Category Archives: Uncategorized

Mermerlukan sumbangan

Segala sumbangan boleh disalur ke

AKAUN PENGURUSAN & KEBAJIKAN MADRASAH KHAIRU UMMAH

Bank Islam Malaysia Berhad

No akaun: 0309 00 100 515 88

Advertisements

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA MADRASAH KHAIRU UMMAH 2014/1435H

SALAM AIDILADHA DARI KAMI WARGA PERTUBUHAN KHAIRU UMMAH

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA MADRASAH KHAIRU UMMAH 2014/1435H

“Pengorbanan memartabatkan agama adalah SEBESAR-BESAR pengorbanan”

“Korbanlah Harta Benda, Jiwa Raga, Buah Fikiran dan tenaga untuk memartabatkan agama Allah Taala khususnya pada institusi memperodukkan Ulama Pewaris Anbia’

MEMERLUKAN SUMBANGAN DERMA DAN ZAKAT UNTUK MELANGSAIKAN HUTANG PEMBINAAN RUMAH GURU 3 TINGKAT 2014

PERKEMBANGAN TERBARU RUMAH GURU 3 TINGKAT MADRASAH KHAIRU

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Madrasah Khairu Ummah, Taman Tarbiyah Chengal Batu, Pasir Putih , Kelantan pada 13 Januari 2014 bersamaan dengan 11 Rabiul awal 1435H)

Perkembangan terkini pembinaan rumah guru di Madrasah Khairu Ummah

1474953_263231650494168_1424542076_n 1476922_263231810494152_784938738_n 1485014_263231403827526_2086216962_n 1502072_263231997160800_398218115_n 1502157_263231907160809_562180893_n

Gambar pelantayan tingkat atas Rumah guru sedang dalam pembinaan. Kami sangat memerlukan sumbangan tuan, puan kerana Anggaran perbelanjaan untuk 6 pintu rumah guru RM 57600. Kami amat memerlukan sumbangan ini untuk memindahkan guru dari bangunan sedia ada ke rumah guru ini untuk meletakkan pelajar di sana. Buat masa ini kami tidak dapat mengambil pelajar baru kerana tiada tempat kosong.#Segalasumbangan hendaklah disalurkan melalui
1. Bank Muamalat Malaysia Berhad
No akaun : 0302-0000656-71-82. Maybank Islamic Berhad
No akaun: 55310 4411 805

3. Bank Islam Malaysia Berhad
No akaun: 0303 601 0050 951

di bawah nama:-PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH).

atau salurkan ke

AKAUN PENGURUSAN & KEBAJIKAN MADRASAH KHAIRU UMMAH

  • Akaun ini diwujudkan sebagai satu usaha mencari sumbangan derma dalam membantu pengurusan & kebajikan Madrasah Khairu Ummah. Segala sumbangan bolehlah disalurkan ke :

    Bank Islam Malaysia Berhad
    No akaun: 0309 00 100 515 88

    di bawah nama:-MADRASAH KHAIRU UMMAH

Menjawab Fatwa JAKIM terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus Dan Polio

Ustaz Nik Mohd Nazimmuddin ( Yang Di-Pertua Pertubuhan Khairu Ummah) menjawab fatwa JAKIM terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus Dan Polio yang mengharuskannya. Sini Linknya :http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pandangan-islam-terhadap-imunisasi-campak-tibi-batuk-kokol-dipteria-tetanus-dan-pol

Jawapan Ustaz Nik Mohd Nazimuddin :

Maksud sebenar Kaedah “Menolak Kerosakan Didahulukan Daripada Mencari Kemaslahatan’

Hukum keharusan ini pada situasi seseorang itu sudah terkena penyakit-penyakit yang dinyatakan dan tiada ubat yang suci melainkan vaksin-vaksin tersebut yang tidak suci, maka bolehlah pakai kaedah fiqhiyah: “addarurah tubihul mahzurat” bererti: Kemudharatan mengharuskan perkara yang diharamkan atau dilarang.

