Menjawab Fatwa JAKIM terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus Dan Polio

Ustaz Nik Mohd Nazimmuddin ( Yang Di-Pertua Pertubuhan Khairu Ummah) menjawab fatwa JAKIM terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus Dan Polio yang mengharuskannya. Sini Linknya :http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pandangan-islam-terhadap-imunisasi-campak-tibi-batuk-kokol-dipteria-tetanus-dan-pol

Jawapan Ustaz Nik Mohd Nazimuddin :

Maksud sebenar Kaedah “Menolak Kerosakan Didahulukan Daripada Mencari Kemaslahatan’

Hukum keharusan ini pada situasi seseorang itu sudah terkena penyakit-penyakit yang dinyatakan dan tiada ubat yang suci melainkan vaksin-vaksin tersebut yang tidak suci, maka bolehlah pakai kaedah fiqhiyah: “addarurah tubihul mahzurat” bererti: Kemudharatan mengharuskan perkara yang diharamkan atau dilarang.

Mengenai kaedah yang dipakai oleh fatwa kebangsaan tu iaitu درء المفاسد مقدم على جلب المصالح “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”, adalah tidak tepat kerana kerosakan yang diandai-andaikan dan tidak berlaku lagi bahawa seseorang itu akan terkena penyakit, jadi hendak menolak kerosakkan apa sedangkan penyakit tidak kena lagi?? maka dalam kaedah itu, istilah “menolak kerosakan (seperti penyakit dan lain-lain) sepatutnya merujuk kepada penyakit yang sudah terjadi, bukannya penyakit yang diandai-andaikan akan berlaku dan masih kesamaran.. tetapi masalahnya dari segi ilmu kedoktoran moden apabila sudah terkena penyakit-penyakit tersebut misalnya maka mereka bukannya menggunakan vaksin-vaksin itu sebagai ubat untuk menyembuhkan..tetapi menggunakan ubatan lain untuk merawat ..Bagi mereka Vasin hanyalah persediaan melawan penyakit kononnya. Kalau begitu, seseorang bayi terpaksalah dicucuk dengan pelbagai vaksin kerana meningkatnya penyakit berjangkit atau wabak dimasa kini contohnya: H1N1,JE,AIDS dan sebagainya. Jika seribu penyakit berjangkit, seribu vaksin yang diberikan???

Sebenarnya kaedah yang dinyatakan oleh fatwa kebangsaan itu adalah pada persoalan: apabila bertembung antara perkara yang membawa kemaslahatan dan perkara yang membawa kepada kemudaratan, pelaksanaannya hendaklah diarahkan kepada mencegah kemudaratan seperti arak yang mempunyai kebaikan dan keburukan tetapi didahulukan penolakan kemudharatan arak daripada mengambil kebaikan yang terdapat padanya..

Firman Allah SWT :  AL baqarah 2:229:Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang arak dan judi. Katakanlah : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. Sedangkan pada masalah vaksin ini adalah kita hendak mengambil manfaatnya dan hendak menolak kerosakan atau penyakit yang berjangkit,,bukannya dari segi vaksin ada kebaikan dan keburukan yang bertembung macam arak di atas..kerana di sisi perubatan doktor vaksin tidak ada sebarang kemudaratannya, jadi keadah di atas tidak ada kena mengena dengan persoalan pengambilan vaksin.

Sistem ketahanan badan manusia berbeza

Kita tidak boleh mengambil risiko tinggi dengan sewenang-wenangnya mencucuk Vaksin kepada bayi yang baru lahir kerana status ketahanan badan seorang bayi dengan bayi yang lain adalah berbeza-beza, sedangkan Vaksin yang diberikan adalah dos yang sama pada kesemua bayi-bayi. Dalam Ilmu perubatan kini, vaksin tidak diberikan semasa bayi mengalami demam dan sebagainya, dimana akan membawa kepada kemudharatan atau boleh membawa kepada kematian dan kesan-kesan yang lain seperti yang berlaku kepada ahli keluarga saya.Oleh itu,point yang kita hendak memahaminya disini ialah jika bayi itu lemah ketahanan badannya, bila diberikan vaksin, risikonya akan memudaratkan sistem imuniti badan bayi tersebut walhal mereka tidak  menyelidiki setiap bayi yang baru lahir. Sistem imuniti bayi yang kuat perlu difokuskan semasa dalam kandungan ibunya lagi dan dengan susu ibu itu sendiri.

Wallahu’aalam…
Ditulis pada  3 June 2013 dan telah di’edit’ pada 12 December 2013

Kesimpulan dari saya Norazimah Yusoff :

Diharap semua memahami bahawa mudarat belum datang maka darurat tidak berlaku, maka haram mengambil vaksin kerana ia tidak suci sedangkan masih banyak cara pencegahan penyakit yang lebih selamat dan suci dan dijamin halal seperti mengamalkan pemakanan sunnah iaitu madu (ibu segala ubat) & Habbatus Sauda (penyembuh segala penyakit kecuali mati) atau ubat-ubatan semula jadi yang lain misalnya yang dilakukan oleh Nabi saw & para sahabat yang sudah terbukti keberkesanannya untuk meningkatkan imuniti seluruh badan serta menyembuhkan penyakit. Allah telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian dan memberikan kenikmatan kepada manusia dalam pelbagai segi ubat-ubatan semula jadi untuk berubat, maka syukurilah nikmat itu dan janganlah mendustakannya serta berubat dengan perkara-perkara yang mendatangkan mudarat, bahaya dan bukan semulajadi.

Saya bawakan kenyataan oleh Profesor Chas Rauta, Universiti Perguia, Itali dalam New York Medical Journal (Julai 1899) : VAKSINASI adalah hasil daripada kesilapan dan kejahilan yang tidak dirancang dengan baik. Ia tidak seharusnya mendapat tempat sama ada dari sudut kebersihan mahupun perubatan. Vaksinasi adalah amalan tidak saintifik, kepercayaan karut yang membawa maut dengan mengakibatkan kesedihan yang berpanjangan.

Nasihat saya kepada Ibu Bapa supaya mengetahui bahawa vaksin melambangkan barangan pengguna dan ibu bapa seharusnya menyelidik produk ini lebih teliti daripada pembelian lain kerana nyawa anak-anak menjadi taruhan… Please making an informed choice ya!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s