ILMIAH~KU

21 responses to “ILMIAH~KU

  1. بسم الله الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله وبعد
    Semuga dengan ada blog ini kita dapat mengambil menfaat dengan artikal yang ada di dalamnya, kepada semua kenalan dan pengunjung blog ini diharapkan dapat memberi komen yang membena dan bermenfaat. والله اعلم

  2. apa jawapan untuk orang yang tak mau bermazhab dan tak mahu pakai pendapat ulama..sebab saya ada memberi tahu seseorang supaya kita ni wajib berpegang dengan mazhab tapi dia jawab nabi muhammad tu pegang mazhab apa..harap penjelasan dari ustaz dengan rujukan

    • ust din langgar

      Mereka yg tidak mahu bermazhab adalah tergolong dlm puak-puak bidaah/pelampau yg terkeluar drp perjalanan ahli sunnah wal jamaah. Ini krn di zaman sahabat lagi seterusnya zaman tabien dan tabiu-tabien, mereka berpegang dgn ulama mujhtahid. Lihat saja keempat2 imam; Hanafi, Malik, Syafie&Hambali adalah termasuk dlm glongan salaf. Jawapan sesorang yg menyatakan nabi kita tu bermazhab apa, menunjukkan kejahilan diri dia sndiri berkenaan dgn mazhab. Kita dilarang mengeluarkan fatwa sesuatu hukum, jika kita bukannya seseorang yg berautoriti dlm berfatwa sprti Imam2 Mujtahid islam, ini akan mmbawa kpd trmasuk dlm amaran hadis yg disepakati sahih, brmaksud: ..” Sehinggakn apabila Allah tidak mninggalkan seorg alim pun, nscaya org ramai mngambil ketua2 ikutan yg jahil,lalu dtnyakan fatwa kpd mrk, lantas mrk brfatwa tanpa ilmu. Mrk itu sesat & mnyesatkn org ramai..
      Nauzubillah min zalik….. Wallahuaklam..

  3. Assalamu’alaikum.

    Ana mohon izin untuk menyebarkan isi & bahan ilmiah yang ada di dalam laman ini.

  4. salam ustaz..
    saya nak tanya pasal titian sirat itu diantara mahsyar ke syurga ke..والله اعلم
    tentang titian sirat halusnya seprti rambut dibelah tujuh dan ada yg melintasnya dgn berlari dan sebagainya tu hadiske ustaz.. والله اعلم

    • ustz din langgar

      Titian sirath adalah bermula dibirai permukaan Neraka dan memanjang merentangi Neraka tersebut.

      Terdapat dlm Sahih Muslim, drp perkataan sahabat Nabi iaitu Abi Said Bin AlKhudri, berkata: maksudnya : ” Telah sampai kepadaku bahawa ianya(Sirath) adalah terlebih halus drp seurat rambut dan terlebih tajam drp pedang.”

      Ulasan:
      Perkataan Abi Said Alkhudri ini walaupun dikatakn ‘Mauquf'(perkataan sahabat) tetapi ianya bukan kenyataan yg boleh diijtihadkan oleh para sahabat ataupun seseorang dengan sewenang-wenangnya kerana perkara ini berkaitan dgn aqidah. Oleh itu, dihukumkan dgn Rafu’ (kenyataan yg disandarkan kepada Nabi) dan dikira kenyataan drp Nabi saw, sebagaimana yg dinyatakan dlm kitab musthalah hadis bagi Al-‘Iraqi, bermaksud:
      ” Apa-apa yg datang drp sahabat iaitu terdiri drp perkara yg dilarang berijtihad padanya di sisi mrk (para sahabat), maka ianya adalah dikira ‘Rafu’ (perkara yg disandarkan kpd Nabi).”

      Membenarkan kenyataan tersebut, terdapat riwayat yg dikatakan daif yg diriwayatkn oleh AlBaihaqi yg menyambungkannya daripada Anas kepada Nabi. Begitu juga hadis daif yg diriwayatkan oleh Hakim bahawa ianya (Sirath) seperti tajamnya pisau cukur. Kata Hakim: Hadis ini sahih atas syarat Imam Muslim. Riwayat2 ini membatalkan andaian yg tidak berasas oleh Hasan Assaqaf dlm kitab Syarah Aqidah Atthahawi dimana beliau menegaskan bhw Abu Said AlKhudri meriwayatkannya drp riwayat israiliyat (Ahli Kitab) yg dinukilkan drp sahabat Nabi seperti Kaab B. AlAhbar atau Abdullah B. Salam.