Mengenai kaedah yang dipakai oleh fatwa kebangsaan tu iaitu درء المفاسد مقدم على جلب المصالح “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”, adalah tidak tepat kerana kerosakan yang diandai-andaikan dan tidak berlaku lagi bahawa seseorang itu akan terkena penyakit, jadi hendak menolak kerosakkan apa sedangkan penyakit tidak kena lagi?? maka dalam kaedah itu, istilah “menolak kerosakan (seperti penyakit dan lain-lain) sepatutnya merujuk kepada penyakit yang sudah terjadi, bukannya penyakit yang diandai-andaikan akan berlaku dan masih kesamaran.. tetapi masalahnya dari segi ilmu kedoktoran moden apabila sudah terkena penyakit-penyakit tersebut misalnya maka mereka bukannya menggunakan vaksin-vaksin itu sebagai ubat untuk menyembuhkan..tetapi menggunakan ubatan lain untuk merawat ..Bagi mereka Vasin hanyalah persediaan melawan penyakit kononnya. Kalau begitu, seseorang bayi terpaksalah dicucuk dengan pelbagai vaksin kerana meningkatnya penyakit berjangkit atau wabak dimasa kini contohnya: H1N1,JE,AIDS dan sebagainya. Jika seribu penyakit berjangkit, seribu vaksin yang diberikan???

Sebenarnya kaedah yang dinyatakan oleh fatwa kebangsaan itu adalah pada persoalan: apabila bertembung antara perkara yang membawa kemaslahatan dan perkara yang membawa kepada kemudaratan, pelaksanaannya hendaklah diarahkan kepada mencegah kemudaratan seperti arak yang mempunyai kebaikan dan keburukan tetapi didahulukan penolakan kemudharatan arak daripada mengambil kebaikan yang terdapat padanya..

Firman Allah SWT :  AL baqarah 2:229:Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang arak dan judi. Katakanlah : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. Sedangkan pada masalah vaksin ini adalah kita hendak mengambil manfaatnya dan hendak menolak kerosakan atau penyakit yang berjangkit,,bukannya dari segi vaksin ada kebaikan dan keburukan yang bertembung macam arak di atas..kerana di sisi perubatan doktor vaksin tidak ada sebarang kemudaratannya, jadi keadah di atas tidak ada kena mengena dengan persoalan pengambilan vaksin.

Sistem ketahanan badan manusia berbeza

Kita tidak boleh mengambil risiko tinggi dengan sewenang-wenangnya mencucuk Vaksin kepada bayi yang baru lahir kerana status ketahanan badan seorang bayi dengan bayi yang lain adalah berbeza-beza, sedangkan Vaksin yang diberikan adalah dos yang sama pada kesemua bayi-bayi. Dalam Ilmu perubatan kini, vaksin tidak diberikan semasa bayi mengalami demam dan sebagainya, dimana akan membawa kepada kemudharatan atau boleh membawa kepada kematian dan kesan-kesan yang lain seperti yang berlaku kepada ahli keluarga saya.Oleh itu,point yang kita hendak memahaminya disini ialah jika bayi itu lemah ketahanan badannya, bila diberikan vaksin, risikonya akan memudaratkan sistem imuniti badan bayi tersebut walhal mereka tidak  menyelidiki setiap bayi yang baru lahir. Sistem imuniti bayi yang kuat perlu difokuskan semasa dalam kandungan ibunya lagi dan dengan susu ibu itu sendiri.

Wallahu’aalam…
Ditulis pada  3 June 2013 dan telah di’edit’ pada 12 December 2013

Kesimpulan dari saya Norazimah Yusoff :

Diharap semua memahami bahawa mudarat belum datang maka darurat tidak berlaku, maka haram mengambil vaksin kerana ia tidak suci sedangkan masih banyak cara pencegahan penyakit yang lebih selamat dan suci dan dijamin halal seperti mengamalkan pemakanan sunnah iaitu madu (ibu segala ubat) & Habbatus Sauda (penyembuh segala penyakit kecuali mati) atau ubat-ubatan semula jadi yang lain misalnya yang dilakukan oleh Nabi saw & para sahabat yang sudah terbukti keberkesanannya untuk meningkatkan imuniti seluruh badan serta menyembuhkan penyakit. Allah telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian dan memberikan kenikmatan kepada manusia dalam pelbagai segi ubat-ubatan semula jadi untuk berubat, maka syukurilah nikmat itu dan janganlah mendustakannya serta berubat dengan perkara-perkara yang mendatangkan mudarat, bahaya dan bukan semulajadi.

Saya bawakan kenyataan oleh Profesor Chas Rauta, Universiti Perguia, Itali dalam New York Medical Journal (Julai 1899) : VAKSINASI adalah hasil daripada kesilapan dan kejahilan yang tidak dirancang dengan baik. Ia tidak seharusnya mendapat tempat sama ada dari sudut kebersihan mahupun perubatan. Vaksinasi adalah amalan tidak saintifik, kepercayaan karut yang membawa maut dengan mengakibatkan kesedihan yang berpanjangan.

