Monthly Archives: November 2009

PELAYAR ISLAM DAHULUI COLUMBUS TEMUI DUNIA BARU

Pelbagai bukti menunjukkan bahawa orang Islam dari Sepanyol dan Afrika Barat tiba di Amerika sekurang-kurangnya 500 tahun sebelum kedatangan Cristopher Columbus ke benua itu.

Sejarah mencatatkan bahawa, sebagai contoh, pada pertengahan abad kesepuluh Masehi, semasa pemerintahan Khalifah Ummayah, Abd Rahman III (929-961M), orang Islam berketurunan Afrika berlayar ke arah barat dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol untuk merentasi ‘lautan gelap dan kabus’.

Mereka kembali ke Sepanyol setelah mengembara untuk tempoh yang lama bersama-sama pelbagai khazanah dari ‘dunia yang pelik dan luar biasa’.

Juga terbukti, orang dari keturunan Islam telah menyertai Columbus dan pelbagai pelayar Sepanyol selepas beliau ke Dunia Baru.

Kubu terakhir umat Islam di Sepanyol, Granada, jatuh ke tangan tentera Kristian pada 1492 tidak lama sebelum Pasitan Sepanyol (Spanish Inquisition) bermula. Bagi menyelamatkan diri dari kekejaman yang berlaku, ramai orang bukan Kristian bertindak melarikan diri atau berpura-pura memeluk agama Kristian Katolik.

Terdapat sekurang-kurangnya dua dokumen yang mengisyaratkan kehadiran orang Islam Sepanyol di Amerika sebelum tahun 1550, walaupun sebuah dikri telah dikeluarkan pada 1539 oleh raja Sepanyol ketika itu, Charles V, yang melarang keturunan orang Islam yang dibakar ketika Pasitan sebelum itu daripada berhirah ke Hindia Barat.

Dikri ini telah disahkan pada 1543 dan arahan dikeluarkan bagi menghalau orang Islam dari semua wilayah milik Sepanyol di luar Negara.

Dokumen sejarah

            Sejarawan dan ahli geografi Muslim, Abul Hassan Al-Hussain Al-Masudi (871-957) menulis dalam bukunya Muruj adh-dhahab wa maadin aljawhar (Padang Emas dan Kuari Permata) bahawa ketika pemerintahan khalifah Abdullah ibn Mohammad (888-912) di Sepanyol, pelayar Muslim, Khaskhash Ibn Saeed ibd Aswad dari Kurtubah (Cordova) telah berlayar dari Delba (Palos) pada 889, menyeberangi Lautan Atlantik ke wilayah yang tidak diketahui (ard majhula) dan kembali bersama pelbagai harta yang menakjubkan.

            Pada sebuah peta dunia yang dihasilkan oleh Al-Masudi, terdapat sebuah kawasan yang luas di lautan ‘gelap dan kabus’ yang dinamakan olehnya sebagai ‘wilayah yang tidak diketahui’ (Amerika).

            Dalam pada itu, sejarawan Abu Bakar ibn Umar Al-Gutiyya menulis bahawa semasa pemerintahan Khalifah Hisham II (976-1009) di Sepanyol, seorang pelayar Muslim, Ibn Farrukh, dari Granada, telah belayar dari Kadesh (Februari 999) merentasi lautan Atlantik dan tiba di Gando (Pulau Canary Besar) untuk menziarahi Raja Guanariga.

            Selepas itu, beliau meneruskan pelayarannya ke arah barat dan menamakan dua buah pulau yang ditemuinya dengan nama Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.

            Sejarah juga menunjukkan bahawa Columbus memulakan pelayarannya dari Palos (Delba) menuju Gomero (Pulau Canary) – ‘gomera’ adalah perkataan Arab yang bermakna ‘api kecil’.

            Di sana, beliau jatuh cinta dengan Beatriz Bobadilla, anak perempuan ketua pulau tersebut (nama keluarga Bobadilla berasal daripada nama Islam, Abou Abdilla).

            Nama keluarga atau puak Bobadilla ini sebenarnya tidak mudah diketepikan dalam catatan sejarah Columbus.

            Seorang lagi Bobadilla (Francisco), sebagai pesuruhjaya diraja, telah menahan dan membelenggu Columbus dengan rantai dan memindahkannya dari Santo Diminigo untuk dihantar balik ke Sepanyol pada November 1500. Keluarga Bobadilla mempunyai hubungan darah dengan dinasti Abbadid di Serville (1031-1091).

            Pada 12 Oktober 1492, Columbus mendarat di sebuah pulau kecil di Bahama yang dikenali sebagai Guanahani oleh penduduk tempatan. Ia dinamakan San Salvador oleh Columbus.

