IMAM MAHDI; MEMBONGKAR DAKWAAN DUSTA

Menentukan imam mahdi bagi seseorang yg telah mati dimana dia tidak menyamai dgn ciri2 yg disebutkan oleh hadis dan para salaf adalah kesesatan yg nyata dan tergolong drp puak2 bidaah/mubtadi’ serta seiras dgn fahaman puak2 syiah yg sesat.

Kesesatan golongan yg mnentukan imam mahdi bagi seseorang yg telah mati yg tidak mmpunyai ciri2 yg disebutkan dlm hadis( terutama puak2 pelampau syiah), telah difatwakan oleh Ibn hajar Alhaitami sebagaimana didlm kitab ‘Fatawa Hadisiah’ beliau ( m/s 54), bermaksud:

“ Aku ditanya tentang satu golongan yg megiktikadkan pada seseorang lelaki yg telah mati semenjak 400thn bhw dia adalah Imam Mahdi yg dijanjikan (kebangkitannya) pada akhir zaman dan sesiapa yg mengingkari bhw dia adalah imam mahdi maka jadi kafir, maka (soalannya) apakah hukum yg terbit ke atas golongan ini? “

Maka aku menjawab: bhw ini iktikad adalah iktikad yg batil/karut, sesat yg keji dan kejahilan yg huduh.
Pertamanya: kerana menyalahi dgn hadis yg terang2 yg hampirlah kpd mutawatir (riwayat yg banyak yg tidak boleh diandaikan pembohongan) yg bertentangan dgn iktikad tersbt.

Keduanya: kerana terbit drp iktikad ini mengkafirkan imam2 (ulama2) yg menyatakan dlm kitab mrk dgn pembohongan golongan ini pada sangkaan karut golongan tersbt dan pada bhwsanya simati (yg didakwa sbg mahdi) tidaklah mahdi yg disebutkan(yg dijanjikan kebangkitannya pada akhir zaman). Sesiapa yg mngkafirkan seseorang muslim krn agamanya maka dia (yg mngkafir tsbt) adalah kafir, murtad yg akan dipancung tengkoknya jika dia tidak bertaubat. Dan lagi golongan ini (sebenarnya) mengingkari Mahdi yg dijanjikan pada akhir zaman(krn telah mmbuat kesilapan dgn mnentukan seseorang yg lain,bukannya imam mahdi yg sebenarnya).

Sesungguhnya (dalil bagi pengingkaran golongan ini terhadap mahdi yg sebenarnya dari krn tersilap mnentukan) datang hadis drp Abu bakar al-iskafi bhw Nabi saw bersabda: “sesiapa yg mendustakan (kebangkitan) dajjal maka sesungguhnya dia jadi kafir dan sesiapa yg mndustakan mahdi maka sesungguhnya dia jadi kafir.” Maka golongan ini mendustakan imam mahdi secara terang2 (krn tersilap mnntukan sesorang yg tidak mmpunyai ciri2 yg disebutkan dlm hadis), maka dikhuwatiri ke atas mrk menjadi kufur…”

Kesimpulannya:
1) Sesiapa yg mnentukan seseorang yg telah mati yg tidak mmpunyai ciri2 imam mahdi yg disebutkan oleh hadis adalah golongan yg rosak aqidah dan sesat yg nyata. Iktikad mrk seiras dgn golongan syiah yg mnentukan seseorang yg mati sebagai mahdi.

2) Apabila tersilap mnentukan seseorang sebagai mahdi sedangkan dalil2 hadis yg banyak periwayatannya menyebut ciri2 mahdi akhir zaman menyalahi dgn seseorg yg ditentukan olehnya, secara langsungnya dia mengingkari imam mahdi yg sebenar, yg dikhuwatiri akan membawa kpd menjadi kufur krn percaya kebangkitan mahdi adalah termasuk dlm pegangan aqidah.

# Perlu diketahui bhw penolong imam mahdi daripada pemuda bani tamim adalah bernama Syuaib bin salih sebagaimana yg tersebut dlm hadis yg dipaparkan oleh Ibn hajar dlm fatawa hadisiah trsbt m/s 57. Siapakah imam mahdi dan siapakah penolong imam mahdi iaitu Syuaib B. salih bani tamim ini tidak boleh diandai2kan dgn fikiran yg cetek dan diijtihadkan..krn boleh merosakkan akidah..nauzubillah min zalik..
Wallahu’aklam..

