يَكُونَ إمَامًا يَجِبُ أَنْ يُتَعَلَّمَ منه فَيَجْهَرَ حتى يَرَى أَنَّهُ قد تُعُلِّمَ منه ثُمَّ يُسِرُّ فإن اللَّهَ عز وجل يقول {وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِك وَلَا تُخَافِتْ بها} يعنى وَاَللَّهُ تَعَالَى أَعْلَمُ الدُّعَاءَ وَلَا تَجْهَرْ تَرْفَعْ وَلَا تُخَافِتْ حتى لَا تُسْمِعَ نَفْسَك

    Terjemahan: Aku berpendapat bahawa seseorang imam dan makmum hendaklah mereka berzikir kepada Allah di setiap kali selepas solat, dan hendaklah mereka merendahkan suara zikirnya, melainkan bagi seseorang imam yang mahu menunjuk ajar para makmumnya berkenaan zikir, maka dia boleh mengeraskan suara/bacaan zikirnya, sehingga apabila dia telah mengetahui bahawa para makmum telah tahu, maka hendaklah dia kembali merendahkan suara zikirnya, kerana Allah ‘Azza wa Jalla berfirman (maksudnya):

    وَلا تَجْهَرْ بِصَلاتِكَ وَلا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلا

    Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya. (Surah al-Israa’, 17: 110)

    Maksud kata الصلاة (ash-Sholah) wallahu Ta’ala a’lam adalah doa. لا تَجْهَرْ (Laa Tajhar): Janganlah engkau mengangkat suaramu, وَلا تُخَافِتْ (wa laa tukhofit): Janganlah engkau rendahkan sehingga engkau sendiri tidak mendengarnya. (Rujuk: Imam asy-Syafi’e, al-Umm, 1/127)

  17. Nik Mohd Nazimuddin Bin Nik Ibrahim wrote:

    Telah sabit dengan sandaran hadis-hadis bahawa disunatkan menyapu muka dengan kedua belah tangan selepas berdoa.

    Anta berhujjah dgn hadith lemah.kebanyakan hadis menyapu muka adalah tersangat lemah.Kalau nak
    berhujjah dgn hadith lemah perlu ada syawahidnya.

    cuba lihat hadith berikut dan berikan komen anta.

    عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ كَعَبِ الْقَرْظِيِّ عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا سَاَلْتُمْ بِاللهِ فَسَلُوْهُ بِبُطُوْنِ اَكُفِّكُمْ ، وَلاَ تَسْاَلُوْهُ بِظُهُوْرِهَا ، وَامْسَحُوْا بِهَا وُجُوْهَكُمْ

    “Dari Muhammad bin Ka’ab al-Qurdzi dari Ibnu Abbas berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apabila kamu meminta (berdoa) kepada Allah, maka mintalah dengan telapak tangan kamu, jangan memintanya dengan belakangnya. Dan sapulah dengannya muka kamu”. (Hadis Riwayat At-Thabrani dalam المعجم الكبير 10/10779. az-Zahabi dalam المستدرك 1/536. Al-Baihaqi. السنن الكبرى2/212)

    (1). عَنْ صَالِحِ بْنِ حَسَّانَ اْلاَنْصَارِيِّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ كَعَبِ الْقَرْظِيِّ عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا دَعَوْتَ اللهَ فَادْعُ بِبَاطِنِ كَفَّيْكَ ، وَلاَ تَدْعُ بِظُهُوْرِهَا ، فَاِذَا فَرَغْتَ فَامْسَحْ بِهِمَا وَجَهَكَ.

