ROH ISRAK MIKRAJ

Tibanya malam 27 rejab

Malam yang penuh berkat

Cuacanya tenang

Suasana hening

Sunyi sepi

Di dalam pondok usang

Aku bersendirian

Mentelaah kitab Kifayatul Muhtaj

Yang mengungkap perihal Israk Mikraj

Helaian demi helaian ku tatap

Lembaran demi lembaran ku singkap

Ku teliti, ku fahami, ku mengerti

Oh! Israk Mikraj

Kisah yang luhur

Kejadian yang unggul

Penuh dengan rahsia-rahsia keajaiban

Tidak terlintas oleh akal fikiran

Seribu satu pengajaran di dalamnya

Bagi mereka yang menyakini kebenarannya

Peristiwa yang membuktikan keesaan dan ketuhanan

Sejarah yang membenarkan kenabian dan kerasulan

Dalam demikian

Ada yang mendustakannya

Meredhakan kebatilan

Memusuhi kebenaran

Di kalangan umat ini

Zaman berzaman hingga kehari ini

Sesama Islam menjadi lawan

Yahudi dan Nashara jadi teman

Bermain-main di dalam kesesatan

Tetapi apakan dayaku

Kedhaifan dan kejahilan mengelilingku

Ya Allah! KepadaMu ku munajat

kepangkuanMu, kedua belah tanganku angkat

tampalkanlah kekurangan dan kelemahanku

Supaya dapat aku membela AgamaMu

Tiba-tiba

Satu semangat menerjah ke dalam jantungku

Menusuk ke dalam sanubariku

Menjalar keseluruh anggotaku

Aku melompat bangun

Dari kelemahan kepada kekuatan

Dari kejahilan kepada keilmuan

Dari ketakutan kepada keberanian

Bagai pahlawan di medan perang

Digeruni kawan mahupun lawan

Aku berseru dengan berani

Ya Rasulullah!

Akanku sembam ke tanah

Segala muka yang menentangmu

Akanku jerut leher-leher mereka yang memusuhimu

Akanku pancung mereka dengan pedang-pedang kebenaranmu

Nasib umatmu akanku bela

Kegelapan mereka akanku terangi

Kemulian mereka akanku kembali

Restukanlah perjuangan ini

Aku pun melangkah ke depan

Dan terus melangkah

Tidak akanku berundur lagi……

Nik Mohd Shahrail Bin Nik Ibrahim

Rejab 1426 Hijrah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s