Perkembangan terkini pembinaan kompleks Madrasah Khairu Ummah sehingga Januari 2012

Video di atas memaparkan perkembangan terkini pembinaan kompleks Madrasah Khairu Ummah sehingga Januari 2012. Sumbangan semua kaum muslimin bagi menjayakan pembinaan kompleks pengajian Madrasah ini amatlah diharapkan.

Justeru itu, pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya penubuhan madrasah ini mendapat sokongan dari pihak tuan sama ada berupa tenaga ataupun wang ringgit dan lain-lain.

Sokongan tersebut menyambut saranan supaya saling bantu-membantu memartabatkan agama Allah Taala. Semoga bantuan pihak tuan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang besar di dunia dan akhirat.

Firman Allah Taala, bermaksud: “Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, di setiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Allah menggandakan (pahala) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurniaanNya), lagi Maha Mengetahui.” (AL-Baqarah:261)

FirmanNya lagi, bermaksud: “Orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang yang dibelanjakan itu dengan mengungkit-ngungkit pemberiannya dan tidak menyakiti (perasaan sipenerima), bagi mereka itu ganjaran pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka berdukacita.” (AL-Baqarah:262)

#Segala sumbangan hendaklah disalurkan melalui :
Bank Muamalat Malaysia Berhad no akaun :
0302-0000656-71-8
Maybank Islamic Berhad no akaun : 55310 4411 805
Bank Islam Malaysia Berhad no akaun :
0303 601 0050 951
di bawah nama:- PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH).

PERHUBUNGAN
1) Yang Dipertua : Ustaz Nik Mohd Nazimuddin Bin Nik Ibrahim H/P: 012-9463992 & 0139723118 Email: din_lngr@yahoo.com
2) Naib Yang Dipertua:Ustaz Lias Bin Jalil H/P 019-6588023 al_malakawi@yahoo.com
3) Setiausaha: Ustaz Puad Bin Abd wahab H/P: 019-9409870
4) Bendahari: Ustaz Muhamad Izwan Bin Abdul Ghafaruddin H/P: 019 300 9907

Di akhir zaman ini, sedekah yang paling utama adalah kepada suatu institusi pengajian yang boleh melahirkan pewaris-pewaris para anbia’ iaitu ulama. Ini kerana, matinya ISLAM kerana matinya para ulama’ yang mewarisi tugas para nabi. Manakala jika matinya seseorang miskin disebabkan kebuluran hanyalah matinya seseorang individu muslim sahaja.

Sebarkan kerana inilah suatu jihad di Jalan Allah. insyaALLAH amin…

Layari laman rasmi kami : http://www.khairuummah77.wordpress.com

3 responses to “Perkembangan terkini pembinaan kompleks Madrasah Khairu Ummah sehingga Januari 2012

  1. Saya menyokong penuh usaha murni ini.Doakan agar saya dapat sama menghulurkan bantuan ke pondok tuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s