    (1). “Dari Soleh bin Hassan al-Ansari, dari Muhammad bin Ka’ab al-Qardzi dari Ibn Abbas, beliau berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Jika engkau berdoa kepada Allah, maka berdoalah dengan telapak tanganmu, janganlah berdoa dengan kedua-dua belakangnya. Maka setelah selesai, sapulah wajahmu dengan kedua tanganmu”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dalam Sunan. 1/373. Hadis No. 1181)

    Kedua-dua hadis di atas ini adalah sangat lemah kerana pada sanadnya terdapat perawai yang lemah sebagaimana dapat diketahui dari penjelasan di bawah ini:

    Dalam az-Zawaid dinyatakan: Isnad hadis ini lemah. Ia dilemahkan kerana terdapat perawi bernama Soleh bin Hassan. (Lihat: Sunan Ibn Majah. 1/373)

    Menurut Imam Bukhari rahimahullah: Hadis yang dari Soleh bin Hassan al-Ansari dari Muhammad bin Ka’ab al-Qurdzi adalah hadis mungkar. Dan beliau berkata lagi: Setiap seseorang yang telah aku katakan hadisnya mungkar, maka tidak halal untuk meriwayatkan hadis darinya. (Lihat: ميزان الاعتدال 1/6. Az-Zahabi)

    Menurut Ibnu Hibban: Semua hadis yang diriwayatkan oleh (Soleh bin Hassan al-Ansari) adalah hadis-hadis palsu. (Lihat: al-Irwa al-Ghalil. 2/180. al-Albani)

    Menurut al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah: Soleh bin Hassan (متروك) “Ditinggalkan”. (Lihat: المعجم الكبير 10/319)

    Tambahan وَامْسَحُوْا بِهَا وُجُوْهَكُمْ فَهِيَ زِيَادَةٌ مُنْكَرَة “Dan sapulah muka kamu dengan telapak tangan kamu (setelah selesai berdoa), maka ia adalah tambahan yang mungkar”. (Lihat: المعجم الكبير 10/319)

    Berkata Abu Daud: Dia (soleh bin Hassan) seorang yang lemah. (Lihat: المعجم الكبير 10/319)

    Allahua’lam

  18. Ada sedikit tambahan lagi ttg menyapu muka :

    Al-Izz ib Abdul Salam rh. berkata :

    لا يمسح وجهه بعد الدعاء إلا جاهل

    “Tidak menyapu mukanya selepas do’a melainkan jahil” [Fataawa al-Izz ibn Abdul Salam. ms47].

    Berkata Ibn Taimiyah rh :-

    وأما مسح وجهه بيديه فليس عنه فيه إلا حديث أو حديثان لا يقوم بهما حجة
    “Bagi menyapu wajah dengan tangan, tidaklah ada darinya melainkan satu atau 2 hadith, tidak boleh dikatakan sebagai hujah” [Majmu’ al-Fataawa, 22/519]

    Syiekh Utsaimin didalam komentarnya terhadap pandangan Ibn Taimiyah diatas mengatakan :-

    وإذا لم نتأكد أو يغلب على ظننا أن هذا الشيء مشروع فإن الأولى تركه ؛ لأن الشرع لا يثبت بمجرد الظن إلا إذا كان الظن غالباً .
    فالذي أرى في مسح الوجه باليدين بعد الدعاء أنه ليس بسنة ، والنبي صلى الله عليه وسلم كما هو معروف دعا في خطبة الجمعة بالاستسقاء ورفع يديه ، ولم يرد أنه مسح بهما وجهه ، وكذلك في عدة أحاديث جاءت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه دعا ورفع يديه ولم يثبت أنه مسح وجهه
    “Apabila kita tidak pasti atau kita merasakan ia tidak syara’ maka lebih baik ditinggalkan, kerana sesungguhnya syara’ tidak boleh didasarkan atas rasa2 sahaja, melainkan kita percaya bahawa ini merupakan kemungkinan besar kesnya.

    • ustz din langgar

      Hadis tentang menyapu muka selepas berdoa, diriwayatkan dalam berbagai-bagai jalan peiwayatannya, maka secara himpunan periwayatan tersebut, hadis tentang menyapu muka selepas berdoa itu menaiki taraf Hasan. Lantaran itu, ianya dibuat hujah dalam persoalan sunatnya menyapu muka selepas bedoa.