SIFAT-SIFAT IMAM MAHDI

Memadailah saya paparkan sebahagian hadis/athar sahabat bagi mereka yg hendak mngambil pengajaran dan iktibar. Di antara sifat2 khusus Imam Mahdi yg dinyatakan dlm Hadis ialah:-

Tempat kelahiran dan umurnya semasa keluar berperanan;

1) Hadis/athar sahabat nabi:dikeluarkan oleh abu Nuaim drp saidina Ali yg berkata: “ AlMahdi (Muntazhar-yg ditunggu2 dan dijanjikan kebangkitan di akhir zaman) adalah tempat kelahirannya ((مولده di Madinah drp keturunan ahli bait Nabi (ahli keluarga nabi)saw. Namanya ialah nama Nabi dan dia akan berhijrah ke Baitul Muqqadis.”

2) Hadis yg dikeluarkan oleh abu Nuaim juga drp saidina Husain bhw Nabi memberitahu kpd Fatimah (anak baginda) : “ AlMahdi itu drp anak cucu cicit keturunan engkau. Dia akan keluar (dilahirkan) drp satu kampung yg disebutkan/dipanggil dgn nama ‘Kar ‘ah’ .”

3) Drp saidina Ali yg berkata: “ AlMahdi itu tempat kelahirannya di Madinah,drp keturunan ahli bait nabi saw. Namanya ialah nama nabi dan akan berhijrah ke Baitul Muqqadis, tebal janggutnya, bercelak kedua matanya, bercahaya giginya, pada wajahnya mempunyai tahi lalat (satu riwayat; pipi kananya ada tahi lalat)………”

4) Drp abi nuaim yg mngambil drp abi Umamah yg berkata: “ bhw Nabi saw bersabda: AlMahdi drp keturunan anak cucu cicitku berumur 40 tahun (ketika keluar berperanan),seolah2 wajahnya bercahaya mcm bintang, dipipi kanannya ada tahi lalat hitam,mempunyai dua baju jubah kelawar kain qothan, seolah2 (tubuh badannya berbentuk mcm )lelaki bani israil…..”

Banyak lagi dalil2 yg memberitahu bhw semasa pengisytiharan sebagai imam akhir zaman adalah berumur 40thn. mengcukupilah hanya satu riwayat di atas bagi mereka yg hendak ambil pengajaran.

Kesimpulan drp dalil2 di atas:
• Tempat Kelahiran AlMahdi adalah di kg Kar’ah di Madinah. Berhijrah ke Baitul Muqqadis .Nama Beliau ialah Muhammad/Ahmad Bin Abdullah (bukannya gelaran).

• Ketika berperanan, Almahdi berumur 40thn.

Maka ternyatalah pendustaan yg terang-terangan pada menentukan Syeikh suhaimi sebagai Imam Mahdi seperti yg didakwakan oleh syeikhkul Arqam. Ini kerana Syeikh Suhaimi tersebut, lahirnya di tanah Jawa di daerah wunusubu pada thn 1259 hijrah menyalahi dgn apa yg dinyatakan oleh hadis . waktu wafat syeikh suhaimi berumur 84 thn.Meninggal di kg Teluk pulai, Kelang, Selangor pada tanggal 21 hari Ahad, bln Rajab 1343H. Cukuplah kenyataan ini membongkarkan pendustaan yg besar yg dilakukan.

Lagi pula AlMahdi bukannya ghaib kemudiannya baru muncul sebagaimana yg didakwa oleh Syeikhkul Arqam tetapi akan dilahirkan (bererti baru dilahirkan -مولده) di Kar’ah, Madinah.

Syeikh suhaimi berhijrah daripada tanah Jawa ke Singapura kemudian ke Malaysia (Kelang), sedangkan AlMahdi lahir di madinah dan akan berhijrah ke Baitul maqdis.

Semasa AlMahdi keluar berperanan adalah berumur 40thn bukannya mcm umur syeikh suhaimi semasa wafatnya berumur 84thn dan sekarang berumur 173thn tetapi masih lagi tidak muncul-muncul untuk mengisytiharkan diri.
Belum lagi kita mengambil kira rupa dan bentuk tubuh AlMahdi muntazhar yg dinyatakan oleh hadis dan athar untuk dibuat pembandingan dgn Syeikh Suhaimi.

Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan adalah pegangan golongan Syiah dan dinamakan sebagai ar-Raj’ah dlm kitab2 mereka.