Nasihat saya kepada Ibu Bapa supaya mengetahui bahawa vaksin melambangkan barangan pengguna dan ibu bapa seharusnya menyelidik produk ini lebih teliti daripada pembelian lain kerana nyawa anak-anak menjadi taruhan… Please making an informed choice ya!

Peranan Ulama’ Pondok terhadap Agama, Bangsa dan Tanah Air

Sejarah amat penting bagi mereka yang ingin mengambil iktibar dan manfaat daripadanya. Justeru itu kita juga perlu mengetahui sejarah yang berlaku di tanah air kita menerusi penulisan yang menukilkan darirpada mereka yang mengetahui dan mengalaminya,bukan hanya berpandukan teks-teks sejarah sekolah yang diolah oleh penjajah pada suatu masa dahulu.

Peranan tuan-tuan guru pondok yang berfahaman Asyari dan Maturidi dalam memartabat agama suci kita adalah begitu ketara, merekalah yang membantu sultan-sultan tanah melayu dalam menjalankan hukum islam yang belum lagi terlaksana di zaman kita yang mutaakhir ini. Dan mereka juga yang memiliki kefahaman Ahli Sunnah ini,aqidah ‘sifat 20′ inilah yang mnolak perkara bidaah dan syirik.

Mereka jugalah yang menentang komunis@bintang tiga apabila Jepun kalah dalam peperangan dunia ke 2 setelah di bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Sebelum kedatangan pihak British, askar-askar Bintang Tiga(Komunis) keluar daripada hutan dan mengisytiharkan pihak mereka yang mmerintah Tanah Melayu, Serta orang Islam melayu dan ahli agama banyak yang dibunuh oleh mereka.

Di dalam buku Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu(1) krgan kenalan kami; Ismail Che Daud mnceritakan Guru Pondok yg masyhur iaitu Tok Malek Sungai Pinang, Kota Bharu Kelantan (lahir 1813M atau 1834M):

“Wujudnya pondok di Sungai Pinang secara besar-besaran itu mengubah beberapa tradisi dan adat yang karut-marut seperti bersimah, jamu hantu,puja pokok,kubur dan sebagainya, dan Haji Abdul Malek menentang hebat segala jenis prbuatan syirik itu. Tentangan dan perjuangan sungguh brkesan. Banyak khurafat2 telah hilang dan kejahilan telah bertambah kurang….

“Di zaman pemerintahan Sultan Mansur(1891-1900M), beliau mempunyai peranan yang besar-sebagai penasihat baginda….. sebagai seorang yang alim dan wara’ ,beliau dilantik oleh Al-Sultan Mansor menjadi salah seorang dari anggota jawatankuasa perundangan di dlm kes-kes appeal (ketika itu kes appeal disembah kpd Al-Sultan). Orang-orang (Tuan2 Guru dan Ahli Agama) yg sering dipanggil ialah:

1) Haji Abdul Malek Hasan Sungai Pinang
2) Haji Awang Kenali(Tok Kenali)
3)Haji Abul Manan
4)Haji Daud
5)Haji Idris
6)Khatib Haji Abdullah
7)Haji Wan Muhammad Imam(Mufti Haji Wan Muhammad-Pengarang Pengasuh)
8)Haji Omar
9) Haji Nik Man
10)Haji Daud Paloh

……..”Di zaman Baginda Sultan Al-Mansor Undang-Undang Islam dijalankan, di mana orang-orang yg mncuri dipotong tangan di Pasir Pekan. Orang yang tidak berpuasa diarak keliling Bandar Kota Bharu,begitu juga org2 brzina….” (Tokoh2 Ulama Semenanjug Melayu (1); m/s 116-117)

Guru kami, mudir Madrasah/Pondok Pasir Tumboh iaitu Al-Marhum Tuan Guru Haji Hasyim Bin Abu Bakar pernah bersenjatakan parang panjang menyertai pentermpuran dengan askar-askar Bintang Tiga (komunis) bersama Tuan Guru Beliau; Haji Idris Bin Lebai Itam (Air Hitam Kedah)serta angkatan warga pondok dan org ramai, beliau mnceritakan kepada kami:

“Bahawa pada thn 1945 setelah Jepun kalah sebelum kedatangan orang putih (British), Komunis Bintang Tiga (bersenjatakan Mesin Gun, bom tangan) keluar daripada hutan hendak memerintah Tanah Melayu dan mengamuk membunuh orang melayu sesuka hati (antaranya seorang Ust Hafiz quran juga dibunuh), Raja2 Melayu tidak dapat buat apa2 sehinggakan Kiyai Soleh bertemu dengan Sultan di masa itu lalu Sultan itu berkata kpdnya: Buatlah apa-apa yang patut maka beliau mengumpulkan orang Melayu dan menyerang cina-cina komunis sehingga Sungai Batu Pahat,Johor jadi sungai berdarah, di Kedah-(mereka yang angkat senjata bersama angkatan pengikut-pengikut ialah Tuan Guru Beliau) Tuan Guru Hj Idris Lebai Itam, Pak Ya Kupang Baling dan Husin Dol (masing-masing) mengetuai serangan…

