PENGUMUMAN PENTING!!!

PENGAMBILAN PELAJAR BARU DIBUKA, MADRASAH KHAIRU UMMAH AKAN MULA BEROPERASI!!!

 

Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Jazakallah wa syukran kepada mereka yang memahami kepentingan mendirikan madrasah-madrasah “pengajian islam tulen” pada akhir zaman ini. Tertegaknya Islam yg Tercinta hanyalah melalui pemahaman yang jitu dan kukuh dalam ilmu-ilmu yang difardhukan. Bukanya dengan emosi, kekuatan fizikal dan semangat berkobar-kobar..Jihad tanpa ilmu hanya akan menjadi debu-debu yang berterbangan… Alhamdulillah dengan sukacitanya kami Pihak Madrasah Khairuummah  pertama kalinya akan membuka  pengambilan pelajar baru bagi sesi 2011. Maklumat pendaftaran pelajar adalah seperti berikut:

TARIKH SESI PENDAFTARAN

Sesi pendaftaran untuk pelajar lelaki sahaja akan bermula pada:

HARI KHAMIS 1 ZULQA’DAH BERSAMAAN 29 SEPTEMBER TAHUN 1432H-2011M

MAKLUMAT CIRI-CIRI PELAJAR

  1.     Dibuka untuk semua golongan dari umur 11 tahun ke atas. Golongan yang berumur kurang daripada 11 tahun, akan diputuskan mengikut budi bicara pihak pentadbiran. Warga emas tidak diterima oleh pihak kami.
  2.  Para pelajar terdiri daripada dua golongan:

KATEGORI

A

B

Pelajar yang tahap asas akan dibahagikan kepada dua kategori umur iaitu kategori yang berumur 20 thn ke bawah dan katogeri yang berumur 20 thn keatas. Pelajar yang tahap pertengahan iaitu golongan yang dapat menguasai keilmuan sistem pondok/madrasah tahap Pertengahan.  Pihak Madrasah KU akan mengadakan sesi temuduga untuk golongan ini.

ü  Kemasukan para pelajar yang berada dalam tahap tinggi akan diterima mengikut budibicara pihak kami.

TEMPAT PENGINAPAN PELAJAR

  1. Para pelajar tahap asas yang berumur 20 tahun ke bawah akan di tempatkan di asrama batu/simen.

2.    Para pelajar tahap asas yang berumur 20 tahun ke atas akan di tempatkan di asrama teres kayu.

3.  Pelajar yang tahap pertengahan akan menginap di pondok-pondok sementara dalam kawasan pondok-pondok sementara pelajar lama atau dikenali dengan ‘Kepala Mutalaah’ dan bersama para pertugas/runner.

# Pembinaan pondok-pondok untuk ‘Kepala Mutalaah’, pertugas dan pelajar tahap pertengahan adalah tanggungan mereka sendiri.  Pondok-pondok tersebut akan dirombak/ diruntuhkan pada suatu masa nanti apabila asrama sebenar dan rumah teres pelajar sudah dibina.

PAKAIAN RASMI PELAJAR 

ü  Wajib memakai jubah dan serban berwarna putih ketika mengikuti kelas pengajian dan waktu solat berjemaah, bebas berpakaian yang lain daripada pakaian tersebut pada waktu yang selain daripada waktu mengikuti kelas pengajian dan solat berjemaah.

ü  Para pelajar juga mestilah mempunyai ‘Tasbih kiraan wirid’.

ü  Pakaian yang tidak senonoh dan menyalahi dengan perinsip-perinsip agama adalah dilarang sama sekali.

YURAN PENDAFTARAN

 KATEGORI                     YURAN                           

Pelajar di dalam Asrama

Pelajar selain pelajar Asrama

Yuran Pendaftaran

RM 50

RM 20

Yuran Bulanan

RM150 (RM 15 sebulan X 10 BULAN)

RM100 (RM 10 sebulan X 10 BULAN)

Jumlah

RM200

RM120

*YURAN BULANAN MESTILAH DIBAYAR PENUH UNTUK 10 BULAN DALAM SETAHUN

DISIPLIN

ü  TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN HAND PHONE DAN SEUMPAMANYA KECUALI PARA USTAZ DAN PERTUGAS

ü  MAKLUMAT DISIPLIN LAIN AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN OLEH PIHAK MADRASAH

Pendaftaran sila hubungi:

ü Yang di-Pertua: Ustaz Nik Mohd Nazimuddin  (013-9723118/012-9463992)

ü Timbalan yang di-Pertua: Ustaz Ilias (019-6588023)

ü Bendahari: Ustaz Mohamad Izwan (019-30009907)

ü  AJK Muslimin – Khairunizam  (019-9586369)

ü  AJK Muslimat – Norazimah (014-5148539 atau 012-4638528)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s