KURSUS INTENSIF TALAQQI KITAB 2011

KURSUS INTENSIF TALAQQI KITAB 2011 

TARIKH: 19 Mei – 2 Jun 2011 

ANJURAN : Pertubuhan Khairu Ummah

 DENGAN KERJASAMA

Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah Pondok Pasir Tumboh

Kelantan  

 

 

PENGENALAN

Satu kursus pengajian ilmu agama secara intensif berkonsepkan talaqqi (belajar secara bersemuka dengan guru) kitab ulama dahulu dengan gabungan aspek ilmu tauhid, feqah, dan tasauf yang dihimpunkan di dalam sebuah kitab berdasarkan sumber yang digali dari Al-Quran dan Al-Hadis sebagai memenuhi keperluan asas mahasiswa yang sibuk untuk belajar  dalam masa yang panjang

OBJEKTIF :

·         Mendedahkan kepada Mahasiswa teknik menuntut ilmu agama yang berkesan sehingga mampu untuk menguasainya dalam masa yang singkat.

·          Sebagai satu momentum yang penting untuk menaikkan semangat motivasi dalam beramal ibadat.

·          Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab yang mewarisi sistem warisan ilmu Rasulullah SAW.

·         Memberi pendedahan mahasiswa tentang sistem pendidikan di Pondok yang telah banyak melahirkan golongan ulama-ulama silam yang masyhur dengan kealiman mereka.

·         Menjalinkan hubungan antara Mahasiswa dengan pihak Madrasah Pengajian Pondok, terutama dengan pihak Pertubuhan Khairu Ummah. Hubungan sedemikian dapat berkerjasama untuk memartabatkan Agama Islam yang kita anuti.

KENAPA ANDA PERLU MENGHADIRI KURSUS INI DAN APAKAH FAEDAHNYA????? 

  1. Menuntut ilmu agama itu adalah fardhu ain. Wajib bagi kamu untuk mempelajari dan mengetahuinya
  •  Ilmu tasawuf itu ibarat mutiara di lautan. Ilmu feqah pula ibarat sebuah kapal. Ilmu usuluddin itu d umpamakan lautan. Kamu tidak mampu memiliki mutiara andaikata tidak menemui lautnya dan tidak memiliki kapal. Jikapun kamu menemui laut, jalan untuk memiliki mutiara adalah sangat sukar dan mustahil tanpa kapal sebagai pandu arah dalam pencarian kedudukan mutiara. Jikapun kamu memiliki kapal dan laut, tanpa mutiara itu umpama hidup yang tiada arahtujuan.
  1. Amalan ibadat tidak akan diterima jika iktikad tersasar dari aqidah ahli sunnah wal jamaah.  
  • Agama itu sebagai sepohon pokok, maka tunjang akar dan batang pokok adalah iqtiqad atau kepercayaan, manakala cabang dahannya adalah ibadahibadah yang lahir. Jika rosak tunjang akar dan batangnya,maka luruh dan rosaklah cabang dahannya. Begitu juga dengan Agama, jika rosak aqidah atau iktiqad seseorang itu, maka tiada berhasillah ibadahibadah yang lahirnya.
  • Sebagaimana Imam Ghazali Menjelaskan: “ Bagaimana mungkin engkau menyembah sesuatu (ALLAH) yang engkau tidak megenalinya dengan nama-namanya, sifat-sifatnya, sifat yang wajib baginya dan sifat yang mustahil untuk disifatkan terhadapnya. Terkadang engkau mengiktikad pada zatnya dan sifatnya (nauuzubillah), perkara yang yang menyalahi dengan kebenaran, maka jadilah ibadah engkau habuk yang berterbangan.” (Kitab Minhajul Abidin : Aqabah Ula- Aqabah Ilmi)
  1. Setiap amalan tanpa ilmu adalah amalan yang tertolak & tidak diterima serta sia-sia
  • Sabda Nabi,maksudnya: “Ini krn sesiapa yg beramal tanpa ilmu, banyaklah dia merosakkan sesuatu yang dia hendak mengelokkannya. Lagi sabdanya: “Ilmu itu imam bagi amalan dan amalan itu mengikutinya.”
  1. Kuasai Ilmu fardhu ain adalah utama berbanding ilmu –ilmu lain atau perkara-perkara ibadat yang lain malah lebih utama daripada berperang fi sabilillah.
  • Pesan Saidina Ali bin Abi Talib : Orang yang berilmu(belajar ilmu agama) lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang berilmu, maka terjadi suatu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain oleh pengantinya (yg berilmu juga).
  • Diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a. katanya : Demi Allah, Aku mengetahui satu bab daripada ilmu tentang suruhan dan larangan adalah terlebih dikasihi olehku daripada 70 peperangan fi sabilillah.
  1. Sebagai seorang pemimpin samada pemimpin terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara amnya wajib bagi kita menguasai ilmu asas agama.
  • Kata Saidina Omar:” Pelajarilah ilmu kefahaman agama sebelum kamu jadi ketua.”
  1. Perjuangan kita sebagai mahasiswa bukan atas dasar semangat semata-mata namun perlulah berjuang atas dasar kefahaman agama. Ini kerana semangat ada turun naiknya namun kefahaman yang jelas akan membawa istiqamah selamanya.

