MAKLUMAN KEPADA MUSLIMIN/MUSLIMAT

PEMBINAAN MADRASAH KHAIRU UMMAH TELAH DIMULAKAN PADA TARIKH 10 OKTOBER 2010 BERSAMAAN 2 ZULQA’DAH 1431

INSYAALLAH PADA TAHUN 2013 ADALAH DIHARAPKAN AKAN TERBINANYA KOMPLEKS MADRASAH KHAIRU UMMAH HASIL DARI SEGALA PENGORBANAN DAN SUMBANGAN SEMUA MUSLIMIN/MUSLIMAT YANG TELAH SANGGUP MEMANFAATKAN SEBAHAGIAN DARI HARTA ANUGERAH ALLAH SWT KEPADA MEREKA KE JALAN YANG DIREDHAINYA. SUMBANGAN DARI SEMUA PIHAK AMAT DIPERLUKAN UNTUK MEREALISASIKAN HASRAT MURNI INI.

Firman Allah swt :Sesiapa yang mengerjakan amal salih maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.(Fussilat:46)

 

INFO TERKINI PEMBINAAN MADRASAH KHAIRU UMMAH (KU):

Pada 10 Oktober 2010 (Ahad), projek pembinaan pertama telah dimulakan iaitu membina Rumah Wakaf bagi Tuan-Tuan Guru (Gambar plan pembinaan seperti di bawah) di dalam tanah wakaf Madrasah. Kos Pembinaan untuk satu unit rumah ini adalah RM 103,680.00 x 4 unit keseluruhannya=RM414,720.00. Justeru itu, kami memohon sumbangan dari muslimin dan muslimat untuk menjayakan pembinaan rumah-rumah ini dan bangunan-bagunan lain agar matlamat untuk menghidupkan suasana keilmuan terserlah dengan kehadiran ustaz-ustaz bagi memulakan sesi perkongsian ilmu di tapak Madrasah Khairu Ummah.

Maka, kami berharap muslimin dan muslimat dapat menjadi Rakan penyumbang kepada KU. Kami AJK pembangunan Madrasah Khairu Ummah ingin membuka peluang untuk anda membuat KEBAJIKAN BERPANJANGAN YAKNI HANYA RM 1.00 KAMI POHON UNTUK SETIAP MUSLIMIN/MUSLIMAT AGAR KAMI MENGUMPUL SEHINGGA RM 1 JUTA SEANDAINYA SEBANYAK SEJUTA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG MENYUMBANG TETAP. MATLAMAT KAMI ADALAH UNTUK MEMPASTIKAN KUTIPAN MINIMA SEBANYAK RM 1 ATAU LEBIH AKAN MENGHASILKAN
1,000,000 ORANG × RM 1
= RM 1,000,000.00
TERCAPAI AGAR PROSES PEMBINAAN RUMAH GURU DAPAT DISIAPKAN DAN BERJALAN SECARA BERTERUSAN OLEH SYARIKAT PEMBINAAN TERLIBAT DENGAN KOS YANG LEBIH MENJIMATKAN.

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal salih yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang menjadi harapan”.(AL-KAhfi:46)

Bayangkan keuntungan pelaburan akhirat anda apabila dengan sumbangan anda tersebut, maka ISLAM insyaALLAH akan terus subur dengan ramainya alim ulama yang akan diprodukkan nanti. Ingatlah, Di akhir zaman ini, sedekah yang paling utama adalah kepada suatu institusi pngajian yang boleh melahirkn pewaris-pewaris para anbia’ iaitu ulama.Ini kerana matinya ISLAM kerana matinya para ulama’ yang mewarisi tugas para nabi.Manakala jika matinya seseorg miskin disebabkn kebuluran hanyalah matinya sseorg individu muslim sahaja.

SATU UNIT RM 103,680 X 4 = RM RM414,720.00

PLAN SEUNIT RUMAH TUAN GURU

PLAN KESELURUHAN

JUMLAH KESELURUHAN=RM11,690,284.00

InsyaALLAH kami ada wawasan dan kepakaran manakala anda pula ada sumber kewangan,maka inilah peluang untuk kita bekerjasama dalam menjalankan perkerjaan akhirat yang amat dituntut oleh agama kita untuk manfaat bersama.InsyaALLAH kesibukan seharian kita dgn kerja menjana harta sambil berbakti kepada negara boleh kita manfaatkan bersama dengan bergabung peluang dgn usaha kami yg mulia ini iaitu kerja menyebarkan ilmu agama ke dada remaja dan meneguhkan agama agar mereka menjadi pembela agama semasa kita semua sudah tiada lagi di dunia yang fana dan serba sementara ini.

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbukan tujuh bulir; pada tiap-tiap bulir; seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunianya) lagi Maha mengatahui.(Al Baqarah : Ayat 261)

Sememangnya anda seorang yang bertuah kerana dipilih oleh Allah swt untuk menyumbang ke Jalan-NYA.

Maka, KHAIRU UMMAH memerlukan sumbangan pembinaan madrasah, Segala sumbangan hendaklah disalurkan melalui :
• Bank Muamalat Malaysia Berhad No akaun : 0302-0000656-71-8 dan
• Maybank Islamic Berhad No akaun: 55310 4411 805
di bawah nama:-PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN

One response to “MAKLUMAN KEPADA MUSLIMIN/MUSLIMAT

  1. INSYAALLAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s