DERMA~KU

 PERTUBUHAN KHAIRU UMMAH dengan inisiatif ke arah suatu ‘Tajdid’ / pembaharuan untuk penubuhan sesuatu madrasah warisan baginda saw yang dpt mengubah penghuni madrasah, samada para ustaznya, pelajarnya dan masyarakatnya kepada berpegang teguh dgn ajaran syariat dlm kehidupan mrk..bukannya hanya mengekalkan keaslian rupabentuk bangunannya tetapi lemah dlm memantapkan keilmuan,pentarbiahan dan dakwah (menyeru ummah), lantaran lahirlah para …ustaz yg lemah keilmuan, longgar dgn syariat, terpengaruh dan tempias dgn segala kerosakan yg menimpa ummah serta tidak ambil peduli dlm mengislahkan ummah. Para Nabi diutuskan bersesuaian dgn keadaan ummah mrk..maka para pewaris iaitu para ulama yg mewarisi tugas para nabi mestilah peka mengatasi kelemahan diri & masyarakat untuk memartabatkan kualiti generasi para pewaris yg akan datang (khususnya) dan umat Muhammad saw (umumnya)…jauhilah sifat ‘kejumudan’ & ‘ketaksuban.

Untuk mendapat segala kurniaan kebaikan (pangkat, kedudukan yg tinggi di sisi Allah) daripada Allah Taala, kamu mestilah berusaha mendapat kefahaman yang jitu dalam keilmuan Akhirat sebagaimana janji daripada sebaik2 mahkluk iaitu baginda saw, bersabda yg bermaksud: ” sesiapa yg diinggini oleh Allah dgnnya mendapat segala kebaikan, nscaya Allah memberi dia kefahaman dlm agama.” ulasan: Ini kerana kalimah ‘Khairan’ (kebaikan) dlm hadis ini adalah isim nakirah (dlm istilah tata bahasa Arab) yang terdapat dlm halaman syartiah (kalimah ‘Man’) memberi faedah umum@keseluruhan kebaikan. insyaALLAH.

DI BAWAH INI ADALAH ANTARA KELEBIHAN APABILA ANDA MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN MADRASAH IAITU SUATU INSTITUSI YANG INSYAALLAH MEMPRODUKKAN ULAMA-ULAMA PEWARIS NABI  :

Firman Allah Taala, bermaksud: “Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, di setiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Allah menggandakan (pahala) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurniaanNya), lagi Maha Mengetahui.” (AL-Baqarah:261)

FirmanNya lagi, bermaksud: “Orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang yang dibelanjakan itu dengan mengungkit-ngungkit pemberiannya dan tidak menyakiti (perasaan sipenerima), bagi mereka itu ganjaran pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka berdukacita.” (AL-Baqarah:262)

MAKA , DENGAN GANJARAN YANG BEGITU BESAR MARILAH KITA MENYAHUT SARANAN SUPAYA SALING TOLONG MENOLONG DALAM MEMARTABATKAN AGAMA ALLAH TAALA MELALUI BEBERAPA CARA DI BAWAH INI :

1. MENDERMA SEIKHLAS ANDA :

2. MEMBUAT KEBAJIKAN BERPANJANGAN :

3. SILA KLIK : ANDA JUGA BOLEH MENDAPAT PAHALA DENGAN MEMYUMBANG TANPA KELUAR SEBARANG MODAL MELALUI PENGAGIHAN WAAD ZAKAT

PERKEMBANGAN TERKINI MADRASAH KHAIRU UMMAH  OGOS 2011

Masjid KU dalam proses penambahbaikan, memerlukan sumbangan lebih kurang RM100,000

Masjid Khairu Ummah

Gambaran dalaman masjid yang sedang dibaiki

Gambaran Dalaman Masjid Khairu Ummah

Tangki air dalam pembinaan dan masih memerlukan sumbangan

Dua unit rumah wakaf guru utama dan masih memerlukan sumbangan untuk pembinaan tambahan satu unit lagi

kawasan untuk didirikan pondok-pondok sementara bagi pelajar lama&petugas dan asrama kayu lelaki(asas)

kawasan untuk didirikan pondok-pondok sementara bagi pelajar lama&petugas dan asrama kayu sementara bagi pelajar lelaki(asas)

Bangunan  yang akan dibina seterusnya adalah:

1) Satu unit rumah wakaf guru utama,

2) Bangunan asrama kayu pelajar sementara lelaki (asas),

3) Bangunan asrama lelaki sebenar tiga tingkat

4) Dua pintu rumah rumah kedai untuk kedai kitab dan pencetakan madrasah KU

Jatuh-bangun kegemilangan Islam melalui sistem ulama pewaris Nabi dan sebagai pusat ilmu, tarbiyah&dakwah adalah ditangan ummah islam itu sendiri. Justeru saling bantu-membantu pada jalan Allah ini!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s