      Ini dapat dibuktikan melalui kata Imam keilmuan hadis iaitu Amirulmukmin fi Hadis, Al-Hafiz Ibn Hajar AlAsqalani dalam ‘Bulurul Maram’ bab Zikr & Doa selepas beliau mengemukakan hadis menyapu muka selepas bedoa daripada Saidina Omar r.a.d yang diriwayatkan oleh Imam Turmizi, beliau menyatakan:

      وله شواهد منها حديث ابن عباس رضي الله عنهما عند أبي داود وغيره ومجموعها يقضي بأنه حسن

      Ertinya: “ Ada bagi Hadis Turmizi ini (hadis menyapu muka selepas bedoa daripada Saidina Omar r.a.d) beberapa sokongan. Di antaranya ialah Hadis Ibn Abbas r.a.d yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan lainnya. Perhimpunan riwayat-riwayat tersebut membawa kepada bahawa ianya adalah ‘Hadis Hasan’.

      Kaedah dalam ilmu Musthalah Hadis perlulah diketahui bahawa setiap hadis daif, apabila banyak jalan periwayatannya maka ianya naik taraf ‘Hasan’ sebagaimana yg dinyatakan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani juga dlm Syarah Nukhbah:

      والضعيف ان تعددت طرقه أو تأيد بما يرجح قبوله فهو الحسن لغيره

      Ertinya “ Sekiranya Hadis Daif berbilang-bilang jalan periwayatan atau dikuatkan dengan hadis yang terlebih kuat penerimaannya maka ia menjadi Hasan Li Ghairihi.”

      Mulla Ali Qari pernah menegaskan: ” وتعدد الطرق يبلغ الحديث الضعيف إلى حد الحسن ”

      Ertinya : ” Hadis Daif boleh mencapai darjat Hasan (Hasan Li Ghairihi) dengan banyak jalan periwayatan”.

      Lagi pula hadis-hadis menyapu muka slps berdoa dgn kedua tapak tangan ini dikuatkan dengan riwayat-riwayat lain di antaranya:-

      1) Dengan perbuatan sahabat Nabi iaitu Ibn Omar dan Ibn Zubair yg tersebut dalam kitab Adabul Mufrad bagi Imam Bukhari, bab mengangkat tangan dalam berdoa, berbunyi:

      قال حدثنا ابراهيم بن المنذر قال حدثنا محمد بن فليح أخبرني أبي عن ابي نعيم وهو وهب قال رأيت ابن عمر وابن الزبير يدعوان ويديران بالراحتين على الوجه

      Ertinya: “ Ibrahim bin Munzir menceritakan kpd kami bhw Mohd Bin Fulaih mengkhabarkan bhw bapanya meriwayatkan drp Abi Nuaim iaitu Wahb yang berkata: Aku melihat Ibn Omar dan Ibn Zubair berdoa dan mengusap muka dengan kedua tapak tangan mereka.”

      # Perlu diketahui bhw periwayatan Mohd Bin Fulaih drp bapanya, Fulaih Bin Sulaiman adalah dibuat hujah/dalil oleh Imam Bukhari dalam kitab Sahih beliau sepertimana yang dinyatakan dlm Muqadimah Fathul Bari, m/s 435 & 442.

      # Juga perlu diketahui bhw salah satu cara mensahihkan sesebuah hadis ialah amalan menyeluruh yang dilakukan oleh Fuqaha yg bertaraf Mujtahid, maka apatah lagi para fuqaha Sahabat spt Ibn Omar dan Ibn zubair di atas?? yg dibuat hujah sebagai sokongan yang kuat.

      Berkata Al-Ustaz Al-Isfirayini: ” Dikenali kesahihan hadis apabila masyhur di sisi ulama hadis tanpa sebarang penafian daripada mereka itu”. Hadis yang diterima oleh ulama secara berterusan maka hadis itu termasuk di dalam hadis makbul sekalipun tidak memenuhi syarat sahih kerana ummah tidak berhimpun dalam perkara kesesatan.”
      (وظيفة الحديث الضعيف : إمام محمد زكى إبراهيم : ص 27-28 )

      Terlebih utama lagi bhw perbuatan menyapu muka slps berdoa adalah perbuatan para salaf, sebaik-baik generasi yg dijadikan contoh tauladan, sebagaimana tersebut melalui sokongan seterusnya.