            Perkataan ‘guanahani’ berasal daripada bahasa Mandika dan Arab. ‘Guana’ (ikhwana) bermakna ‘adik-beradik’ atau ‘saudara’, sementara ‘hani’ adalah nama Arab. Justeru nama asal pulau terebut bermakna ‘adik-beradik Hani’.

            Anak Cristopher Columbus, Ferdinand, menulis mengenai orang berkulit hitam yang ditemui bapanya di Honduras, “…manusia yang tinggal di sebelah timur Pointe Cavinas sehingga ke Cape Gracios a Dios, hitam legam kulitnya…”

            Pada waktu yang sama, di kawasan yang dimaksudkan Ferdinand itu, terdapat satu puak tempatan orang Islam yang dikenali sebagai puak Almamy.

            Dalam bahasa Mandika dan Arab, perkataan ‘almami’ membawa maksud ‘al-imam’ atau ‘al-imamu’ – imam solat atau, dalam kes tertentu, bermaksud ketua masyarakat atau anggota kelompok orang Islam Imami.

            Seorang sejarawan dan ahli bahasa Amerika yang terkenal, Leo Weiner dari Universiti Harvard, dalam bukunya Africa and The Discovery of America (1920) menulis bahawa Columbus amat menyedari akan kehadiran orang Mandika di Dunia Baru.

            Beliau juga menyedari bahawa orang Islam dari Afrika Barat telah lama berkembang di pulau-pulau Carribean, wilayah-wilayah Tengah, Selatan dan Utara Amerika, termasuk di Kanada.

            Mereka berdagang dan berkahwin dengan penduduk tempatan daripada puak Iroquois dan Algonquin.

Penjelajahan geografi

            Ahli geografi dan kartografi Muslim yang terkenal, Al-Sharif Al-Idrisi (1099-1166) menulis dalam bukunya Nuzhat al-mushtaq fi ikhtiraq al-afaq (Perjalanan seorang perindu merentasi ufuk) bahawa sekumpulan pelayar dari Afrika Utara belayar merentasi ‘lautan gelap dan berkabus’ (Lautan Atlantik) dari Lisbon (Portugal) untuk mengetahui apakah yang berada di dalamnya dan sejauh manakah hadnya.

            “…Mereka akhirnya tiba di sebuah pulau yang berpenghuni dan tanam-tanaman… pada hari keempat. Seorang penterjemah bercakap dengan mereka dalam bahasa Arab,” tulis beliau.

            Selain itu, buku-buku rujukan Islam menyebut tentang sebuah catatan yang lengkap tentang pelayaran merentasi lautan gelap dan berkabus oleh Shaikh Zayn Eddine Ali Ben Fadhel Al-Mazandarani.

            Pelayaran beliau bermula dari Tarfaya (Selatan Magribi) semasa pemerintahan sultan keenam Dinasti Mariniyyah, Sultan Abu Yacoub Sidi Youssef (1286-1307), ke Pulau Hijau di Laut Caribbean pada 1291.

            Sejarah juga mencatatkan bahawa Sultan Mansu Kankan Musa (1312-1337), raja Mandika empayar Islam Mali di Afrika Barat yang paling terkenal, dalam perjalannya mengerakan haji pada 1324, memaklumkan kepada para ulama di istana Mamluk Bahri (Sultan An-Nasir Nasir Edin Muhammad III (1309-1340) di Kaherah, bahawa abang beliau, Sultan Abu Bakar I (1285-1312) telah membuat dua pelayaran merentasi Lautan Atlantik. Apabila beliau tidak kembali dari pelayaran keduanya pada 1311, Mansa Musa menjadi sultan empayar tersebut.

            Columbus dan pelayar awal Sepanyol serta Portugal berupaya mengembara merentasi Atlantik (jarak:2400 km) ekoran kewujudan maklumat geografi dan navigasi orang Islam, terutamanya peta yang dihasilkan oleh pedagang-pendakwah Islam, terasuk Al-Masudi (871-957) yang terkandung dalam bukunya Akhbar az-zaman (Sejarah Dunia). Buku ini mencatatkan pengalaman beliau di Afrika dan Asia.

            Malah, sejarah mencatatkan bahawa dua orang kapten Columbus dalam pelayaran pertama beliau merentasi Atlantik berketurunan Islam –  Martin Alonso Pinzon mengemudi kapal Pinta, sementara adiknya, Vicente Yenez Pinzon, mengemudi kapal Nina.

            Mereka merupakan pakar kapal dan pelayar kaya yang membantu mempersiap ekspedisi Columbus serta kapal Santa Maria atas sebab-sebab perdagangan serta politik. Keluarga Pinzon mempunyai hubungan darah dengan Abuzayan Muhammad III (1362-1366), sultan bagi dinasti Mariniyyah, Magribi.

