Kisah Infaq dan Sedekah

                 Di dalam Kitab Attajridussarih karangan Azzabidi dalam Kitab Zakat m/s 212 hadis 719 riwayat Baihaqi berbunyi : “ Daripada Abu Hurairah r.a.d. bahawa Nabi S.A.W. bersabda : Tiadalah suatu hari di mana hamba-hamba Allah berada di paginya melainkan turunlah dua orang malaikat. Seorang daripadanya berdoa “ Ya Allah berikanlah kepada orang yang membelanjakan hartanya akan gantian”, seorang lagi pula berdoa “ Ya Allah berikanlah kepada orang yang menahan hartanya akan kehabisan.”

                      Almarhum Pa’Da Tok Wan Jafar bekas siak dan guru Al Quran di Masjid Langgar Kota Bahru Kelantan bercerita kepada saya, katanya: Suatu ketika almarhum Imam Masjid Langgar Haji Ismail berkata kepada beliau “Wan Jafar” . Kalau ada duit RM 3.00 di dalam saku, tukarlah kepada duit syiling, kemudian kayuh basikal, bila bertemu budak-budak beri duit itu sehinggalah tinggal daripada duit tu harga secawan the”(ketika itu harga secawan the 30 sen).
Sambung Pa’ Da Tok Wan Jaafar, katanya : Suatu hari , kebetulan di dalam saku bajunya ada duit $3.00 , beliau teringat pesanan almarhum Imam Haji ismail itu, lantas beliau menukarkan duit sebanyak $3.00 itu kepada duit syiling lalu beliau naik basikalnya, bila saja bertemu budak-budak beri. Mana-mana saja budak yang ditemuinya sepanjang beliau mengayuh basikal diberinya duit itu sehingga tinggal harga secawan teh.

                          Kemudian beliau pun pergi ke Masjid seperti yang biasa dilakukan setiap hari. Di dalam perjalanannya beliau disapa oleh seseorang sambil memasukkan sesuatu ke dalam sakunya dengan berkata” Tok Wan Jaafar, ambil ini!” Kemudian orang itu pun beredar. Ketika beliau berada di Masjid pun ada yang datang kepadanya, bersalaman dengan beliau sambil memasukkan sesuatu ke dalam saku beliau. Begitulah setiap kali bertemu seseorang sakunya akan di masukkan sesuatu. Seorang datang memasukkan sesuatu ke dalam bajunya di atas, seorang pula memasukkan ke dalam saku bawah kanan atau kiri. Begitulah seterusnya keadaan beliau di hari itu.

                      Ujar Pa’ Da Tok wan Jaafar lagi menyambung kisahnya: sebelum masuk Maghrib, beliau pulang ke rumahnya. Sesampainya di rumah, beliau sangkut bajunya yang penuh saku itu di tempat penyangkut tanpa beliau sentuh isi saku itu. Beliau berkata kepada isterinya: : Cuba ambil baju tu!” Isterinya lalu mengambil baju itu. Beliau bertanya kepada isterinya: “Cuba lihat apa yang ada di dalam saku baju itu?”. Isterinya memeriksa saku-saku itu lalu berkata “ Duit”. Tanya beliau lagi : “Berapa?” .Isterinya lalu mengeluarkan duit-duit tersebut daripada saku-saku itu dan mengiranya kemudian berkata : “$300 (Tiga ratus)!”
Berkata Pa’ Da Tok wan Jaafar kepada saya: “Ketika itu barulah beliau faham apa sebenarnya pesanan Almarhum Imam Haji Ismail itu dulu.” Apabila membaca hadis yang saya paparkan di atas saya terkenang kisah yang diceritakan oleh Pa’ Da Wan Jaafar itu kepada saya. Rupanya beliau telah mendapat bahagian daripada doa malaikat di hari itu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka berdua.

                            Sesungguhnya budak-budak apabila mendapat 10 sen atau 20 sen mereka akan membeli gula-gula atau aiskrim, maka apakah fikiran kita terhadap ganjaran dan gantian Allah taala kepada mereka yang membelanjankan hartanya kepada individu atau pertubuhan yang menggunakan walau 10 sen atau 20 sen untuk menolong ugama Allah dan menghidupkan ilmu Al Quran dan sunnah di mana ianya menjadi asbab kemuliaan di dunia dan akhirat. Amin.

(Ditulis oleh Ustaz Nik Mohd Shahrail Bin Nik Ibrahim,
Selaku Timbalan Setiausaha Pertubuhan Khairu Ummah)

One response to “Kisah Infaq dan Sedekah

  1. Pingback: Tips menjadi Kaya dan Barakah | KANZUSSAADAH HEALTH CENTER: Gedung Kebahagiaan Anda

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s