SAHABAT~KU

MUKADIMAH

‘Khairu Ummah’ sebagai pusat ilmu, tarbiyah dan dakwah pelbagai lapisan masyarakat mewujudkan Unit Sahabat Khairu Ummah (sahabat  KU) demi meningkatkan prestasi umat Islam dari segi ilmu, tarbiyah dan dakwah insyaALLAH.
Firman Allah SWT : “ Dan tolong- menolonglah dalam mengerjakan kebajikan & taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam membuat dosa & pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaNya.’

MATLAMAT sahabat  KU

Mengumpul kaum muslimin seramai mungkin untuk bersama-sama sahabat  KU bagi mendapat sokongan dan kerjasama agar sama-sama menyambut saranan supaya saling bantu-membantu dan saling nasihat-menasihati serta berkongsi buah fikiran dalam memartabatkan agama Allah Taala. Kerjasama tersebut samada dari segi membantu menjana ekonomi KU serta meningkatkan prestasi keilmuan,pentarbiyahan dan dakwah mengislahkan ummah, seolah-olah seumpama satu kerajaan yang dapat mermartabatkan ketiga sudut itu dengan ekonomi yang kukuh serta pengurusan dan pentadbiran yang mantap & cekap. Inilah suatu usaha kita di jalan Allah Taala.InsyaALLAH.

PANDUAN sahabat  KU

  1. Anda hanya perlu ‘copy & paste’ BORANG  sahabat  KU ( boleh didapati di GROUP FB sahabatKU / YAHOO GROUP KU / MillatFB KU) dalam bentuk ‘WORD’ dan lengkapkan borang tersebut dan hantar menerusi emel: khairuummah_org@yahoo.com atau hantar terus kepada mana-mana AJK sahabat  KU, kemudian anda bolehlah ‘add’ di pautan-pautan sahabat  KU yang tertera dibawah untuk memudahkan perhubungan dan perbincangan. Maka, setelah selesai kedua-dua perkara di atas, anda secara automatiknya menjadi salah seorang sahabat  KU.
  2. Add pautan Khairuummah disini:

         1)FB KU : khairuummah39@yahoo.com

         2)MilletFB KU : http://millatfacebook.com/khairuummah_org/

         3)Group FB sahabatKU : khairuummah77@groups.facebook.com

         4)Al Islamiy KU :http://www.isla.my/khairuummah_org/

5)Yahoo Group KU:http://groups.yahoo.com/group/sahabat_KHAIRUUMMAH/

                 6)Google Talk KU/Emel Gmail KU :khairuummah.org@gmail.com

                 7) PAGES FB KU

                8 )  GROUP FB PERTUBUHAN KHAIRU UMMAH

     3.  Anda juga boleh berperanan membantu & menyebarkan maklumat sahabat  KU untuk menderma menjayakan pembinaan Madrasah Khairu Ummah. Antaranya anda boleh membuat sumbangan setiap bulan dengan ikhlas untuk kehidupan akhirat anda dengan membuat surat arahan(standing Instruction) dari akaun bank anda terus ke akaun Madrasah Khairu Ummah :

NAMA AKAUN :  PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH)
• Bank Muamalat Malaysia Berhad : 0302-0000656-71-8
• Maybank Islamic Berhad : 55310 4411 805
• Bank Islam Malaysia Berhad : 0303 601 0050 951

Jika anda bersetuju menderma setiap bulan, maka langkah seterusnya adalah:
• Tentukan jumlah dan tempoh anda ingin bersedekah
• Sila pergi ke bank akaun simpanan/semasa anda.
• Sila beritahu kepada pegawai bank yang anda hendak masukkan secara tetap jumlah yang ditentukan tadi setiap bulan ke dalam akaun Khairu Ummah. Anda akan diberikan borang surat arahan (standing instruction) untuk diisi.
• Sila isikan borang surat arahan @standing instruction itu dengan lengkap dan serahkan kepada pihak bank untuk diproses.

4. Selepas mengisi borang surat arahan tanda persetujuan menderma, bolehlah SMS dengan lengkap ke – 014-5148539 berkenaan maklumat seperti nama penuh, IC, alamat rumah, alamat emel, jumlah dan tempoh sumbangan serta akaun Khairu Ummah untuk rujukan kami.

“Semoga Allah SWT memberikan berkah untuk keluarga dan hartamu”(Riwayat Bukhari)

MANFAAT sahabat  KU

1. Anda mendapat pentarbiyahan, pantauan daripada pihak Khairu Ummah supaya terpelihara diri dan beristiqamah dgn ajaran Islam.

2. Anda akan dimaklumkan tentang program-program ilmu, tarbiyah dan dakwah yang dianjurkan oleh pertubuhan Khairu Ummah secara terus dan berpeluang terlibat sama dalam program-program tersebut.

3. Dapat saling berkerjasama  ke arah meningkatkan dan memartabatkan Ummah ini dalam semua sudut melalui tunjuk ajar dan perbincangan dgn pihak Khairu Ummah, justeru mengembalikan kualiti kegemilangan ummah bersama.

4. InsyaALLAH ada banyak lagi kelebihan dan manfaat yang kami maklumkan melalui Laman Web Khairu Ummah sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kami kepada anda kerana terus bersama-sama sahabat  KU.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s