KENALI~KU

lambang dari e mail 1 

LOGO PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN(KHAIRU UMMAH)

 

 3.1 Rekabentuk Logo/lambang

  Mempunyai gambar Masjid Nabawi di Madinah. Kubah masjid tersebut berwarna hijau dan mempunyai dua menara. Menara yang besar di pihak kiri, manakala menara yang kecil di pihak kanan, berdekatan dengan kubah masjid. Kedua-dua menara berwarna putih kehijauan. Warna kuning bercahaya di ruang atas masjid dan terdapat sedikit warna putih di bawah tulisan ‘PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG’. Tulisan tersebut melingkungi separa bulat di pihak atas gambar masjid. Di sebelah penghujung kanan masjid terdapat tulisan ‘KELANTAN’. Di sebelah bawah masjid ada tulisan bahasa arab berbunyi ‘Khairu Ummah’. Setiap tulisan berwarna hitam yang disaluti dengan warna kuning.

3.2  Keterangan Logo/lambang

(a)    Gambar Masjid Nabawi di Madinah melambangkan warisan keilmuan, pentarbiahan dan dakwah Nabi Muhammad S.A.W sebagai model Khairu Ummah. Warna kuning yang mensaluti gambar masjid tersebut dan mensaluti tulisan  melambangkan keperkasaan, cemerlang dan semangat. Warna kuning yang menyinari di luar masjid itu melambangkan warisan kenabian tersebut menyinari, beroperasi dan memberi manfaat  kepada alam ini. 

(b)               Tulisan pertama iaitu PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG yang melingkungi adalah melambangkan Khairu Ummah yang dikendali oleh warganegara Malaysia mendokong serta meneruskan warisan kenabian tersebut. Tulisan ‘KELANTAN’ membawa erti penubuhannya bermula di negeri ini.

(c)                Tulisan kedua dalam bahasa arab yang berbunyi ‘Khairu Ummah’ melambangkan pertubuhan ini mendokong kepentingan agama Islam.

SIJIL PENDAFTARAN SEMENTARA

SIJIL PENDAFTARAN SEMENTARA

 SIJIL TETAP PERTUBUHAN KHAIRU UMMAH YANG DISAMPAIKAN SEMASA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DI JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN NEGERI KELANTAN

KHAIRU UMMAH

PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN

 

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله

Maksudnya: Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dilahirkan untuk manusia sejagat, kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah.”(Ali ‘Imran:110)

Gelaran sebaik-baik ummah adalah gelaran khusus yang diberikan oleh Allah Taala terhadap umat Nabi Muhammad SAW . Sifat-sifat  mereka yang bergelar ‘Khairu Ummah’ (sebaik-baik umat) ini ialah menyeru kepada  kebaikan dan mencegah segala kemungkaran serta beriman dengan Allah Taala dengan aqidah yang dipegangi oleh Nabi SAW dan para sahabatnya iaitu Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Apabila sesuatu kaum manusia telah menyimpang daripada syariat Pencipta alam semesta, maka menjadi sunnahNya bahawa diutuskan para Rasul untuk mengembalikan semula mereka kepada jalan yang lurus. FirmanNya :

وانما  أنت منذر ولكل قوم هاد

Maksudnya: “Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad!) hanyalah pemberi peringatan, dan bagi tiap-tiap kaum manusia itu ada seseorang yang memberi pertunjuk”.(Ar-Ra’d:7)

Setelah berakhirnya pangkat kenabian, tugas mengislahkan umat manusia diamanahkan kepada para ulama’ yang mana mereka adalah pewaris yang mewarisi keilmuan, pentarbiyahan dan dakwah daripada para anbiya. Nabi SAW bersabda, Maksudnya: “Sesungguhnya para ulama’ adalah pewaris para anbiya’. Mereka itu mewarisi keilmuan….” (Bukhari, Turmizi dll)

Untuk membentuk ciri-ciri ulama’ sebagai pewaris nabi yang sebenar adalah tertakluk di bawah suatu pendidikan dan pentarbiyahan yang mantap. Pembentukan ini bermula dalam satu kelompok di bawah satu sistem yang tersusun. Hal demikian dapat direalisasikan  dengan pembinaan sebuah madrasah. Usaha ini merupakan warisan halaqah pengajian Rasulullah SAW bersama Ahli Suffah dan seterusnya berterusan di setiap zaman bersesuaian dengan keadaan semasa.

Begitu juga, untuk membidik serta mengawal institusi ulama’ yang benar-benar mewarisi ilmu, tarbiyah dan dakwah para anbiya, semestinya ada suatu Jamaah (ikatan sekumpulan) yang mantap dan teguh. Di atas kesedaran inilah, tercetusnya penubuhan ‘Khairu Ummah’, suatu pertubuhan yang rasmi (11 Mei 2009M / 16 Jumadas Saniah 1430) bagi memperkasa dan memartabatkan institusi ulama pewaris anbiya, seterusnya mereka dapat membentuk umat manusia sebagai Sebaik-baik Ummah’.

Khairu Ummah ditubuhkan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:

1) Mencemerlangkan umat Islam Kelantan dengan  berdasarkan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias. Yakni: Menjunjung, menegakkan serta memartabat aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi keilmuan, pentarbiahan dan dakwah di Kelantan. Aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah tersebut iaitu:-

  • Berlandaskan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias.
  • Tauhid aliran Imam Abu Hasan Al-Asyaari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi serta ulama-ulama yang mengikuti mereka itu.
  • Tasawuf aliran Imam Junaid Al-Baghdadi, Abu Yazid Al-Basthami, Imam Ghazali dan ulama-ulama tasawuf yang diakui oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.

