INILAH SUATU HIKAYAT

Bermula ini, suatu hikayat * Ceritanya bagus, bersusun ayat,

Di dalamnya faedah, amat berguna * Juga nasihat, sangat bermakna,

Perihal asap, namanya rokok * Asal usulnya, daun pokok,

Kata orang, ini tumbuhan * Tumbuh ia, dikencing Syaitan,

Riwayat ini, sangatnya lemah * Tiada harus, dibuatnya hujah,

Sebenarnya tembakau, ditanam orang * kerananya banyaklah, dihabiskan wang,

Dijual, dibelinya,  dan dihisap * Mengeluar habuk, debu dan asap,

Digelar juga, dengan panggilan * Panggilannya disebut, Kemian Syaitan,

Adapun Syaitan, empunya diri * Tiada menghisapnya, walaupun sekali,

Sungguh daripada api, ia dicipta * Tiada pernah sekali, ia mencuba,

Mudharat rokok, tidaklah sunyi * Ke atas mereka, yang insafkan diri,

Bahayanya teramat, –lah nyata * Sehinga-hinga, menghilangkan nyawa,

Tidaklah dihisap, najis dadah * melainkan rokok, ialah muqaddimah,

Menghisap rokok, dibenci orang * Hatta isteri, yang tersayang,

Badannya berbau, sangat asing * Baunya semacam, jebat kambing,

Perempuan-perempuan, sangatlah benci * Penagih rokok, walaupun suami,

Wahai insan, janganlah disedut * Asap rokok, dan juga cerut,

Kuatkanlah semangat, yang cekal * Agar kesihatanmu, terus kekal,

Nik Mohd Shahrail Bin Nik Ibrahim

Syawal 1428Hijrah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s