Inskripsi berbahasa Arab

            Ahli-ahli antropologi telah membuktikan bahawa puak Mandika di bawah arahan Mansa Musa, telah menjelajahi banyak bahagian di Utara Amerika melalui sungai Missisippi dan sungai-sungai yang lain. Di Four Cornes, Arizona misalnya, terdapat tulisan yang menunjukkan bahawa mereka telah membawa gajah dari Afrika ke kawasan ini. Selain itu, Columbus sendiri dalam catatannya mengakui bahawa pada hari Isnin, 21 Oktober 1942, sewaktu kapal beliau belayar berhampiran Gibara di pantai timur laut Cuba, beliau ternampak sebuah masjid di puncak sebuah gunung yang cantik. Puing-puing masjid dan menara dengan pelbagai inskripsi berbahasa Arab telah di temui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada.

            Dari sudut bahasa pula terdapat 564 nama kampung, Bandar, gunung, tasik, sungai dan sebagainya di Amerika (484) dan Kanada (81) yang berasal daripada akar Islam dan bahasa Arab. Tempat-tempat ini pada asalnya merupakan nama yang diberikan oleh penduduk tempatan lama sebelum ketibaan Columbus.

            Sebahagian daripada nama-nama ini membawa makna yang suci dalam tradisi Islam, misalnya Mecca (Indiana), Puak Indian Makkah (Washington), Medina (Idaho), Medina (New York), Medina, Hanzen (Dakota Utara), Medina (Ohio), Medina (Tennessee), Medina (Texas), Medina (Ontario), Mahomet (Illinois), Mona (Utah) dan Arva (Ontario).

            Sehubungan itu, kajian teliti terhadap nama puak-puak Indian mendedahkan bahawa banyak daripada nama tersebut berasal daripada akar budaya Islam dan bahasa Arab, antaranya Anasazi, Apache, Arawak, Arikana, Chavin, Cherokee, Cree, Hohokam, Hupa, Hupi, Makkah, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu dan Zuni. (www.jannah.org).

Oleh Dr Youssef Mroueh. (Sedutan daripada Fikrah Harakah, Rencana m/s 10, 5-20 Safar 1426H/16-31 Mac 2005. Ditaip oleh Zul Azrai.

Advertisements

Rupa-rupanya suku Cherokee beragama Islam

Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribia) adalah pengikut Nabi Muhammad. Dia faham bahawa orang-orang Islam telah berada di sana terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika.

Di dalam sejarah tidak pernah disebut dan hanya di kalangan akademik yang terlibat dengan sejarah mengetahui bahawa suku Indian Cherokee majoritinya beragama Islam.

          Untuk mendapat bukti perkara itu memang benar, kalau ada kesempatan berkunjunglah ke Library of Congress silakan minta untuk ditunjukkan arkib perjanjian antara pemerintah AS dan Red Indian suku Cherokee pada tahun 1787.

          Di situ akan dapat dilihat tanda tangan kepala suku Cherokee ketika itu dengan nama Abdel-Khak dan Muhammad Ibn Abdullah.

          Semangat orang Islam dan Cina ketika itu untuk mencari jalur perdagangan baru dan tentu memperluas dakwah Islam mendorong beberapa pendakwah cekal untuk melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam peta-peta ketika itu.

          Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim al-Masudi (871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad seorang pelaut Muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masehi.

          Dalam bukunya, ‘Muruj Adh-Dhahab wa Maadin al-Jawhar’ (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), al-Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik, hingga tiba di wilayah yang belum dikenali.

Tempat itu disebutnya Ard Majhoola, dan kemudian kembali dengan membawa berbagai harta yang menakjubkan.

          Sesudah itu banyak pelayaran yang dilakukan mengunjungi daratan di seberang Lautan Atlantik, yang gelap dan berkabut itu. Al Masudi juga menulis buku Akhbar Az Zaman yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedangang ke Afrika dan Asia.

          Pelayaran melintasi Lautan Atlantik dari Morocco dicatat juga oleh penjelajah laut Shaikh Zayneddin Ali bin Fadhel al-Mazandarani. Kapalnya berlepas dari Tarfay di Morocco pada zaman Sultan Abu Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid.

          Kapalnya mendarat di Pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh ilmuwan Islam.

          Sultan yang tercatat berlayar hingga ke benua baru ketika itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285-1312), saudara dari Sultan Mansa Kankan Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintas Lautan Atlantik hingga ke Amerika dan bahkan menyusuri Sungai Mississippi.

          Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississipi antara tahun 1309-1312.

          Para pedagang ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika diabadikan dalam peta berwarna Piri Re’isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Salim I, pada tahun 1517.

          Peta ini menunjukkan bumi bahagian barat, Amerika Selatan dan bahkan benua Antartika, dengan penggambaran pesisiran Brazil.

          Suku Cherokee tentulah tidak lepas dari Sequoyah. Seorang asli suku Cherokee yang menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah semacam aksara (huruf) barangkali, bila kita mengenalnya dengn abjad A sampai Z maka suku Cherokee memiliki cara sendiri untuk aksaranya.