Mengikut akidah Syiah bahawa golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah S.W.T. akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman, termasuklah para sahabat Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aisyah, Hafsah, Muawiyah dan lain-lain. Peristiwa ini berlaku ketika bangunnya Mahdi keluarga Nabi Muhammad s.aw. dan tidak kembali/muncul ke dunia ini kecuali orang yang tinggi darjat imannya ataupun orang yang paling jahat, kemudian mereka akan mati semula.

Syiah Imamiah mempercayai bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari adalah imam yang ditunggu-tunggu yang telah hilang dan akan muncul semula untuk memerintah dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman. Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 260H hingga 329H. Pada masa ini orang Syiah boleh menghubungi imam mereka melalui wakil-wakilnya seramai empat orang iaitu Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman dan Husain Ibnu Ruh serta Ali Ibnu Muhammad al-Samiri. Zaman ini dikenali sebagai Ghaibah Sughra. Manakala Ghaibah Kubra pula bermula selepas tahun 329H hingga lahirnya Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Dalam tempoh ini, sesiapapun tidak boleh menghubungi Imam Mahdi walaupun melalui wakil-wakilnya. Sekiranya boleh dihubungi ia dianggap sebagai pendusta.(Sumber JAKIM)

Oleh itu, sesiapa yg berpegang bhw Imam Mahdi ghaib dan akan muncul semula adalah seiras dgn fahaman Syiah yg sesat menyimpang.

Persoalan Almahdi adalah termasuk dlm pegangan aqidah krn hadis2 tentangnya mencapai darjat mutawatir(periwayatan yg banyak dimana tidak boleh diandaikan sebagai dusta)sebagaimana hadis2 tersebut dipaparkan oleh Imam Suyuthi dlm Fatwanya. Krn inilah masalah Mahdi ini dikatakan oleh Ibn Hajar AlHaitami sebagai iktikad pegangan .

Diriwayatkan drp Qatadah yg berkata; Aku bertanya Said B.Musayyib: “Adakah AlMahdi itu benar? Beliau menjawab: “ Ya!”, (seterusnya) aku bertanya: “Siapakah dia?” Beliau menjawab: “ (AlMahdi adalah) daripada cucu-cicit Fathimah (anak Nabi saw).” (alhawi lil fatawi; Imam Suyuthi).

Sekalipun jika diandaikan bhw persoalan Mahdi ini bukannya termasuk dlm aqidah, tidak juga boleh sekali2 kita mereka-reka dgn menentukan seseorang yg tidak mempunyai sifat2 yg dinyatakan oleh hadis krn perkara2 yg berkaitan dgn keagamaan tidak boleh diandaikan dgn sewenang2nya yg akan membawa kepada pendustaan dlm hal2 yg berkaitan dgn agama suci kita sedangkan Nabi saw melarang melakukan bidaah dan penyelewengan/pendustaan dlm agama. Maka benarlah apa yg difatwakan oleh Ibn Hajar Alhaitami bhw menentukan seseorang yg telah mati sebagai AlMahdi sedangan simati tersebut tidak menepati ciri2 yg disebutkan dlm hadis adalah iktikad yg batil/karut, Bidaah/sesat yg keji dan kejahilan yg huduh.

PENOLONG IMAM MAHDI; PEMUDA BANI TAMIM

Hadis/athar tentang pemuda bani tamim iaitu penolong Imam Mahdi, kami paparkan sebahagian juga:-

1) Drp Saidina Omar r.a.d : ” adalah rasulullah saw duduk bersama satu golongan drp kaum muhajirin dan Ansar. Ali B. Abi Thalib sebelah kirinya dan Abbas sebelah kanan Baginda. Ketika seseorang lelaki berjumpa dgn Abbas lalu berkelakuan kasar seseorg lelaki Ansar (lain )terhadap Abbas. Maka Nabi saw mengambil tangan Abbas dan tangan Ali seraya bersabda: Akan keluar daripada sulbi(keturunan) ini (Abbas dan Ali) seseorang yg akan memenuhi bumi dgn keadilan dan kesaksamaan. Apabila kamu melihat sedemikian, hendaklah kamu bersama dgn seorang pemuda bani tamim. Maka dia datang drp pihak timur dan dialah yg empunyai bendera Mahdi.”

2) Naim B. Hammad drp Muhammad b.hanifah yg berkata: “ akan keluar panji2 hitam bagi bani abbas, kemudian keluar panji hitam yg lain drp khurasan. Kopiah mereka berwarna hitam dan pakaian mereka berwarna putih. Dihadapan mereka terdapat seorang lelaki yg dipanggil syuaib b. solih drp bani tamim dan akan mengalahkan puak2 sufyani..”