      2) Tersebut dlm kitab Musanaf Abd Razzak (Kitab Solat), riwayat Ibn Juraij drp Yahya Bin Said AlAnsar ( salah seorang tabien besar dan Qadi Madinah) bhw perbuatan menyapu muka slps berdoa adalah perbuatan para salaf, berbunyi:

      …وذكروا أن من مضى كانوا يدعون ثم يردون أيديهم على وجوههم ليردوا الدعاء والبركة

      Ertinya: “ Para Tabien menyebut bhw mrk yg terdahulu (para sahabat dan tabien) berdoa serta menyapu dgn tangan mrk ke muka supaya mrk mendapat doa dan keberkatan.”

      Selepas Abd Razzak menyebut riwayat di atas, beliau berkata:

      رأيت أنا معمرا يدعو بيديه عند صدره ثم يرد يديه فيمسح وجهه

      Ertinya: “ Aku sendiri melihat Ma’mar (salah seorang tabien besar) berdoa dgn kedua tangannya paras dada kemudian beliau mengembalikan/menggerakkan tangannya dan menyapu mukanya.”

      # Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani telah menjawab segelintir tomahan terhadap Abd Razzak yg merupakan salah seorang di antara perawi-perawi dlm Sahih Bukhari. Beliau menukilkan dlm ‘Muqadimah Fathul Barinya’ drp kenyataan Imam-Imam Muhadisin yg berkeahlian dlm membuat komentar tentang perawi-perawi hadis, sebagai menguatkan hujah bhw Imam Abd Razzak (juga merupakan salah seorang guru Imam Ahmad Bin Hambal) adalah seorang yg kuat dipercayai. Kritikan terhadap Imam Abd Razzak itu tidak diendahkan dan ternyata meleset, seperti kata Al-Hafiz Ibn Hajar dlm kitabnya tersebut (Fasal ke 7 : pada halaman nama2 mrk (perawi2 dlm kitab Bukhari ) yg ditohmahkan…m/s 419) berbunyi:

      وعبد الرزاق بن همام بن نافع الحميري الصنعاني أحد الحفاظ الأثبات صاحب التصانيف وثقه الأئمة كلهم الا العباس بن عبد العظيم العنبري وحده فتكلم بكلام أفرط فيه ولم يوافقه أحد

      Ertinya: “Abd Razzak Bin Hammam Bin Nafi’ AlHimyari Assan’aani adalah salah seorang drp Imam-Imam bertaraf Hafiz yg teguh dlm ilmu hadis. Beliau mempunyai kitab-kitab karangannya. Keseluruhan Imam-Imam Muhhadisin menyatakan bhw beliau adalah dipercayai kecuali Abbas Bin Abd Azim seorang sahaja yang mempertikainya dengan kalam yg melampau, sedangkan tiada seorang pun (drp kalangan Imam-Imam hadis ) yg bersetuju dgn beliau.”

      3) Hadis Saidina Omar yg diriwayatkan secara mursal oleh Azzuhri (riwayat ini adalah Sahih), berbunyi:

      أخرج عبد الرزاق من حديث ابن شهاب الزهري قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرفع يديه عند صدره في الدعاء ثم يمسح بهما وجهه

      Ertinya: “ Abd Razak mengeluarkan hadis ini drp hadis Ibn Syihab Azzuhri yang berkata: Adalah Rasulullah s.a.w mengangkatkan kedua tangannya setaraf dada ketika berdoa kemudian Baginda menyapu muka dengan kedua tangan tersebut.”

      # Sekali pun hadis ini adalah hadis mursal tetapi ianya boleh dibuat hujah di sisi mazhab Malik, Hambal, Hanafi dan segolongan ulama mujtahid.

