Solat Jumaat di masjid Universiti atau umpamanya (kem tentera dll)

Di antara perkara yg mula2 sekali mesti difahami ialah syarat  sah solat jumaat adalah ianya dilakukan di dlm kawasan kota, kampung atau Bandar, sekalipun kawasan itu tidak berhubung dgn pembinaan yg ada dlm kota,kampung atau Bandar tersebut seperti di padang.  Tidak sah dilakukan diluar kawasan tersebut iaitu tempat yg dikira sah bagi penduduk yg ada di kota,kampung atau Bandar tersebut untuk mengerjakan qasar solat ketika kluar hendak bermusafir.

Mungkin ada yg terkeliru dgn teks kitab2 Fiqh Mazhab Syafie sptmana tercatat dlm kitab ‘Safinatul naja’ berbunyi: “ Bhw dikerjakan jumaat itu di dlm pembinaan  balad/ kota (‘Khitthatil Balad’).” Yakni bermaksud  bhw dikerjakan jumaat itu di dlm lingkungan kwsan balad (kota), tidak semestinya ianya hendaklah berhubung dgn pembinaan2 yg ada. Tersebut didlm kitab syarah ‘Safinah Naja’ bg Syeikh Nawawi Bantani, berbunyi: “ sekalipun (dilakukan Jumaat itu) di padang dgn sekira2 adalah ia tempat yg tidak dilakukan qasar solat, sekalipun ianya tidak berhubung dgn pembinaan balad (kota). Menyalahi (yakni tiada sah dikerjakan jumaat pada) tempat yg tidak dikira termasuk di dlm kwsan kota.” Sebegini juga huraian yg tersebut dlm kitab ‘Iaanah Atthalibin’.

Jika kita pernah ke negeri arab, kita dpt melihat maksud sebenar ‘Khitthatil Balad’ (lingkungan kwasan kota) iaitu batu2 yg dibuat seumpama tembok/dinding yg tinggi/ rendah untuk menyatakan sakatan sesebuah kota atau kampung. Jika di zaman ini, boleh lah diumpamakan dgn papan2 tanda yg ditulis nma sesebuah kampong/bandar. Krn inilah Dr Wahbah Zuhaili menyatakan sedemikian dlm kitab ‘Fiqh Islami’ jilid 2, m/s 274-275: “ Dimaksudkan dgn ‘Khitthah’ ialah Tanah/kwasan yg didirikan tanda2 bagi pembinaan (kota@kampung) padanya. Dituju maksudnya disini ialah kawasan2/tempat yg dikira termasuk dlm kwsan kota/kampung. Ianya diumpamakan spt peta2 lakaran ( boleh juga dikiaskn dgn tulisan2/papan tanda) rasmi bg (menyatakan sakatan) setiap kota/kampung pada masa kita skrg. Tidak dpt tidak adalah pembinaan (dlm sesuatu kota) itu  berkelompok dgn sekira2 uruf (menurut kebiasaan situasi yg berlaku).”

Oleh itu, jika masjid jumaat yg terdapat dlm sesebuah university termasuk dlm kwasan kota, kampung atau Bandar(ketiga2 kwsan ini mempunyai definisi yg tersendiri), maka beberapa perkara perlu diambil kira (dlm Mazhab Syafie):

1)      Penduduk di kwsn tersebut hanya mendirikan jumaat di masjid university itu, maka sahlah solat jumaat penghuni2 universiti (yg bermukim) jika penduduk yg mustautin (penduduk tetap/kekal yg tidak sekali2 mahu berpindah) mencukupi 40 orang yg smpurna syarat spt (pada hemat ana) situasi yg berlaku di masjid UDM (dahulunya Kusza) Terengganu. Perlu diambil perhatian bhw terdapat mrk2 yg mnetap di bandar-bandar besar, memilih tempat itu sebagai kediaman yg tetap/sbg penduduk mustautin.