TEMA :

“Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang sejati berpandukan ulama silam yang muktabar menyingkirkan apa yang tidak disepakati”

TENAGA PENGAJAR :

Ustaz-ustaz di Pondok Pasir Tumboh

SASARAN :

Seramai 30 orang Mahasiswa atau sesiapa sahaja yang berminat 

YURAN :

PERKARA

MUSLIMIN

MUSLIMAT

1.    Pendaftaran (Seumur Hidup sekali)

RM 15

RM 16

2.    Penginapan

RM 10

RM 21

3.    Makan (Pagi,Tengahari&Petang)

RM 70

RM 70

JUMLAH

RM 95

RM 107

*Yuran tidak termasuk pengangkutan peserta

*Yuran ini akan lebih murah atau diberi percuma sekiranya ada penajaan. Kami akan maklumkan dari semasa ke semasa  kepada semua peserta yang telah mendaftar tentang yuran yang perlu dibayar. InsyaALLAH.

KITAB PENGAJIAN : Percuma

MODUS OPERANDI :

Program ini diadakan selama 15 hari 14 malam mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunakan Kitab Usuluddin Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah karangan AlAllamah Muhammad Mukhtar Atharid serta kitab Fiqh(bagi Muslimat diberi penekanan tentang haid) dan Tasawwuf.

(Talaqqi kitab/Muzakarah)

AURAD AL-QURAN & AMALAN SEPANJANG KURSUS

  • Solat Fardhu Jamaah
  • Al-Ma’thurat
  • Al-Mulk dan Al-Waqi’ah
  • Solat Dhuha
  • Qiamullail/Solat Tasbih
  • Halaqah malam


KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PROGRAM :

    1)    Alat tulis dan buku nota. 

    2)    Bagi muslimin sila bawa :

·         Kain pelikat.

·         Baju melayu atau jubah.

·         Kopiah dan serban.

    3)    Bagi muslimat sila bawa :

·         Baju kurung warna gelap atau jubah.

·         Tudung labuh.

·         Purdah. 

* Bagi peserta yang tidak mempunyai alatan di atas bolehlah membelinya semasa berada di pondok nanti.
* Sila sediakan dua (2) keping gambar berukuran paspot & sekeping salinan MyKad untuk tujuan pendaftaran.

SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI :

  • Izmer       : 013 – 4425812
  • Yana        : 013 – 9064465
  • Syahla      : 013 – 3182689
  • Azimah     : 014 – 5148539

20 responses to “KURSUS INTENSIF TALAQQI KITAB 2011

  1. Alhamdulillah.
    Nampaknya Program yang sangat bagus ni,
    juga sangat baik jika dapat di adakan setiap bulan atau 6 kali dalam setahun.
    dapat beri peluang bertalaqqi terus bagi mereka yang sibuk berkerja.

    http://1khalifah.wordpress.com

    • Terima kasih..InsyaAllah,apabila siap Madrasah Khairu Ummah nanti, kami akan isikan program keilmuan bagi segenap lapisan masyarakat..doa2kan untuk kami supaya diberikan kemampuan dan keberkatan utk meneruskan usaha ini..kami mengalu2kan kerjasama, perbincangan bersama dan sokongan padu drp kaum muslimin.

  2. assalamualaikum ustaz..boleh bertanya apa nama kitab fekah yg digunakan bg pelajar muslimin?..