      4) Hadis yg dikeluarkan oleh Abu Daud (Bab Doa) drp Qutaibah Bin Said, drp Ibn Lahi‘ah, drp Hafs Bin Hisyam Bin Abi Waqqas, drp Saaib Bin Yazid drp Bapanya:

      أن النبي صلى الله عليه وسلم كان اذا دعا فرفع يديه مسح وجهه بيديه

      Maksudnya: “ Bhw Nabi s.a.w apabila berdoa serta mengangkat kedua tangan nescaya Baginda menyapu muka dgn kedua tangan.”

      # Al-Hafiz Ibn Hajar dlm ‘Tahzibul Tahzib’ jilid 2, m/s 420-421, membuat komentar tentang guru Ibn Lahi ‘ah dlm hadis ini ialah sebenarnya Habban Bin Wasi’ bukannya Hafs Bin Hisyam. Habban Bin Wasi’ tersebut dikatakan oleh Ibn Hibban drp mrk yg dipercayai, sebagaimana tersebut dlm ‘Tahzib’ (2:171).

      # Perawi dlm hadis ini iaitu Ibn Lahi ‘ah merupakan perawi yag Sahih @ Hasan, sila rujuk huraian yg telah lalu pada jawapan bagi bangkangan yg awal terhadap artikel ini.

      Berdasarkan keterangan di atas, ternyatalah melesetnya kenyataan Ibn Taimiyyah, seorang yg penuh kontroversi. Tentang hal-hal hadis, kenyataan yang diberi keutamaan dan penyelidikan yg tepat adalah kenyataan Imam & Syeikul Islam dlm keilmuan hadis iaitu Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani di mana beliau menyatakan perhimpunan hadis-hadis tntg menyapu muka slps berdoa yg pelbagai jalan periwayatannya mencapai taraf Hasan (Lil Ghairihi). Terbuktilah ketaksuban pengikut-pengikut Ibn Taimiyyah spt salah seorang kepala fahaman Wahhabiyah iaitu Syeikh Ustaimin yg berpegang dgn pendapat beliau yg lemah dan meleset tanpa penyelidikan yg jitu. Di manakah dakwaan yg mrk menguar-guarkan supaya berpegang dgn perjalanan golongan Salaf?? , sedangkan perbuatan menyapu muka slps saja berdoa adalah perbuatan yg dilakukan oleh golongon ini, kemudiannya diwarisi zaman-berzaman hingga ke sekarang.

      Berkenaan kenyataan ‘Izzuddin Bin Abd Salam bhw tidak menyapu mukanya selepas doa melainkan orang yg jahil, Al-Allamah Al-Qadi Yahya Bin Mohd AlAryani dlm kitab beliau ‘Hidayatul Mustabshirin’, m/s 119, menegaskan:

      والعمل على هذا عند أهل العلم خلفا عن سلفا اذا عرفت ذلك علمت أن ما أفتى به الشيخ عز الدين بن عبد السلام أنه لا يفعل ذلك الا جاهل محمول على أنه لم يطلع على هذه الأحاديث

      Ertinya: “ Beramal di atas perbuatan ini (menyapu muka slps berdoa) di sisi Ahli Ilmu Khalaf ( para ulama yg hidup di zaman yg lebih dari 3 kurun slps Nabi) yg mewarisi drp Salaf ( para ulama yg hidup dlm 3 kurun slps Nabi). Apabila engkau telah mengerti demikian itu, maka engkau tahu bhw apa yg telah difatwa oleh Syeikh Izzuddin Bin Abd Salam bhw tidak dilakukan demikian (perbuatan menyapu muka slps berdoa) melainkan sijahil, adalah boleh diandaikan (fatwa Syeikh Izzuddin tersebut) bhw beliau tidak pernah memerhatikan kpd hadis-hadis ini (hadis tntng menyapu muka slps berdoa).
      Wallahu’aalam……

  19. toriquljannah

    salam,barakallah ya ustaz..ana nak mntak izin copy ilmu allah ni dalam blog ana.

    • khairuummah77

      silakan, kekalkan keaslian artikel tersebut dan hanya untuk tujuan ikhlas sebaran umum keilmuan sahaja.