          Yang membuatnya sangat luar biasa adalah aksara yang ditemui semula oleh Sequoyah mirip sekali dengan aksara Arab. Beberapa tulisan Cherokee abad ke-7 yang ditemui terpahat pada batu-batu di Nevada bahkan menyerupai dengan tulisan “Muhammad” dalam bahasa Arab.

          Bukti lainnya adalah, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribia) adalah pengikut Nabi Muhammad. Dia faham bahawa orang-orang Islam telah berada di sana terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika.

          Mereka mendiami Caribia, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berdagang dan bahkan menikah dengan orang tempatan.

          Lebih lanjut Columbus mengakui pada 21 Oktober 1942 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba melihat sebuah masjid (berdiri di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sampai ketika ini bekas runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada.

          Dan mengapa hanya Columbus sahaja yang sampai sekarang dianggap sebagai penemu benua Amerika?

          Ketika terjadi pengusiran kaum Yahudi dari Sepanyol sebanyak 300,000 orang Yahudi oleh Raja Ferdinand yang Kristian, kemudian orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita ‘penemuan benua Amerika’ dikirim pertama kali oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya orang Yahudi di Sepanyol.

          Pelayaran Columbus ini nampaknya diperlukan untuk menciptakan lagenda sesuai dengan ‘wasiat’ Yahudi yang memberi dana. Kisah selanjutnya kita tahu bahawa media massa dikuasai oleh orang-orang Yahudi yang bahkan dibenci oleh orang-orang seperti Henry Ford si raja motokar Amerika itu.

          Maka tampak ada ketidakjujuran dalam menuliskan fakta sejarah tentang penemuan Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang Eropah menjejakkan kaki ke benua Amerika –  Sabili

Sedutan daripada SIASAH, m/s 36 (Dalam Negeri), 15-21 Feb 2009/19-25 Safar 1430. Ditaip oleh Zul Azrai.

Sajak apa nak jadi

Apa nak jadi  1 

Tahukah anda

Sesungguhnya

Makhluk bernama TV

Sangatlah jahat lagi keji

Sedarkah anda

Dek sialnya itu

Habis sesat anak dan cucu

Lembaga hanya berbentuk kotak

Walaupun tidak berotak

Sebenarnnya mahkluk perosak

Angkaranya, sampai sekarang tidak boleh ditolak

Besar kecil

Tua muda

Jantan dan betina

Syok menontonnya

Sambil bergelak ketawa

Tidak kira miskin atau kaya

Semua memilikinya

Walaupun jakun di rimba

Setiap peringkat

Segenap lapisan masyarakat

Semuanya menjadi peminat

Benda yang tidak bernyawa

Tapi pandai menipu daya

Apa nak jadi

Manusia hari ini

Pelajaran  sampai ‘U’

Tapi berotak kayu

Lihatlah ayam itik, lembu ,kerbau dan kambing biri-biri

Walaupun tidak terurus diri

Seekor pun tidak menonton TV

Buatlah mereka sebagai tauladan

Jadikanlah kaki TV sebagai sempadan

Contohi perkara yang baik-baik

Walaupun daripada ayam dan itik

Akal dan ugama jadikan pengukur

Jangan kerana nafsu kita tersungkur

Jauhi hiburan tidak bersopan

Agar kita tidak sesal kemudian.

Apa nak jadi 2

Ekstrim

Tuduhan yang dilemparkan

Terhadapku mereka tohmahkan

Hanya kerana sebuah puisi

Yang mendedahkan aib TV

Sabar dulu jangan melulu

Fikir dahulu sebelum terburu-buru

Dalam himpunan fatwa ada termuat

Halaman 182 ianya tersurat

Apa jua yang melanggar syariat

Menontonnya haram begitulah yang diungkap

Bukanlah fatwa Islam hadhari

Wahai peminat setia TV

Tetapi fatwa mufti serambi Mekah

Yang lepasan daripada Mekah

Wabak TV tersebar merata-rata

Malapetakanya menimpa tidak kira siapa

Yang jahil

Yang berpendidikan ugama

Semuanya sama sahaja

Wahai empunya mata hati

Kerosakannya nyata di sana sini

Tepuklah dada tanyalah diri

Tiada seorang yang akan mengengkari

Tidaklah di mentadarah filem lucah

Melainkan TV adalah mukadimah

Kejahatan yang membawa padah

Tersiar di setiap negeri dan daerah

Bukanlah daku menokok tambah

Tetapi realiti yang tidak dapat diubah

Lihatlah

Anak bangsa kita hari ini

Apa dah jadi

Semuanya sudah terjadi.

Nik Mohd Shahrail bin Nik Ibrahim

Rabu 25 Syawal 1430 / 14 Oktober 2009

(10.28 mlm)