  3. asSalamualaikum, boleh nyatakan kitab-kitab yang akan dibaca pada majlis talaqqi pada tahun ini?

    Terima Kasih

    • Wa’alakumussalam..kitab2 sebagaimana di atas,cumanya kitab fiqh masih ddlm perbincangan,InsyaAllah kami akan bagitahu kemudian..

  4. assalamualaikum..ustaz, saya pelajar luar negara..insyaAllah akan sampaik di malaysia 25 mei..sempat lg x sy nk ikut program ni?saya bercadang nk belajar kat pondok paling kurang sebulan..nk isi masa cuti..macam mana nk daftar ustaz?insyaAllah dlm bln 6 sy nk mula belajar

    jazakallahukhair

    • wa’alaikumussalam..insyaAllah mulai belajar 20hb. 19hb tu sesi daftar.InsyaAllah sempat lagi.Tak dpt ikuti semua, ikutilah yg mana kita dapat dan muzakarah yg terlepas..yg pentingnya kita mngambil bahagian dlm pengajian.

    • alhamdulillah…insyaALLAH ustaz boleh tolong aturkan pendaftaran untuk saudara ridzuan jika berminat… itu tiada masalah…insyaALLAH saudara hanya perlu mari mengikuti program Talaqqi 2011 kali ini dan insyaALLAH kita akan bincang semula tentang pendaftaran bulan 6 itu…Ini no talipon Ustaz : 0139723118 dan 0129463992

  5. ustaz..untuk yuran pendaftaran seumur hidup tu..jika dah pernah mendaftar sebelum ini..yuran tu dah tak perlu dibayar kan..tetapi kenapa setiap kali saya ke pondok..saya dikehendaki membayar yuran pendaftaran seumur hidup berkenaan..terima kasih

  6. Berkenaan yuran pendaftaran adalah diurus oleh pihak pentadbiran pondok…yuran memang bayar seumur hidup sekali…jika pernah membayarnya sebelum ini tidak perlu lagi membayarnya…tetapi jika berlaku kes2 seperti saudara sebut tadi mungkin disebabkan oleh masalah teknikal…saudara boleh maklum semula ke pihak pengurusan pondok dan nyatakan yang saudara pernah mendaftar sebelum ini…mungkin pejabat pondok xperasan dan saudra tidak menyatakan pernah mendaftar

  7. mf ustaz..saya muslimat..

  8. ustaz,kalau ada muallaf yg nk join bleh x?

    • insyaAllah boleh…cuma bg maklumat peserta(nama/no tel/tempat bljr@ bekerja dan emel jika ade) pada mana2 wakil nama yg tertera di poster atau beri pada ustaz terus di no ini 0139723118 dan 0129463992

  9. Alhamdulillah…terima kasih ustaz

  10. Psal penginapan mcm mana plak ust???Tinggal kat bngunan asrama atau pondok tradisi??

  11. khairuummah77

    Penginapan muslimin di asrama setakat ni..mungkin juga ada penginapan di pondok tradisi bergantung kpd keadaan..

  12. salam….saya free dalam bulan jun….xde ke program ni siri ke 2…mungkin boleh dibuat pada bulan jun atau julai?? sy berminat sgt, tp tarikh di atas sy x dapat hadir krn terlibat dgn program lain….lagi satu, kenapa terhad untuk 30 org shj??

  13. salam…adakah kursus talakki ini khas untuk mahasiswa ipta/ipts sahaja?? kalau lepasan spm yg tidak sambung belajar
    boleh mendaftar tak untuk kursus ni?

    • khairuummah77

      InsyaAllah plajar SPM boleh menyertai..jika bilangan tak melebihi target. Untuk maklumat program bln jun cuba hubungi no ini 013-7929548..insyaALLAh ade juga pelajar2 yang minta kami buat program bulan julai..jika tiada halangan insyaAllah kami akan adakan program pada bulan julai…

  14. pengajaran dengan metode talaqqi harus dimasyarakatkan jangan sampai generasi Islam menjadi pengikut syetan…(mengaji tanpa guru). Banyak generasi muda ingin instan dengan membaca terjemah, padahal ilmu tidak hanya dibaca tapi dikaji secara nalar dan masuk kedalam hati. Bandung-Jawa barat Indonesia….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s