  20. alfkir jahil

    apakah itu cerita israiliyyat?
    apakah hukum kita meyebarkan cerita itu.?

    dan benarkah cerita israiliyyat ini tersebar di dalam masyarakat islam bermula dari seorang sahabat nabi yang sebelumnya dia adalah seorang rahib yahudi,yang bernama Abdullah bin Salam,dan cerita israiliyyat ini di teruskan oleh setaengah tabien diantara yang termasyhur cerita daripada kaabul akhbar.?

    jika ada marjuk dalil,
    harap datangkan…!

    • ustz din langgar

      Cerita israiliyyat adalah cerita yg diambil drp cerita@pengkhabaran drp agama Yahudi yg silam. Hukum meriwayatkan cerita tersebut adalah diharuskan kecuali cerita@khabaran yg menyalahi dgn dasar2 aqidah kita. keharusan itu dgn makna bhw Kita tidak boleh membenarkan cerita2 tersebut yg dinukilkan dan tidak juga boleh mendustakannya.
      Hadis Abi Hurairah yg diriwayatkan oleh Ahmad&Abi Daud, bermaksud: ” Ceritakanlah kamu cerita-cerita yg diambil drp Bani Israil dan tiada sebarang dosa (terhadap demikian).” Hadis Bukhari, brmaksud: ” Sampaikan lah drpku walaupun satu ayat, ceritakan lah kamu cerita2 yg diambil drp Bani Israil…”
      Hadis yg bermaksud: ” Apabila Ahli Kitab menceritakan kpd kamu, maka janganlah kamu membenarkan mrk dan jangan pula mendustakan mrk.” wallahuaklam..

  21. terima kasih munaqasyah ilmiah yang bermanfaat khususnya drpd ibnfaridah dan ust din. kepada mereka yg sekadar mencela anda telah menyanggahi sunnah dan adab dalam fiqh khilaf. akhirnya terpulang kpd pendapat yg rajih masing2

  22. assalammualaikum uztaz….kemuskilan saya ialah tentang solat jamak berjemaah. untuk solat zuhor dan asar bacaannya kuat ke uztaz atau seperti biasa spt kita lakukan solat farhu zohor dan asar…begitu juga dgn solat jamak magrib dan isyak

  23. Hmm it looks like your site ate my first comment (it was super long) so I guess I’ll just sum it up what I had written and say, I’m thoroughly enjoying your blog.

    I as well am an aspiring blog writer but I’m still new to the whole thing. Do you have any points for inexperienced blog writers? I’d really appreciate it.

  24. ya saya sepakat dg hal ini,setelah saya amati berdo’a s ecara berjam’ah memiliki nilai positif dari pada berdo’a sendirian…..sebab apabila do’a secara berjama’ah ,jama’h pun bisa untuk saling kenal dg salam2man sesama jama’ah,sementara do’a sendirian terkadang baru imam mengucapkan salam jama’ah sudah pada bubar,tanpa ada zikir atau pun do’a yg diucapkan,memangsih hal demikian tidak salah,tapi alangkah baik nya,kita it berzikir dan berdo’a set elah solat untuk rasa syukur kita kepada yg Maha kuasa.

  25. Apa pendapat ust din klu kita mengadakan solat istikharah secara berjemaah? Solat yg kita buat kerana ada satu kemusykilan kita sendiri tapi mnta dibuat beramai rmai. Di saat berdoa, kenapa kkita perlu berdoa beramai rmai(berjemaah) sdangkan masing masing ada hjat sendri. Dlm Quran, juz 2, m/s 28 pun disebut ttg berdoa.Jawapan ini utk fhaman secara mudah utk mereka yang menguatkan hujah dengan dalil sunnah dan qaul ulama tpi mengikut keinginan hawa nafsu sndiri dan supaya bersesuaian dgn iktikad kita.

    • Solat istikharah diharuskn buat secara berjemaah berdasarkn hadis dimana sahabat mngikuti rasulullah ketika baginda solat malam yg tidak disunatkn berjemaah..Baginda tidak pun melarang, bagaimana pula kita cuba nak menidakknnya..begitu juga doa istikharat beramai-ramai..wallahu’aalam

  26. Alhamdulillah..smoga Allah mrahmatimu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s