Sajak apa nak jadi

Apa nak jadi  1 

Tahukah anda

Sesungguhnya

Makhluk bernama TV

Sangatlah jahat lagi keji

Sedarkah anda

Dek sialnya itu

Habis sesat anak dan cucu

Lembaga hanya berbentuk kotak

Walaupun tidak berotak

Sebenarnnya mahkluk perosak

Angkaranya, sampai sekarang tidak boleh ditolak

Besar kecil

Tua muda

Jantan dan betina

Syok menontonnya

Sambil bergelak ketawa

Tidak kira miskin atau kaya

Semua memilikinya

Walaupun jakun di rimba

Setiap peringkat

Segenap lapisan masyarakat

Semuanya menjadi peminat

Benda yang tidak bernyawa

Tapi pandai menipu daya

Apa nak jadi

Manusia hari ini

Pelajaran  sampai ‘U’

Tapi berotak kayu

Lihatlah ayam itik, lembu ,kerbau dan kambing biri-biri

Walaupun tidak terurus diri

Seekor pun tidak menonton TV

Buatlah mereka sebagai tauladan

Jadikanlah kaki TV sebagai sempadan

Contohi perkara yang baik-baik

Walaupun daripada ayam dan itik

Akal dan ugama jadikan pengukur

Jangan kerana nafsu kita tersungkur

Jauhi hiburan tidak bersopan

Agar kita tidak sesal kemudian.

Apa nak jadi 2

Ekstrim

Tuduhan yang dilemparkan

Terhadapku mereka tohmahkan

Hanya kerana sebuah puisi

Yang mendedahkan aib TV

Sabar dulu jangan melulu

Fikir dahulu sebelum terburu-buru

Dalam himpunan fatwa ada termuat

Halaman 182 ianya tersurat

Apa jua yang melanggar syariat

Menontonnya haram begitulah yang diungkap

Bukanlah fatwa Islam hadhari

Wahai peminat setia TV

Tetapi fatwa mufti serambi Mekah

Yang lepasan daripada Mekah

Wabak TV tersebar merata-rata

Malapetakanya menimpa tidak kira siapa

Yang jahil

Yang berpendidikan ugama

Semuanya sama sahaja

Wahai empunya mata hati

Kerosakannya nyata di sana sini

Tepuklah dada tanyalah diri

Tiada seorang yang akan mengengkari

Tidaklah di mentadarah filem lucah

Melainkan TV adalah mukadimah

Kejahatan yang membawa padah

Tersiar di setiap negeri dan daerah

Bukanlah daku menokok tambah

Tetapi realiti yang tidak dapat diubah

Lihatlah

Anak bangsa kita hari ini

Apa dah jadi

Semuanya sudah terjadi.

Nik Mohd Shahrail bin Nik Ibrahim

Rabu 25 Syawal 1430 / 14 Oktober 2009

(10.28 mlm)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s