Peranan Ulama’ Pondok terhadap Agama, Bangsa dan Tanah Air

Sejarah amat penting bagi mereka yang ingin mengambil iktibar dan manfaat daripadanya. Justeru itu kita juga perlu mengetahui sejarah yang berlaku di tanah air kita menerusi penulisan yang menukilkan darirpada mereka yang mengetahui dan mengalaminya,bukan hanya berpandukan teks-teks sejarah sekolah yang diolah oleh penjajah pada suatu masa dahulu.

Peranan tuan-tuan guru pondok yang berfahaman Asyari dan Maturidi dalam memartabat agama suci kita adalah begitu ketara, merekalah yang membantu sultan-sultan tanah melayu dalam menjalankan hukum islam yang belum lagi terlaksana di zaman kita yang mutaakhir ini. Dan mereka juga yang memiliki kefahaman Ahli Sunnah ini,aqidah ‘sifat 20′ inilah yang mnolak perkara bidaah dan syirik.

Mereka jugalah yang menentang komunis@bintang tiga apabila Jepun kalah dalam peperangan dunia ke 2 setelah di bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Sebelum kedatangan pihak British, askar-askar Bintang Tiga(Komunis) keluar daripada hutan dan mengisytiharkan pihak mereka yang mmerintah Tanah Melayu, Serta orang Islam melayu dan ahli agama banyak yang dibunuh oleh mereka.

Di dalam buku Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu(1) krgan kenalan kami; Ismail Che Daud mnceritakan Guru Pondok yg masyhur iaitu Tok Malek Sungai Pinang, Kota Bharu Kelantan (lahir 1813M atau 1834M):

“Wujudnya pondok di Sungai Pinang secara besar-besaran itu mengubah beberapa tradisi dan adat yang karut-marut seperti bersimah, jamu hantu,puja pokok,kubur dan sebagainya, dan Haji Abdul Malek menentang hebat segala jenis prbuatan syirik itu. Tentangan dan perjuangan sungguh brkesan. Banyak khurafat2 telah hilang dan kejahilan telah bertambah kurang….

“Di zaman pemerintahan Sultan Mansur(1891-1900M), beliau mempunyai peranan yang besar-sebagai penasihat baginda….. sebagai seorang yang alim dan wara’ ,beliau dilantik oleh Al-Sultan Mansor menjadi salah seorang dari anggota jawatankuasa perundangan di dlm kes-kes appeal (ketika itu kes appeal disembah kpd Al-Sultan). Orang-orang (Tuan2 Guru dan Ahli Agama) yg sering dipanggil ialah:

1) Haji Abdul Malek Hasan Sungai Pinang
2) Haji Awang Kenali(Tok Kenali)
3)Haji Abul Manan
4)Haji Daud
5)Haji Idris
6)Khatib Haji Abdullah
7)Haji Wan Muhammad Imam(Mufti Haji Wan Muhammad-Pengarang Pengasuh)
8)Haji Omar
9) Haji Nik Man
10)Haji Daud Paloh

……..”Di zaman Baginda Sultan Al-Mansor Undang-Undang Islam dijalankan, di mana orang-orang yg mncuri dipotong tangan di Pasir Pekan. Orang yang tidak berpuasa diarak keliling Bandar Kota Bharu,begitu juga org2 brzina….” (Tokoh2 Ulama Semenanjug Melayu (1); m/s 116-117)

Guru kami, mudir Madrasah/Pondok Pasir Tumboh iaitu Al-Marhum Tuan Guru Haji Hasyim Bin Abu Bakar pernah bersenjatakan parang panjang menyertai pentermpuran dengan askar-askar Bintang Tiga (komunis) bersama Tuan Guru Beliau; Haji Idris Bin Lebai Itam (Air Hitam Kedah)serta angkatan warga pondok dan org ramai, beliau mnceritakan kepada kami:

“Bahawa pada thn 1945 setelah Jepun kalah sebelum kedatangan orang putih (British), Komunis Bintang Tiga (bersenjatakan Mesin Gun, bom tangan) keluar daripada hutan hendak memerintah Tanah Melayu dan mengamuk membunuh orang melayu sesuka hati (antaranya seorang Ust Hafiz quran juga dibunuh), Raja2 Melayu tidak dapat buat apa2 sehinggakan Kiyai Soleh bertemu dengan Sultan di masa itu lalu Sultan itu berkata kpdnya: Buatlah apa-apa yang patut maka beliau mengumpulkan orang Melayu dan menyerang cina-cina komunis sehingga Sungai Batu Pahat,Johor jadi sungai berdarah, di Kedah-(mereka yang angkat senjata bersama angkatan pengikut-pengikut ialah Tuan Guru Beliau) Tuan Guru Hj Idris Lebai Itam, Pak Ya Kupang Baling dan Husin Dol (masing-masing) mengetuai serangan…

Orang Cina (Komunis Bintang Tiga)dipancung dan mayat-mayat mereka dibuang ke dalam sungai, Sungai Manik,Sungai Bakap jadi sungai yg berdarah,(Tuan Guru Hj Hasyim Kata): Ana pada ketika itu berumur dua puluh tahun, masih bujang…,berani mati… tak takut mati…”

Dengar, baca dan ketahuilah sejarah tanah air kita, supaya kita mensyukuriNya serta berterima kasih terhadap golongan yang memperjuangkan islam dan banyak berjasa terhadap Agama, Bangsa dan tanah air dan mereka itulah adalah para ulama pondok yang berfahaman Ahli Sunnah (iaitu Asyairah dan Maturidiyah) sebagai pemimpin keagamaan yang menjadi ikutan masyarakat setempat kita.. ‘Pelita yang menyinari Alam Semesta’.

Wallahu’aalam..

Oleh : Ustaz Nik Mohd Nazimuddin Nik Ibrahim
Yang di-pertua Pertubuhan Khairu Ummah merangkap mudir Madrasah Khairu ummah

Ditulis pada 29 Nov 2013 6.26pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s