2)      Penduduk  di kwsn tersebut terdapat masjid jumaat yg lain selain drp masjid jumaat dlm sesebuah Universiti, maka jika berbilang tempat masjid jumaat krn keperluan iaitu kesulitan untuk menghimpun keseluruhan mrk dlm sebuah masjid spt penduduk yg ramai yg tidak mencukupi dgn hanya sebuah masjid atau spt berlaku perbalahan antara dua puak/golongan dll, maka sahlah dilakukan solat jumaat di kedua-dua masjid tersebut dgn syarat terdapat penduduk bermustautin yg mencukupi bilangan 40 org yg smpurna syarat dlm setiap satu drp kedua2 masjid yg berbilang itu. Disunatkan melakukan solat zohor slps drp selesai menunaikan solat jumaat atas jalan cermat (‘Ihtiyath). Manakala jika berbilang tempat solat jumaat tersebut bukan atas dasar keperluan yg dinyatakan maka tidak sahlah jumaat yg dilakukan terkemudian drp yg satu lagi.Di ambil kira mana yg dahulu/awal lakukan solat jumaat itu pada huruf raa takbiratul ihram imam (yakni mana2 imam yg awal2 selesai takbiratul ihram maka jumaatnya lah yg dikira sah).

3)      Jika tidak mencukupi bilangan 40 0rang pemustautin pada dua situasi/keadaan (no 1&2) di atas, maka tidak sah dilakukan solat jumaat atas pendapat yg muktamad dlm mazhab syafie. Terdapat pendapat yg daif ( dua qaul qadim bg Imam Syafie) bhw sah solat jumaat dgn bilangan 4 org (bersama imam) dan satu ketika beliau berfatwa dgn bilangan 12orang.

Mufti dan Syeikh Thariqah Ahmadiah Negeri Sembilan suatu masa dahulu iaitu Syeikh Ahmad bin Mohd Said Linggi bersetuju dgn ulama2 syafieyyah yg menguatkan qaul qadim yg menyatakan sah dgn bilangan 4org tersebut spt Imam Muzani, Imam Nawawi menukilkn dlm ‘ Syarah Muhazzab’, Abu Bakar Munzir dan Imam Suyuthi. Beliau menegaskan dlm kitabnya ‘Al-ifadah fi bayani sihhatil jumu’ah bi arba’ati wa bi isna ‘asyara min ghairi I’aadah’, m/s 12: “..Dan telah ditasrihkan (dinyatakan) dlm kitab ‘Tarsyih Al-mustafidin’ atas harus bertaqlid dgn ulama yg mukhtarin seumpama Imam Nawawi dan Ibn Munzir dan Imam Suyuthi pada pilihan2 mrk (berpegang dgn pendapat 4org bilang tersebut) spt barang yg difatwa dgnnya oleh Ibn Ziyad dan mengikut dgnya oleh Annasyiri dan mengiktimad kandia (berpegang dgnnya) oleh Al-jauhari…..” seterusnya beliau menukilkan hujah yg dibuat oleh Imam Suyuthi iaitu hadis nabi saw,bermaksud: “Jumaat itu adalah wajib ke atas setiap kampung dan jika sekiranya tiada ada dlmnya (kampung tersebut) melainkan (hanya) 4orang (yakni diwajibkan juga).” Huraian lebih lanjut, sila rujuk kitab Tuan Mufti itu, justeru dibolehkan kita mengikuti pendapat ini.

Pendapat ini juga menepati dgn pendapat Imam Hanafi, cuma di sisi mazhab Hanafi bilang 4 org tersebut sekalipun terdiri drp orang musafir, tidak semestinya pemustautin (lihat ‘Fiqhul Islami’ jilid2,m/s 275). Antara syarat mazhab ini juga mestilah dilakukan jumaat di dlm Bandar yg besar (Misra) iaitu setiap tempat yg tiada mencukupi masjid2nya untuk menampung bilangan  para jemaah yg diwajibkan jumaat (‘Fiqhul Islami, jlid 2: m/s 274). Kemungkinan pihak yg berkewajiban menguna pakai pendapat mazhab Hanafi dlm pemasaalah ini dan ianya menjadi kanun sesebuah wilayah. Kaedah yg masyhur menyebutkan : “Hukum Hakim(Pemerintah/Qadhi) adalah memutuskan khilaf (perbezaan pendapat).” Wallahu ‘aklam….
DITULIS OLEH : Yang Di-Pertua Pertubuhan Khairu Ummah, Ustaz Nik Mohd Nazimuddin Nik Ibrahim

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s