2) Merancang, menyedia serta mewujudkan seperti pusat pendidikan, pentarbiyahan dan dakwah, program-program, dana ekonomi,  kelengkapan infrastruktur, tenaga, kepakaran dan lain-lain bagi menjayakan tujuan-tujuan Khairu Ummah.

3) Mengumpul dana berbentuk  hasil jualan, sumbangan, penajaan dan segala bentuk bantuan dari orang perseorangan, kerajaan dan agensinya, badan koperat dan swasta selagi ianya diberikan tanpa syarat. Meningkatkan tabung kewangan dengan cara yang tidak bercanggah dengan syariat dan undang-undang.

4) Mengadakan kutipan derma dengan  mendapat keizinan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan pihak-pihak yang berkenaan.

5) Memiliki aset-aset berbentuk hartanah dan sebagainya untuk kegunaan Khairu Ummah selaras dengan tujuannya.

6) Mewujudkan medan muzakarah di kalangan ulama dalam dan luar negara terhadap permasalahan ummah di dalam segala lapangan.

7) Mengadakan hubungan dua-hala dengan ulama, pertubuhan, badan dan  institusi pendidikan dunia Islam.

8) Menyediakan perkhidmatan dan sumbangan kebajikan kepada semua lapisan masyarakat.

Semoga Khairu Ummah’ memperolehirahmat dan keberkatan Allah Taala serta mendapat ‘madad’ (bantuan syafaat) dari Rasulillah SAW. Demikian jua, semoga pertubuhan ini disambut baik oleh umat Islam keseluruhannya.

Aamiin…Ya! Rabal-‘Alamin. Imam sanad kami, AS-Sayyid Ahmad Bin Idris Al-Hasani r.m.h pernah berdoa :

اللهم أعد علينا من بركات أوليائك واجعلنا من صالحي خير أمةلخير أنبيائك وأصفيائك آمين…  يا ربّ العالمين 

Ertinya: “Ya Allah! Kembalikanlah ke atas kami keberkatan para waliMu, dan jadikanlah kami tergolong daripada orang-orang salihdi kalangansebaik-baik ummah’ ( ‘Khairu Ummah’ ) bagi sebaik-baik nabi dan pilihan Engkau, Aamin…Wahai Tuhan sekalian alam.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Khairu Ummah

1) Yang Dipertua : Ustaz Nik Mohd Nazimuddin Bin Nik Ibrahim

Biodata

Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan.

Pembelajaran: Madrasah Falahiyah, Pondok Paku Jertih, Terengganu (1990-1995) dan Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan (1996 sehingga sekarang).

Tugas: Salah seorang tenaga pengajar Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumbuh, merangkap Ahli Jawatankuasa Lujnah Pelajaran Madrasah tersebut.

H/P: 012-9463992  Email: din_lngr@yahoo.com

2) Naib Yang Dipertua: Ustaz Mohammad Elias Bin Abdul Jalil

Biodata

Tempat Lahir: Ayer Molek, Melaka.

Pembelajaran: Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan, Ribat, Muar Johor, Madrasah Falahiyah Pondok Paku Jertih, Terengganu dan Pondok Dala, Selatan Thai.

Tugas: Salah seorang tenaga pengajar Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumbuh, merangkap Timbalan Lujnah Pelajaran Madrasah tersebut.

Blog: http://almalakawi.wordpress.com/

Email: al_malakawi@yahoo.com.my

3) Setiausaha: Ustaz Mohd Puad Bin Abd Wahab

Biodata

Tempat Lahir : 

Kg Kuala Jempol, Bahau, N.Sembilan.

Pembelajaran: Universiti Malaya dan Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan.

Tugas: Salah seorang tenaga pengajar Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumbuh, merangkap Setiasusaha  Lujnah Perhubungan Dan Penerangan Madrasah tersebut.

H/P: 019-9409870

4) Penolong Setiausaha: Nik Mohd Shahrail Bin Nik Ibrahim

Biodata

Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan.

Pembelajaran: Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan danMadrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan (1996 sehingga sekarang).

Tugas: Salah seorang tenaga pengajar Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumbuh, merangkap Ahli Jawatankuasa Lujnah Pelajaran Madrasah tersebut.

5) Bendahari: Ustaz Muhammad Izwan bin Abdul Ghafaruddin

H/P: 019-3009907

Biodata

Tempat Lahir: Ampang, Selangor.

Pembelajaran: S.M. St John Kuala Lumpur dan Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan

Tugas: Salah seorang tenaga pengajar Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumbuh, merangkap Ahli Jawatankuasa Lujnah Pelajaran Madrasah tersebut.

5 responses to “KENALI~KU

  1. Farouk ibn Othman

    InsyaAllah kita di kuala lumpur cuba untuk mempromosi dan menghebahkan khairu ummah dan objektif yang di bawa. Doa kami sentiasa mengiringi para masyaikh kami dalam urusan agama.
    Barakkallahu fi, amin Allahumma amin.

  2. alhamdulillah… Tahniah buat pejuang-pejuang islam yang telah menubuhkan kahiru ummah ini… muga ia dapat memberi manfaat buat kita dalam membudayakan sifat cintakan ilmu agama… insyaALLAh ana juga akan memeriahkan blog ini di tempat ana nanti… selamat maju jaya! muga usaha antum semua diredhai ALLAH…

  3. apa jawapan untuk orang yang tak mau bermazhab dan tak mahu pakai pendapat ulama..sebab saya ada memberi tahu seseorang supaya kita ni wajib berpegang dengan mazhab tapi dia jawab nabi muhammad tu pegang mazhab apa..harap penjelasan dari ustaz dengan rujukan

  4. sykur atas perjuangan tuan tuan semua..insyallah saya akan membantu dengan kemampuan yang ada ..

  5. semoga Allah mempermudahkan segala urusan tuan-tuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s