KETERANGAN LOGO PERTUBUHAN KHAIRU UMMAH

LOGO PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN(KHAIRU UMMAH)

3.1 Rekabentuk Logo/lambang

Mempunyai gambar Masjid Nabawi di Madinah. Kubah masjid tersebut berwarna hijau dan mempunyai dua menara. Menara yang besar di pihak kiri, manakala menara yang kecil di pihak kanan, berdekatan dengan kubah masjid. Kedua-dua menara berwarna putih kehijauan. Warna kuning bercahaya di ruang atas masjid dan terdapat sedikit warna putih di bawah tulisan ‘PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG’. Tulisan tersebut melingkungi separa bulat di pihak atas gambar masjid. Di sebelah penghujung kanan masjid terdapat tulisan ‘KELANTAN’. Di sebelah bawah masjid ada tulisan bahasa arab berbunyi ‘Khairu Ummah’. Setiap tulisan berwarna hitam yang disaluti dengan warna kuning.

3.2 Keterangan Logo/lambang

(a) Gambar Masjid Nabawi di Madinah melambangkan warisan keilmuan, pentarbiahan dan dakwah Nabi Muhammad S.A.W sebagai model Khairu Ummah. Warna kuning yang mensaluti gambar masjid tersebut dan mensaluti tulisan melambangkan keperkasaan, cemerlang dan semangat. Warna kuning yang menyinari di luar masjid itu melambangkan warisan kenabian tersebut menyinari, beroperasi dan memberi manfaat kepada alam ini.
(b) Tulisan pertama iaitu PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG yang melingkungi adalah melambangkan Khairu Ummah yang dikendali oleh warganegara Malaysia mendokong serta meneruskan warisan kenabian tersebut. Tulisan ‘KELANTAN’ membawa erti penubuhannya bermula di negeri ini.

(c) Tulisan kedua dalam bahasa arab yang berbunyi ‘Khairu Ummah’ melambangkan pertubuhan ini mendokong kepentingan agama Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s