3) Drp Saidina Ali : “ Akan keluar panji2 (bendera) hitam yg akan berperang dgn puak2 Sufyani . Adalah bersama panji tersebut seorang pemuda drp bani hasyim. Pada tangan kirinya mempunyai tahi lalat dan dihadapannya ialah seseorang lelaki yg dipanggil Syu’aib b. solih.”

4) Abi nuaim drp kaab b. ‘alqamah: “ akan keluar atas panji Mahdi, seorang pemuda yg baru umurnya, janggutnya nipis yg berwarna kuning…”

Kesimpulan drp dalil di atas:
• Penolong Imam Mahdi adalah seorang pemuda bani tamim (salah satu drp bangsa arab Quraish)
• Beliau datang/dilahirkan daripada sebelah pihak timur iaitu Khurasan
• Nama Beliau ialah Syuaib B.Solih (bukannya gelaran)
• Mereka akan membawa bendera hitam, berkopiah hitam, berpakaian putih, janggut Pemuda Bani Tamim nipis berwarna kuning.

Keterangan
Penolong Imam mahdi adalah pemuda drp keturunan bani tamim. Dalam bahasa arab lafaz ‘pemuda’ شباب)) mempunyai defenisinya yg tersendiri iaitu: mereka yg sampai umur baligh hingga ke umur 30 an dan tidak melebihi 40 thn ke atas. Apabila seseorang itu mencapai umurnya 40thn ke atas maka ianya berstatus ‘Syeikh’(golongan berumur) bukan lagi bergelar ‘Pemuda’.
Mengikut dalil yg dipaparkan di atas bahawa pembantu Imam mahdi adalah seorang yg baru umurnya iaitu seorang pemuda bukannya golongan tua/berumur (‘syeikh’), manakala allahyarham Ashaari Muhammad lahir pada tahun 1937 dan meninggal dunia ketika berumur 73thn (pada thn 2010)yg sudah tidak berstatus ‘Pemuda’. Ketika Ashaari Muhamad (pengasas jemaah AlArqam) berumur ‘Pemuda’, tidak pula nampak beliau berperanan sebagai pembantu Imam mahdi. Macamana hendak berperanan sebagai ‘Penolong Mahdi’ sedangkan Imam Mahdi tidak muncul lagi.

Penolong Imam mahdi (pemuda bani tamim) ini adalah berasal/datang drp pihak timur (khurasan) iaitu ‘Masyriq’(المشرق) bukannya daripada asia tenggara (Malaysia termasuk dlm asia tenggara). Asia Tenggara dlm bahasa arab ialah ‘janub syarqi’ (جنوب شرق). Allahyarham Syeikul Arqam pula berketurunan jawa boyan sebagaimana yg dinukilkan.

Nama pemuda bani tamim adalah Syu’aib B.Solih bukannya ashaari Muhammad dan tidak pula beliau pernah bergelar dgn nama ‘Syu’aib, bahkan dgn gelaran ‘Abuya’ dan tidak pula bapanya pernah digelarkan dgn nama solih. Dlm dalil2 yg dipaparkan,menyebutkan nama asal pemuda bani tamim ialah Syu’aib serta anak kpd seseorang yg bernama solih.

Pemuda bani tamim mempunyai janggut yg nipis berwarna kuning manakala ashaari Muhammad pemimpin arqam berjanggut tebal. Definisi tebal adalah janggut seseorang yg tidak nampak kulit dagunya. Definisi nipis pula ialah janggutnya yg nmpak kulit dagu. Penolong imam mahdi ini berkopiah hitam dan berpakaian putih menyalahi dgn ashaari Muhammad yg berpakaian/berjubah dan berserban hijau.

Memadailah keterangan di atas membongkarkan penyelewengan dakwaan yg dilakukan dan bidaah yg direka-rekakan dlm persoalan agama…na’uzubillah min zalik..
Wallahu’aklam…

DITULIS OLEH;

Yang Di-Pertua Khairu Ummah: Nik Mohd Nazimuddin Bin Nik ibrahim

One response to “IMAM MAHDI; MEMBONGKAR DAKWAAN DUSTA

  1. huruf kaf ra ‘ain serta ta marbutoh, tampak nya bukan di baca kur’ah. bisa saja karo’atu, atau karo’ngantu atau yg lain nyaa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s