      Dikuatkan kenyataan riwayat2 tersebut bahawa Sirath itu terlebih halus drp rambut dan terlebih tajam drp pedang ialah penerimaan berterusan di kalangan ulama-ulama semenjak drp zaman salaf hingga terkemudian.

      Berkata Al-Ustaz Al-Isfirayini: ” Dikenali kesahihan hadis apabila masyhur di sisi ulama hadis tanpa sebarang penafian daripada mereka itu”. Hadis yang diterima oleh ulama secara berterusan maka hadis itu termasuk di dalam hadis makbul sekalipun tidak memenuhi syarat sahih kerana ummah tidak berhimpun dalam perkara kesesatan.”
      (وظيفة الحديث الضعيف : إمام محمد زكى إبراهيم : ص 27-2)

      AlHafiz Imam Nawawi menegaskan dlm syarah Sahih Muslim: “ Ashab kami ulama mutakallimin (ulama tauhid) dan selain mereka itu iaitu terdiri daripada ulama salaf berpendapat bhw Sirath adalah terlebih halus drp seurat rambut dan terlebih tajam drp pedang sebagaimana berkata Abu Said AlKhudri.”

      Wallahuaklam…

  5. salam ustaz…

    masalah sembahyang subuh sujud sejadah (subuh jumaat)..
    rasulallah ada melakukan ke..?

    wassalam..

    • ustz din langgar

      Ya Rasulullah saw ada melakukannya sebagaimana hadis Bukhari dlm sahihnya; Sujud Quran, bab sujud surah alif laam min sajadah, hadis Abu Hurairah, bermaksud: ” Adalah Nabi saw mmbaca pada hari Jumaat dalam Solat Fajar (Subuh) surah Alif Laam Min Tanzil dan Hal Ata ‘Alal Insan.”

  6. salam ustaz…

    kalau berubat kena sihir atau ganguan makhluk halus dengan bomoh,bomoh hindu atau orang kafir boleh ke ustaz…apa hukumnya..
    wassalam..

  7. salam ustaz..

    pasal sembahyang sujud sejadah tu zaman mana yang melakukan….? (masa rasulallah ke sahabat ke tabiein ke…dll) والله اعلم

    wassalam

  8. salam ustaz..

    ada kawan tanya saya kenapa kita disunatkan berpuasa isnin dan khamis? kenapa ye ustaz.والله اعلم

    wassalam

    • ustz din langgar

      kerana kedua hari tersebut dibentangkan amalan kita, seperti tersebut dalam hadis Turmizi, drp Abi Hurairah,bermaksud: ” Dibentangkan amalan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku suka jika amalan ku dibentangkan sedangkan aku sedang berpuasa.” Begitu juga kerana hari isnin adalah hari kelahiran Nabi kita saw serta hari yg dianugerahkan kenabian kepada Baginda saw, hadis riwayat Muslim dan lainnya, drp Qatadah AlAnsari, bermaksud: Bhw Nabi saw tentang puasa hari Isnin, maka baginda menjawab: ” Demikian itu kerana hari yang dilahirkan daku dan diturunkan pangkat kenabian ke atasku padanya.”

  9. salam ustaz…

    bagaimana kalau seseorang itu berubat santau atau lain2 dengan seorang bomoh hindu @ (orang kafir)..
    apa hukumnya ustaz…

    wassalam

  10. salam ustaz..

    pertanyaan saya…ada tak hadis nabi yang menyatakan tentang keringnya air tasik (galilee),yang menandakan nabi isa akan turun.والله اعلم
    Adakah hadis itu sohih.

    wassalam

    • ustz din langgar

      Hadis tentang Tasik Buhairah Attabariyyah atau skrg dikenali sbgai Tasik Galilee terdapat dlm sahih Muslim , Abi Daud dan lain2 pada kisah Jassasah (pengintip Dajjal). Ianya berkaitan dgn alamat /tanda zahirnya Dajjal, apabila keringnya air tasik tersebut ..Hadis tersebut banyak jalan periwayatannya. Wallahu aklam…

  11. salam ustaz..
    ustaz..bagaimanakah status hadis ini..
    Dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahu ‘anhu, ia mengatakan : “Sulaik Al-Ghathfani pernah datang pada hari Jum’at ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tengah menyampaikan khutbah, lalu dia duduk, maka beliau berkata kepadanya : ‘Wahai Sulaik, berdiri dan kerjakanlah shalat dua raka’at dan bersegera dalam mengerjakannya’. Kemudian beliau bersabda.

    “Jika salah seorang diantara kalian datang pada hari Jum’at sedang imam tengah berkhutbah maka hendaklah dia mengerjakan shalat dua raka’at dan hendaklah dia bersegera dalam mengerjakan keduanya” [Diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s