Orang Cina (Komunis Bintang Tiga)dipancung dan mayat-mayat mereka dibuang ke dalam sungai, Sungai Manik,Sungai Bakap jadi sungai yg berdarah,(Tuan Guru Hj Hasyim Kata): Ana pada ketika itu berumur dua puluh tahun, masih bujang…,berani mati… tak takut mati…”

Dengar, baca dan ketahuilah sejarah tanah air kita, supaya kita mensyukuriNya serta berterima kasih terhadap golongan yang memperjuangkan islam dan banyak berjasa terhadap Agama, Bangsa dan tanah air dan mereka itulah adalah para ulama pondok yang berfahaman Ahli Sunnah (iaitu Asyairah dan Maturidiyah) sebagai pemimpin keagamaan yang menjadi ikutan masyarakat setempat kita.. ‘Pelita yang menyinari Alam Semesta’.

Wallahu’aalam..

Oleh : Ustaz Nik Mohd Nazimuddin Nik Ibrahim
Yang di-pertua Pertubuhan Khairu Ummah merangkap mudir Madrasah Khairu ummah

Ditulis pada 29 Nov 2013 6.26pm

Imej

Majlis Ihya Mahhabah dan Silaturrahim Ulama’ anjuran Pertubuhan Khairu Ummah

1459240_632955896748393_779620524_nJom sama2 hangatkan Majlis ini dengan memberi ruang dan sedikit masa untuk menghadiri majlis ini mendengar mutiara ilmu dan Nasihat daripada Alim Ulamak….

MOHON SUMBANGAN DERMA DAN ZAKAT PEMBINAAN MADRASAH KHAIRU UMMAH
Layari : https://khairuummah77.wordpress.com/
hubungi : 013-9723118

Pengajian Talaqqi Kitab Madrasah Khairu Ummah

poster talaqqi kitab baba azhariNabi Muhammad SAW bersabda :
” Solat Dua Rakaat Orang Alim Lebih Baik Daripada Seribu Rakaat Orang Yang Jahil”
“Tidur Orang Yang Alim Lebih Baik dari Ibadah Seorang Yang Jahil”

Jom Mengaji kemaskan dan lengkapkan perkara fardhu ain kita…

Semua dijemput Hadir..Pengajian untuk orang awam…

Pendidikan Sistem Madrasah Nabawi S.A.W.

Pendidikan sistem madrasah nabawi s.a.w. perlu diterapkan dalam sistem madrasah negara kita, ini kerana sistem pndidikan madrasah di malaysia adalah sistem yang terawal memainkan peranannya dalam mndidik anak bangsa dalam bidang keilmuan dan amalan agama, juga telah terbukti dapat melahirkan imam2 atau pemimpin2 agama seperti Sheikh Daud Fatani yang mengatasi orang lain pada segi karangan beliau dalam keilmuan agama dalam pelbagai bidang supaya anak bangsa dapat memahami syariat agama mereka, seperti Sheikh Ahmad Zain Fatani yang terbitlah kader-kader agama yang menerangi nusantara ini dengan guru-guru yang tinggi keilmuannya,ikhlas dalam mendidik anak bangsa dan sebagainya yang terdiri daripada ulama ul ‘amilin.

Cumanya sistem ini perlulah di ‘upgrade’kan supaya dapat memaksimunkan prestasinya sebagai pusat keilmuan,pentabriyahan dan dakwah menyeru masyarakat kepada kehidupan bersyariat dan sebagai benteng pertahanan akidah,amalan dan penjagaan hati sanubari dan sebagai kesatuan ummat dalam perkara kebaikkan..Seolah-olah sesebuah madrasah itu sebagai markaz-markaz sebagai sesebuah kerajaan dalam melengkapkan ketiga2 aspek tersebut untuk merealisasikan ‘Khairu Ummah’,iaitu sebaik2 umat. insyaAllah..tanpa kesatuan gerak kerja,buah fkiran dan sebagainya daripada ummat islam setempat tidak akan berjaya misi ini..Inilah sebagaimana yg diulas oleh Ust Nik Mohd Nazimuddin Nik Ibrahim , Mudir Madrasah Khairu Ummah… wallahu’alam…